Monday, February 14, 2011

Inilah pesanan seorang ayah kepada anaknya yang bakal dilepaskan kepada seorang lelaki bernama SUAMI!!

Salam,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul semua!

Kalau sesape yang baca status aku kat fb aritu..ade aku ckp abah aku bagi nasihat di pagi hari dimana nasihat itu membuatkan aku terpikir sejenak..ade betul nasihatnye itu...ya!betul!itu lah nasihat seorang ayah kepada aku anaknya yang bakal diamanahkan kepada seorang lelaki yang bakal bergelar suami ku 3 bulan dari sekarang!!

pada suatu pagi yang indah...aku, mama n abah sedang menikmati sarapan pagi..bihun goreng yang digoreng oleh mama eh!bukan malas okeh..saya berada di dapur membantu mama..mama bukanlah ibu yang suka menyuruh anaknya memasak..tiada paksaan...cuma satu je tembakan dari mama untuk anak-anaknya.. "kalau korang kawen..tak masak untuk suami..jgn salahkan dorg kalau cari makan diluar ataupun kawen lain!" hamik kau!kan kene sedas..okeh..aku mmg suke memasak..tp kalau mama sudah berada didapur..aku hanya akan membantu..sbb mama lebih suke menerangkan resepi dia...lagipun..abah aku lebih berselera bersarapan air tangan mama aku!mmg sedap..tiada yang lebih menyelerakan selain dari air tangan seorang ibu yang memasak dengan penuh kasih sayang!

ketika kami sedang menikmati sarapan..abah aku mulakan ceramahnya...ya!aku suka pabila abah aku mulakan ceramah nya..tiada yang tipu!ya!tiada yang palsu..semuanya benar belaka...manakan pula seorang ayah mahu memberi nasihat yang tidak berguna utk anaknya bukan?ceramahnya bertajuk JADILAH SEORANG ISTERI YANG SENTIASA DIKASIHI DAN DIRINDUI SUAMI!!! perghhh..gile mengancam tajuk ceramah bapak aku kan?bergegar naluri aku sebagai wanita...sebagai bakal isteri kepada lelaki yang aku cinta...

abah aku bercakap..nasihat dari orang yang lebih tua..berpengalaman..dan nasihat itu datangnya dari seorang LELAKI yang bergelar SUAMI kepada ibuku...makanya...aku sebagai anak perempuannya..wajib mempelajari ciri-ciri itu..kerana pemberi nasihatnya adalah seorang lelaki...dimana aku akan lebih memahami..APA KEMAHUAN SEORANG SUAMI!

abah mulakan ceramah nya..katanya.."hidup seorang wanita..sekiranya belum berkahwin..maka ia berada di bawah tanggungjawab ayah nya sepenuh nya!tidak terlepas seorang ayah itu selagi belum mengahwinkan anak perempuannya...tidak ada sebarang kompromi tentang tanggungjawab ini....anak abah ada 2 orang je..dua2 perempuan...sorang dah lepas..tinggal awak sorg je lagi...tu pun tak lama lagi..amanah abah ni akan berpindah tangan..abah harap sgt..bakal suami awk adalah seorang yg boleh diharapkan utk menjaga amanah ni sebaik mungkin..macamana abah jaga awak..mcmtu jgk la abah harap suami awk jaga awk..."

"adik..(panggilan untuk aku kat umah)..jadi seorang isteri bukan lah semudah yang awk sangkakan...abah tau anak abah dah bersedia untuk jadi seorang isteri..awak anak abah yg matang...dan cepat muhasabah diri...tp abah sebagai ayah awk..ttp akan bagi nasihat...sebagai suami...abah akan bgtau awk..APAKAH YANG DIMAHUKAN SEORANG LELAKI DARI SEORANG ISTERI YANG DINIKAHINYA...aku teliti mendengar nasihat ayah aku..aku tau,...nasihat abah bukan sesuatu yang sia2 untuk didengar...abah bermenung jauh....sebelum memulakan ayat seterusnya...

"dah kahwin nnt...JANGAN SESEKALI BIARKAN SUAMI BUAT PERKARA YANG SEPATUTNYA MENJADI TUGAS KITA!ok..kat ctu mula2 aku tak setuju..ya!rata2 aku dgr...org yang dah kawen ckp...jgn manja kan suami...sbb nnt suami tu harapkan kite je buat semua...kadang2 yg bagi nasihat tu..orang yang baru sgt kawen..yang belum melalui fasa mencabar dalam rumahtangga..ade jgk orang nasihatkan...jgn manja kan sgt suami tu...nnt die pijak kepala kite...aku mengutarakan persoalan ini pada abah..abah langsung tak terkejut atau melatah dgn persoalan tu..sebaliknya abah pandang aku dgn satu pandangan yang redup...smbil tersenyum...lalu abah bersuara...

adik...abah dan mama telahpun menjadi suami isteri selama berpuluh tahun...apakah nasihat abah yang telahpun menjadi suami selama berpuluh tahun ini tidak lagi relevan untuk panduan bakal2 isteri zaman skrg?apakah nasihat abah untuk panduan awk sebagai isteri nnt tak boleh digunapakai?percayalah adik...sejahat manapun lelaki itu...apabila dia dapati isterinya telah pun menjalankan tanggungjawab dgn sebaik mungkin...melayannya tanpa kenal erti penat atau jemu,maka itu lah salah satu usaha utk menjadikan lelaki itu yang terbaik utk kamu...bukankah itu sebenar2nya tanggungjawab seorang isteri?

