Thursday, September 20, 2012
2012 hampir ke penghujung..2013 menghampiri...
Thursday, January 5, 2012
Bercinta sebelum kahwin = Seronok, Bercinta selepas kahwin = Indah!!
Sesiapa yang belum kahwin dan sedang bercinta...anda digalakkan untuk segera berkahwin..supaya anda dapat menemui keindahan dalam berumahtangga kelak!
Sesiapa yang belum kahwin dan sedang bercinta dan sedang merasakan bercouple itu best, saya cadangkan kahwin cepat...sebab cinta yang wujud dalam ikatan suami isteri itu indah!!
Saya tak menafikan cinta sebelum kahwin itu seronok...boleh dating..jalan - jalan tengok wayang...keluar makan - makan...pergi main ice skating..pergi bersiar - siar kat taman bunga...macam - macamlah aktiviti yang dibuat bersama....time bercinta sebelum kahwin ni lah yang best nak buat semua tu kan??rasa macam sesaat bersama dengan bf/gf tu berharga sangat..rasa macam tiap - tiap hari nak jumpa...
tapi......yang lagi indah...cinta lepas kahwin....dating dapat pahala...jalan - jalan tengok wayang dapat pahala...keluar makan - makan dapat pahala...malahan..kalau keluar makan dengan suami..suami belanja isteri makan..suami dapat pahala umpama mujahidin yang berjihad ke jalan ALLAH...subhanallah! pergi main ice skating lepas kahwin dengan suami isteri..dapat pahala...pergi bersiar - siar kat taman bunga dapat pahala...pegang - pegang tangan dan pandang pasangan dengan penuh kasih sayang pun dapat pahala..apatah lagi suami kenyit mata kat isteri..dapat pahala! INDAH bukan??memang kita tak nampak apa yang kita dapat tu sekarang...tapi di akhirat kelak...kita mungkin akan terkejut dengan pahala extra yang masa kita buat tu kita rasa macam...alah!benda kecik je!tapi..hakikatnya??
Setiap apa yang seorang isteri itu lakukan untuk suaminya