adik...JADILAH ISTERI YANG SENTIASA DISAYANGI DAN DIRINDUI OLEH SUAMI!!SEUMUR HIDUP MU!! kata-kata itu sangat meresap dalam hati aku...deep down in my heart.....aku melontarkan satu persoalan..."macamana nak jadi isteri macamtu abah?" abah tersenyum...wajah tua nya yang berkedut itu mengukir senyuman...ternyata..abah jujur dalam memberi nasihatnya..abah jujur dalam menyatakan keinginan seorang suami! jawapan abah...layanlah suami macamana ibunya melayan die ketika dia belum mempunyai kamu sebagai isteri...dimana KETIKA SAKIT..ibunya MENJAGA dan MEMBELAINYA..ketika ingin DIMANJA..ibunya MEMANJAINYA...dimana ketika PERUTNYA LAPAR..ibunya SEGERA MENYIAPKANNYA MAKANAN MALAH MENYUAPKANNYA?dimana ketika dia dahaga..SECAWAN AIR telahpun DISEDIAKAN untuk menghilangkan dahaganya..KERANA ITU LAH...BAGI LELAKI..TIADA WANITA YANG HEBAT MELAINKAN IBUNYA...dan kerana itu lah juga...apabila berkahwin...dia MAHUKAN/MENGIMPIKAN isteri yang boleh memberi layanan seperti mana ibunya...abah ckp..macam contoh..ketika makan..jangan biarkan suami amik sendiri..WALAUPUN DIA SIHAT TUBUH BADAN JUGA PUNYA KAKI TANGAN UNTUK BUAT SEMUA ITU SENDIRI?sekiranya adik nampak suami mu memegang cawan ingin membuat air..segeralah berkata "biarkan saya buat air...pergilah berehat..." walaupun ketika itu..kamu terlalu penat...kerana penat kamu sebagai isteri..pahalanya lebih besar disisi ALLAH...sekiranya kamu nampak suami kamu kepenatan...hulurkan lah urutan yang melegakan kepenatannya...layan lah dia seumpama seorang raja...KERANA LAYAKNYA DIA SEBAGAI SEORANG SUAMI ADALAH UNTUK DITAATI!!  sekiranya dia meminta kamu menggosokkan baju nya..menyediakan pakaian kerja nya...menyediakan stokin nya...menyediakan makanan...lakukanlah dengan hati yang penuh ikhlas dan terbuka..kerana di situ lah seorang isteri memperoleh pahala tanpa dia sedari...

adik...sedarkah kamu..sekiranya diawal perkahwinan kamu lakukan apa yang abah pesan ini...percayalah...kamulah ISTERI YANG SENTIASA DISAYANGI DAN DIRINDUI OLEH SUAMIMU!!aku bertanya..kenapa pulak abah?abah jawab..kerana...apabila tiba satu ketika..dimana tanggungjawabmu didalam kerjaya kamu menuntut kamu untuk meninggalkan suami mu dalam tempoh waktu yang tertentu..SUAMI MU AKAN MERINDUI MU...dan sekiranya berlaku pertelingkahan diantara kamu dan suami mu...SUAMIMU AKAN CEPAT MERINDUI SEGALA KEBAIKKAN YANG KAMU LAKUKAN UNTUK DIA...dan ketika kamu tidur dalam kepenatan seharian menjalankan tanggungjawab mu..SUAMIMU AKAN MEMANDANGMU DENGAN PANDANGAN YANG PENUH KASIH SAYANG...bukankah itu memberi kamu pahala???dan ini jugalah yang membuatkan suami tidak boleh kalau tiadanya adik dalam hidup dia...

sekali lagi..aku kagum dengan abah...abah berpesan lagi...adik...isteri yang baik..adalah isteri yang tidak akan sesekali membenarkan suaminya melakukan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab isteri...seorang isteri yang baik...akan sentiasa melayan suaminya dengan baik..walaupun ada ketikanya..perlakuan si suami menyakitkan hatinya...adik..bukan mudah untuk menjadi isteri seperti yang abah cakapkan ni...tp...BELAJARLAH ADIK!!!BELAJARLAH UNTUK JADI ISTERI SEPERTI INI DIAWAL PERKAHWINAN LAGI!!SAAT IJAB DAN QABUL TERLAKSANA...BELAJARLAH UNTUK JADI ISTERI SEPERTI INI!!!!

abah juga ada ckp...jangan terpengaruh dengan cerita rumahtangga orang...isteri yang baik..tidak akan sesekali menceritakan keburukkan suami nya...melainkan kpd org yang dia percaya dengan niat untuk meminta nasihat....abah juga ckp....isteri adalah HAK suami...isteri adalah tanggungjawab suami..sepenuhnya!!kdg2 sebagai isteri..akan timbul satu perasaan...semua aku buat...ape kau sebagai suami buat?setakat duduk goyang kaki...baca surat khabar...aku ni dah la penat keje...balik umah buat keje lagi..kau sebgi suami langsung tak nak tolong..tapi apakah seorang isteri itu sedar?memikul tanggungjawab sebagai suami lebih membebankan dari menjalankan kerja2 dan tanggungjawab rumah??

sekali lagi..aku tiada kata-kata untuk memangkah nasihat abah..ya!!aku percayakan nasihat abah...aku yakin dengan setiap kata-kata abah...tapi abah...bagaimanapula...si suami itu lepas kahwin..sentiasa mengharapkan isteri...dari segala segi??

abah jawab..."itu adalah urusan dia dengan ALLAH...tapi kamu sebagai isteri...laksanakanlah tanggungjawab sebaik mungkin...kerana..mungkin syurga tempat kamu..walaupun suami kamu sebegitu rupa!"

abah cakap lagi...tiada istilah..."jangan manjakan suami ...nanti suami tak boleh berdikari...suami lemak..suami mengada2.." itu semua bullshit dari barat..yang menerapkan perkara2 itu dalam kehidupan seharian kita umat Islam..kerana dia mahu..lebih ramai isteri2 menderhaka kepada suami...kerana dia mahu kita melanggar hukum ALLAH...sedarkah kita...dalam ISLAM..tiada istilah...JANGAN MANJAKAN SUAMI...yang ada cumalah...SEORANG SUAMI ITU WAJIB DITAATI TANPA SEBARANG BANTAHAN!!!itulah ISLAM..telah ditetapkan perkara itu dalam hukum..mengapa bullshit dari barat juga yang kita percaya?mmg perkara itu berlaku dalam dunia realiti zaman sekarang..tp kenapa perkara itu berlaku?kerana kite percayakan bullshit dari barat itu..serba serbi nak ikut barat...kalau isteri kerja kerajaan..gaji besar...boleh mengawal suami..boleh memerintah suami...itu semua tiada..dalam ISLAM..SIAPAPUN SUAMI KAMU..DIA ADALAH SEORANG LELAKI YANG WAJIB KAMU TAATI HINGGA HUJUNG NYAWA KAMU!!

abah ckp lagi...bukan lah maksud abah awak kena buat semua perkara tu sorg...kalau rasa tak larat...tak mampu uruskan semua tu...MINTA TOLONG suami...bukan ARAHKAN suami...dan BUKAN BIARKAN suami buat sendiri...

diakhir nasihat abah itu...abah memberi aku satu pertanyaan...dia suruh aku berpikir sndri pertanyaan nya..kata abah..jawapannya ada dalam nasihat yang dia sampaikan..ini pertanyaan yang abah beri pada aku "KENAPA LELAKI INGIN MEMPUNYAI ISTERI SELAIN DARI TUNTUTAN BATIN?UNTUK APAKAH SEORANG LELAKI BERKAHWIN ANDAI KEHIDUPAN NYA LEPAS KAHWIN SAMA SEPERTI KETIKA DIA BUJANG?MALAH LEBIH BAIK KEHIDUPANNYA KETIKA BUJANG DARI BERISTERI??"

ya!!itu lah nasihat abah dipagi tu...nasihat abah kepada aku...anaknya..yang bakal dia lepaskan dari jagaannya...lebih kurang 3 bulan lagi...nasihat abah itu lah yang aku percaya...mulai hari itu..telah aku singkirkan segala BULLSHIT dari barat...yang ada..cumalah nasihat abah...nasihat seorang ayah yang telah lama bergelar suami...nasihat seorang ayah yang berlandaskan syariat...ya...aku lebih percayakan nasihat abah aku dari nasihat orang luar...terima kasih abah..terima kasih yang tidak terhingga atas nasihat abah...akan adik pegang sampai bila2..abah...akan aku cuba menjadi ISTERI YANG SENTIASA DIRINDUI DAN DISAYANGI OLEH SUAMI seperti yang abah nasihatkan....

TERIMA KASIH ABAH....ADIK SAYANGGGGGGGGGG ABAH!!NASIHATMU KU SEMAT DALAM HATI DAN INGATAN..MOGA2 AKU LAH ISTERI YANG SENTIASA DIRINDUI DAN DISAYANGI DIA!!!AMINNN...

p/s : ini lah nasihat abah aku yang aku ade post kat status FB aku...bergenang air mata aku...nasihat aku kepada B2B/isteri...jangan percayakan bullshit dari barat walaupun ianya benar...berbaliklah pada nasihat didalam ISLAM...iaitu...SUAMI ITU WAJIB DITAATI WALAU SIAPAPUN DIA!!

sekian...akan aku kongsikan sekiranya ada yang lain...

Friday, February 11, 2011

Korang ingat lagi tak game nih?

salam,

hi peeps!!

semalam kan..aku dah taip entry sikit punye la panjang..sekali aku padam...miahahah..ntah la..susah tau nak karang entry kalau bunyi disekeliling bising..bunyi tv pun aku tak boleh dengar...huhuh...jadinye..aku rase entry tu macam tah pape je...aku padam la balik..harini kat opis baru nak update entry..hehehe..

eh!korang-korang the 80's babies...yang sekarang ni berumur 21 - 34...ingat lagi tak..dulu2 mase kecik..tak la kecik sgt..dalam zaman sekolah rendah - sekolah menengah..ade satu game ulat...err..game yang ulat tu boleh tembak..pastu kepala die guna utk lastik2 tu...name game tu EARTHWORM JIM...yehhh baby yehhhh...nnt aku tunjuk game tu yang mane satu..kot2 kau tak ingat ke kan..hehehe..tp game ni dulu aku mmg suke sgt main..berhantu kau...kalau dah melekat kat kerusi on computer yang bukan flat screen gabak besar tu...mmg takde bende lain nak main...ni je la game yang aku hadap...dari bangun tido smpi sume org dah tido balik...

almost 14 years back...oh maiiiii...sangat rindu dengan game itu....baru2 ni aku ade tny member2 aku...ingat tak game tu?sbb aku tak tau name die..dah lupe...tak sorg pun yang ingat... tsk tsk tsk... T-T...tapi aku balik kampung aritu umah kakak aku..aku tny die...(sbb dulu2 sllu berebut main game tu ngn die...hahaha) die ingat name game yang aku cari tu..tp tah nape mase tu aku tak terpk nak cari dalam internet game tu..ngeeee...ade lagi satu game cacing... name game tu..worm armageddon n worm...game tu boleh main 2 org..ala...yang die macam team cacing kaler biru perang ngn team cacing kaler pink..haahahha..cute ouhhh...

tapi tak sebest game EARTHWORM JIM ni...kalau main ni..kalah kan...mmg sape yg dok sebelah kene hempuk pny..bahahah... hahah..okeh..meh aku review game ni kat korang...


haaaaa..game ni la...ingat tak?ingat tak?please la ingat..ngeee... heheh.... gmbr yang kat atas ni utk level 1..New Junk City..

Sakit hati okeh maen game nih..heheh.meh aku review yang dalam die pulak..kot2 korang ingat ke game ni...

Ok..korang nampak tak yang aku bulat kan biru tu kat bawah sebelah kiri tu?yang ade gmbr pistol tu..itu jumlah peluru korang yg tinggal...yang aku bulat kan kaler oren tu jumlah nyawa korg yang tinggal...yang kaler merah tu..peratus tenaga korg utk satu nyawa...means..kalo dah tinggal  0% tu..nyawa korg dari 3 akan jadi 2...haaa..yang kaler kuning tu kan...kau nampak tak yang burung tu tgh gigit kepala cacing ni?gile keji wehhhh burung ni..mencikkk aku ngn burung ni....

yang atas ni pulak...kau nampak die tgh pegang kepala die?yang tu sbb die nak men libas2..hahaha...

haaaa.seee seeee...die dah bawak kuar kepala die untuk lipas...huhuhu...

yang ni cacing ni tgh meroyan nak men tembak2...

haaaa..seee  seeeee..burung tu gile keji ar wehhh korang...tp ade dua cara utk bunuh burung ni..either tembak atau libas...
ok..yang atas ni pulak..korang nampak tak yang macam kaler kuning kat bawah tu?yang tu anjing gile..nape aku ckp die anjing gile..kau tau die lari gile bapak laju...perghhhh..kalau real life..mmg terkencing sambil belari la jawabnye...


kannn..kan aku kate...tu anjing tu tgh gigit si cacing tu....nak bunuh anjing ni same jgk..kene libas or tembak..tp aku nasihatkan..korang tembak je la anjing ni...huhuhuh....oh ye..lagi satu..nampak tak kat bawah tu ade tajam2 kan?make sure korang tak jatuh atas tu...kalo tak..berkurangan la peratus tenaga korang....

haaaa..tu la sedikit sebanyak review pasal game ni...bestttttt...tp mmg akan sakit hati la kan bile jmp anjing n burung tu..haihhhh...sakit jiwa....



 kepada mereka2 yang gemarkan game2 yang mcmni..meh aku kasi korang link utk korang download...game ni percuma je...and tak berat pun..sgt best okeh men game ni..pada aku la..kalau kau rase tak best..jangan download..atau pun takut berlaku kejadian keyboard patah ke ape ke...aku tak bertanggungjawab....


control key die..untuk tembak tekan ctrl, untuk lompat tekan shift..untuk men libas2 tekan spacebar...hahahah...best!sila la cuba download ye...

ok..untuk korang yang nak download game ni..ini die game EARTHWORM JIM yang menguji kesabaran

selamat main game dan menguji kesabaran anda...sekian...

Wednesday, February 9, 2011

Presenting-------The 100 days left!

uhukk uhukkk!! <sound effect batuk>

Salam,

Hai kawan-kawan, (skema kan?)

ok…see tajuk..see tajuk..hehehe..ok…aku dah start OPS DEBAR!<dah macam OPS SIKAP pulak an?> hehehe…debar ke hape kau ni miza?debar gatal nak kawen la..kau ape tau?hahah..eh!tak lah..debar la..debar nak bertukar status tahu?kalau tak tau..nnt korang rase la ape yg aku rase..skrg ni korang ckp la “eleh..tu pun nak debar..” “eleh..poyo je…” and whatsoever la yang lain tu kan…LIKE I CARE?hahah..aku yang nak kawen kan?harusss la aku yang debar..takkan kau pulak?

setelah menanti dan terus menanti..tadi aku tgk kat wedding countdown yang kat kepala blog aku nih kan…dah tinggal genal 100 hari kau…adehhhh…en. abg…awak rase tak ape yang saye rase?tak rase eh?meh nak cubit kasi rase skit…heheh…-off topic-

sempena 100 hari yang tinggal ni…izin kan saya untuk menyampaikan ape yang saya nak sampaikan di sini…

En. Abg..awak tau tak tinggal lagi 100 hari kite nak kawen ni?awak nampak tak kat wedding countdown ni?ape nak buat ni awak?saya DEBAR la…ni ke debaran si bakal pengantin ye?<ngade kan?sila lempang saya sekrang..> bahaha…ermmm…abg..syg harap..kite jadikan ape yg kite lalui sebelum2 ni sebagai satu pengalaman, pengajaran yang mematangkan kite…dan juga sebagai satu BOOSTER <bukan BOLSTER okay..nak BOLSTER tggu sy jd isteri awak> untuk kite menghadapi ranjau dalam alam rumahtangga..syg harap..abg lah nakhoda yang akan mengemudi bahtera kite dengan aman dan damai…andai ade salah dan silap sepanjang saya menjadi tunangan awak…harap awak mahap kan la ye…ikhlas ni mintak mahap..hehehe…

100 hari je lagi tinggal…OMG!!Oh. Menarik. Gila…eh!tiba – tiba!hahahah…100 DAYS LEFT!!!!ting-tong!Alhamdulillah..dalam tempoh yang masih berbaki 100 hari ni..banyak persiapan yang dah kami siapkan…mental dan fizikal…fizikal dah terlebih ready..mental ni harap2 boleh cope dengan situation nnt..ngahahah…

ok..dengan 100 hari ni..mari aku siapkan beberapa entry kerja kahwin yang tertangguh..banyakkkkkk…walaupun aku tau blog aku takde orang bace…tp aku nak update jgk…buat kenangan dan kisah klasik mase dpn utk aku cite kat cucu aku nnt. “nenek dulu ade diary tau…tak caye cuba kau bukak URL nenek ni.” perghhh..canggih kau nenek…hahaha…

ok lah…babai….

 

31122010411 KAMI NAK NIKAH LAGI 100 HARI!

Semoga Allah permudahkan urusan kami membina masjid dan ikatan yang halal! aminnnnnnn

Tuesday, February 8, 2011

Persediaan Kahwin a.k.a Acid Folic

Salam,

Si kacak & Si Cantik…

ehemmm..ngeeeee…<sambil sengih sorang2>…tgk tajuk plsss..heheh…<gedik kau kan miza> ape kaitan Persediaan Kahwin n Acid Folic nih?haaa…

Once bile dah terdetik di hati nak kawen..bukan sahaja persiapan utk merisik, bertunang dan bernikah je yg perlu dititikberatkan..banyak perkara yang perlu diambil perhatian…lepas bertunang..kite akan pk utk kahwin..lepas jadi isteri..mule pk untuk jadi seorang ibu…adakah anda dah bersedia??kalau tanya saya…insyaAllah saya sedia…doakan rezeki kami lepas kawen semakin murah termasuk rezeki untuk cepat dapat bby..heheh..<gatal kau kan miza?>

ok..aku nak cerita ni tentang pengambilan Acid Folic…haaa…kite selalu ingat Acid Folic ni untuk ibu-ibu mengandung je kan?sebnrnye tak..Acid Folic ni boleh diambil oleh perempuan yg blm mengandung…cthnye aku..hahah…<blm kahwin celah mane nak mengandung kau nih> ok2..serius…ini melalui pembacaan aku di blog2 B2B dan juga en. google…

ok..meh check it out :

First sekali…kite tgk.

Apa itu Acid Folic? Acid Folic ni adalah sejenis vitamin B iaitu Vitamin B9. Asid folik membantu tubuh kite ni membentuk sel-sel baru.

Dalam pembacaan aku ttg Acid Folic ni..aku paling berminat dengan knp pentingnye Acid Folic ni untuk ibu2 mengandung? Pil asid folic ini membantu dalam mengurangkan risiko  kecacatan janin, cthnye macam otak dan saraf tunjang.Pembentukan tiub nueral baby kite berlaku dalam minggu awal kehamilan.Tiub neural ni pulak membentuk otak dan saraf tunjang.

Kecacatan pembentukkan tiub neural ini dipanggil spina bifida dan anencephaly.

Contoh Kecacatan yang sering dialami bayi :

kecacatan bayi kekurangan vitamin asid folik

Ni adalah contoh baby yg mengalami kecacatan Spina Bifida atau kecacatan pada saraf tunjang/tulang belakang baby…nampak tak benjolan kat bontot die tu…

And lagi satu kecacatan pada janin yang dipanggil Anencepahly..ape tu?ok..Anencepahly ni ialah kejadian di mana otak dan tengkorak kepala baby/janin ni tidak membentuk dengan normal.  Ni menyebabkan sebahagian otak n tulang tengkorak tu tak terbentuk dengan baik…yang tak best nye..aku bace…kebanyakan bayi anencepahly ni mati dalam kandungan atau selepas dilahirkan.

sedih kan?korang nak ke?tanak kan?jadi nnt dah kahwin n dah disahkan pregnant..dengarlah nasihat doctor yang suh makan Acid Folic nih…kalau korang tak boleh nak ingat makan…korang suruh laki korg ingatkan..Eh!die nak anak kan?die pun kene la bantu same..betul tak?jgn buat anak je pandai..bantu isteri mase tgh pregnant n lepas pantang tak nak pulak…(pesanan ini adalah untuk EN. TUNANG SAYA JGK!)

ok…jadi..ape kene mengena aku yg belum kahwin apetah lagi mengandung ni sibuk2 nak amik acid folic eh?

ok..fakta yang menarik aku baca…n aku baru tau…sedih kan aku nih..hahah..ok..fakta nye..ialah..Acid Folic ni elok diambil oleh mereka yang MERANCANG UNTUK DAPAT ANAK CEPAT selepas berkahwin dan wajib diambil pada mereka yang berada di awal kehamilan dan sepanjang kehamilan…best tak?heheh

if korang planning nak lepas kahwin terus dapat anak..means sekurang2 nye 3 bulan sebelum nikah dah boleh mengamalkan pengambilan acid folic ni secara konsisten sampai la lepas korang kawen..pregnant dan pregnant dan pregnant lagi…jangan tinggal…

heheh..part ni yang aku nak senyum2 kucing ni…memandangkan aku mempunyai masa lebih kurang 3 bulan lebih sebelum menjadi isteri org…aku telah pun start pengambilan acid folic ni wehhh..heheh…bukan la mengharap utk terus lekat kan lepas kawen..tp at least..kite usaha…selebihnya kite berserah pada Allah…dalam mase yang same..aku berdoa lepas kawen..akan ade berita baik utk aku dan suami…<dapat bby la..ape lg..takkan kau nak kawen taknak anak kot?>

ade bnyk jenis acid folic ni…kat pharmacies ade..aku pun beli kat pharmacies je..korang tny je “sy nak acid folic..” nnt die bagi…yang aku beli kat pharmacies adalah jenis ini :

08022011517

ini jenama ape tah aku lupe…aku beli dua…yang ini utk travel..yang lagi satu utk kat rumah…aku kan pelupa…hahah..jadinye..sementara belum ada suami yang nak pantau n ingatkan aku untuk makan acid folic ni…jadi aku amik inisiatif beli lagi satu iaitu yang ini :

Ini pun adalah sejenis Acid Folic..yang namanya Obimin.tapi kandungan acid Folic dalam ni ada dalam 1mg je tak silap…disuggestkan kite amik 4 – 5 mg sehari…macam yang aku gune utk bawak lam handbag yang kat atas tu…mmg khas acid folic 5mg..

ade lagi satu..yg ni aku penah makan 2 tahun lepas.

Iberet Folic..jugak sejenis Acid Folic..dulu aku amik ini...tp mase tu tak pk pun nak continue utk pre-pregnancy nnt kan..hahah…sbb mase tu jahil lagi bab2 rumahtangga ni..ngahahah…<sekarang pun same..tu yg kene belajar dan terus belajar>

ok..sekarang korang boleh paham tak ape yg aku cite nih?kalo tak paham..boleh go google..nak lagi paham..pegi jmp doctors or pharmacist..they can help u a lot…tak paham jgk..pegi amik jurusan kedoktoran atau ubat-ubatan…habis cerita..

ok..aku harap info tentang ni sedikit sebanyak dapat membantu korang dalam merancang ape yg korang nak lepas kawen…

oh ye..ade orang tny aku…takkan lepas kawen kau nak terus mengandung? Eh! kenape taknak?ape tujuan kau kawen?saje suke2 sbb boleh tutttt secara halal ke?bukan tu saje…kite nak menyambung zuriat n keturunan kite dan suami….

Tanak buat family planning ke?means rasa hidup berdua dulu..then baru pk anak?okay lah..to be honest..aku ade pk n discuss ngn en. tunang..kitorg plan mule2 dulu…nak hold dulu…mungkin lepas 5 –6 bulan lepas kami kawen baru proceed buat bby <chaitt..mcm buat masak tempoyak je kau cakap buat baby tu kan miza?> hahah..eh siyes!betul la…tp bile aku pk2 balik..aku tanak planning for the first bby…bukan ape..takut tak lekat terus…aku pk..kalau rezeki kami utk dapat bby cpt..mmg aku syukur sgt2..tp kalau belum rezeki..kami redha n usaha la lagi kan!

tp disebabkan aku dah merancang nak dpt bby..tu yg acid folic ni menjadi amalan aku pulak skrg ni..eh!selain tu acid folic ni utk tambah darah tahu?heheh..ok..darah aku kurang kot..heheh…

so.hope korang dapat jadikan info ni sebagai sedikit sebnyk panduan korang ye…

sekian dari saya,

Doktor-wannabe

bahahah…

 

P/s : jom makan acid folic same2 ngn saya nak?hehe

Baju untuk My BB~ Awww…

Salam,Hello peeps,
ehem2..belum kawen dah beli baju untuk BB?semangat tak?semangat tak?semangat an an an..ngeee..semangat wehhh..tak sabar2...kawen pun belum lg dah buat preparation utk BB kan?----------------------------banyak la kau punye Baby MIZA!!-------------------


heeee...errr..tak boleh eh?okay la..okay la...sebenarnya bukan baju Baby yang ini :

dscn3038

tapi yang ini :

V

V

V

V

V

V

V

V

V

tadaaaaaaaaa!!!

 08022011514

08022011515

08022011516

* ngeee…ini la die baju My BB yang baru….kaler Shocking Pink gitu..ngn aku skli shock!

<gile ape aku suke kaler pink?>

Monday, February 7, 2011

.::. Kerja Kahwin Part 5 - Make-up Artist .::.

Salam,

Hai dunia..

fuhhh..fuhhhh...hacccuummmmmmm *sound effect akibat blog berhabuk*

eceh..hahah...okey..hantu rajin dah merasuk tubuh badan dan minda aku untuk mula bertinta dalam blog...alah!merepek!huhuh...kedaung berzaman kau aku tak hapde ini blog..kesian kau blog..punya tuan yang sgt pemalas cam aku untuk nak update kau..aku pun tak paham...bile aku mule pegg keyboard je...idea LOST!!bile aku mule pgg huruf A kat keyboard je...Sawan MALAS mule datang...menggigil aku tahan MALAS..tp tak boleh..kalah jgk..arini je aku menang skit..
*stop!merepek tak habis*

ermmm..aku dah buat review pasal make up ke belum ye?rase mcm belum je....belum kan kan kan?ok..harini saya nak buat review/entry pasal kerja kahwin saya yang kedaung berzaman tertangguh..untuk dalam entry je la..real nye mmg dah nak abis pun preparation...ngeee...

okeh..first of all...MUA ni antara yang terpenting jgk dalam menyumbangkan tenaga di hari bahagia kite..ye la..ade ke org yg nak nampak comot di hari persandingan?aku tak pnh lagi jmp org yang nak nampak tak cantik di hari persandingan...mesti nak cantik kan?jadinye..MUA ni antara orang penting jgk...ye la..tugas die bukan senang..melukis muka org dengan berbagai jenis kaler....pastu nak buat shading...jenuh die memikir..camne aku nak tinggikan hidung si pengantin ni ye?camne aku nak buat muke die nampak cam Tok ti ye?pipi ala2 kene cucuk botox...haaa..ingat senang ke?kadang2 boleh fed-up tau...

terdapat beberapa ciri solekan yang anda perlu kenali...iaitu :

1. Mak Andam
2. Make - Up artist..

okay..ape beza MAK ANDAM dan MAKE - UP ARTIST?meh aku kupas satu persatu..moga2 ape yg aku kongsikan membantu korang utk paham perbezaan dua profesion ni...

Mak Andam :

gelaran universal untuk tukang andam kalau tak merujuk kpd spesifik gender sedangkan Mak Andam merujuk kepada Tukang Andam Perempuan. korang jgn tak tau, sekarang ni pun dah ade Pak Andam tau..ape..kau pkir perempuan je nak cantik?lelaki pun mau juga maaa...

ade 3 elemen perbezaan antara dua2 ni...iaitu, teknik solekan, khidmat yang ditawarkan, and kemahiran...

Make - Up Artist ni selalunye seseorang yang mempunyai karier / pengalaman yang bagus dalam bidang meng 'kaler' muke org nih...mmg expert la kan...dari segi solekan n penggunaan alatan juga blend2 kaler ni mmg kasi kat dorg la...

biasenye..kalo kite search make-up artists yang ade...seperti contoh...
1.Ayang Kamell... (my Fav!)
2.Tiar Zainal...(My all time favourite MUA okeh)
3.Nurin Make-Over(pakar dalam pemilihan foundation...cantik die mekap)
4.kak amy ameera (my all time favourite MUA jgk...and she is the one yg mekap aku mase tunang haritu...she's soooooooooooooooooooooo nice and sgt cantik okeh..kelakar pun ye..heheh)
5.Sue Cantik,
6.Saidatul Nisa

dan lain-lain...*go google sndri la ye..hehhe*

mereka-mereka di atas adalah pakar dalam bab solek solek muke org nih...pakar dalam memblend kaler..foundation, bedak, eh..boleh kate dalam mencantikkan muke org..serahkan pade mereka...

biasenye..teknik solekan bagi MUA ni adalah modern & up to date..khidmat dorg ni pula sllunye khusus/terhad pade solekan muka n rambut...

ok..Mak Andam pulak....orang yang tau selok-belok dlm adat-adat kawen ni...kebolehan die mnyolek pun ok jgk..tp biasenye dorg ni mengamalkan solekan secara tradisional, dandan rambut, n ade mcm2 gaya pakaian pengantin..teknik solekan mak andam ni kalo korg tgk...more to klasik n traditional..tak pecaya?pegi try suh mak andam mekap..selagi korg tak request nak lipstick kaler nude ala2 natural look..selagi tu die p tenyeh lipstick merah menyala...pastu kening akan dilukis agak tebal...rambut kebiasaanye akan disanggul n dicucuk sanggul yg maha berat tu...tak caye?pegi cube..heheh..saya dah cube...pade yg menggemarkan classic/traditional look..boleh la try..dari segi perkhidmatan mak andam ni..boleh dikatakan secara menyeluruh termasukla dari segi hias pelamin, hias bilik tidur, and tak lupejgk amalan tradisional dalam mengandam pengantin cth mcm rawat muka badan n mcm2 la..tak pecaye?kalo mak andam die akan cukur pelipis rambut..letak lam air utk tgk pengantin perempuan tu anak dara atau tak...kalo dulu2..mak andam ni lebih kurang tugas die sesibuk mak pengantin la..

haaaa...itu la die sedikit sebanyak perbezaan mak andam n make-up artist...hope dapat membantu anda dalam memilih mereka utk majlis anda nnt...

btw..utk majlis aku..aku choose utk amik MUA...ye la..biasenye...kalo ikut org dulu2...mak andam ni akan mengandam pengantin selama 3 hari kau tau...abis tu aku tak payah buat keje lain ke?mau kene tempik sampai kuar gegendang telinga..hahaha..jangan samekan pengantin skrg n pengantin dulu okay..pengantin dulu mmg tak yah buat keje...meriah...3 hari seblm kenduri dah diandam...pengantin skrg?aku tak tau la nak ckp...dah mcm superbride kau...kehulu kehilir..die yg paling sibuk..ye la..dulu2...kalau pengantin sibuk2..mak n memacik akan ckp "eh!kau pengantin..mane boleh buat keje...pegi duk dalam bilik tu..berandam..menuntut ngn mak andam tu ha...berinai ke hape ke..." cube kalau skrg...kau sebagai pengantin...tinggal lagi seminggu majlis..kau buat dunno...terperap lam bilik...tak buat keje...mau kau kene sedas camni "kau nak kawen..orang lain pulak yang sibuk2..kau pegi la tunjuk muke...buat keje...kau jgk yang nak kawen..orang lain yang penat...tu ha...pegi tampal itu...buat ini..yaddaa yaddaa..bla bla bla"

hahahah...tak caye?cube buat..ngeee...

oh ye...aku choose MUA kan aku ckp td?siapa kah dia?nnt lepas dia make-up aku..akan ku revealkan si dia yang aku pilih jadi MUA aku n hasil keje nye okey...siapa dia? okaylah...dia berada dalam 6 senarai MUA di atas...ngeee...dah booking...dah bayar half depo...dapat price yg sgt2 berbaloi...thank you soooooooooooooooo much!!!hehhe

anda bagaimana?sudah pilih?mau MUA atau Mak Andam?buat pilihan..jgn menyesal di kemudian hari...ye la..orang nak tgk muke awak kan...takkan nak bertepak pulak..mereka adalah yang terpenting utk menampakkan anda sebagai Ratu Sehari..bukan pelakon di pentas opera cina..sekian...harap2..info ni sedikit sebanyak membantu anda...

meh tatap beberapa keping gambar di bawah :



ini adalah contoh solekan dari mak andam


make - up from MUA : Ayang Kamell...
*pic credit to Ayang Kamell*


oh maiiiiiiii...make up by MUA : Tiar Zainal
*pic credit to Tiar Zainal*


&

yang last ni...aku mcm tanak tunjuk....tp...dah terupload gambar..tunjuk je la eh..

V

V

V

V

V

V

V

V

V




Eh....bukan kat cni..bawah lagi la...



V


V

V

V

V

V

V

V


TADAAAAAAAAAA!!!hahahha...nak jugak aku tempek muke aku kan..
ni adalah make up dari MUA aku iaitu kak Amy Ameera....
*pic credit tooo...diri sndiri..ahaha*

Sunday, February 6, 2011

testing testing

testing testing..hehehe

saya sangat terguris!

entry ni pendek

ok!fine...kalau dah rase dorang tu baik sangat...pegi la amik bela buat jadi anak angkat walaupun dorang tu anak saudara sndri kan...amik la buat macam anak sendri..dorang tu baik...tengok la..bulan2 bagi duit kat mak bapak...amik la dorg bela..kot2 dorg boleh bagi bulan2 duit..kot2 la susah sakit demam nnt dorang nak tolong bela...

tgk..yg no 3 tu..kawen ikut pilihan keluarga..IJAZAH lagi...damnnnnnn!!aku benci itu je yang nak diungkit...belum tentu ade ijazah tu cerdik pandai dalam kehidupan....dulu mase aku suruh pilihkan calon...siap ckp "kitorg tanak carikan..biar korg cari sndiri..senang..nnt ape2 jadi korang takde nak salahkan mak bapak dah...."

bile dah cari sndri tgk anak org lain ikut pilihan keluarga nak merungut2 pulak...suka sgt samakan anak sndiri ngn anak org?best sgt kot anak org tu dari anak sndri..kalo rase anak sndri tak best..pegi amik anak sedare tu jadi anak angkat...lps tu jgn la komplain yang anak sedara ni asyik dok nampak harta kite je...asyik nak ckp kite ni bnyk duit je...jgn la komplen lepas tu..dorg kan baik...


aku tak suke nak ckp mcmni...tp aku sgt terguris bile dgr ape yg keluar dari mulut td tu....mengagung2kan anak sedara yang belum tentu nak tolong kalo susah..tak yah tgk mase dpn la...aritu mase kakak nak kawen..abah msg bapak die ckp nak jual tanah...kenape tanak beli?kate adik beradik..kate anak sedara...kate anak bagi duit tiap2 bulan..kenape bile kene kat kite..sume tak boleh...ade ke tanah org nak jual 8K?dari abah nak jual 16k die boleh mintak kurang smpi 8k...patut ke?macam tu ke adik beradik? mmg patut la anak die gedik2 nak beli..murah sgt smpi 8k...nasib baik kakak mengamuk tak bagi jual tanah dgn harga murah camtu..kalau tak?ape jadi?

tak....dorang tu masih baik lg kan...fine!!!kami anak2 ni asyik nak menyusah kan mak bapak je..dah la degil...belajar pun tak tinggi...duit pun tak penah bagi kot kat mak bapak....

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers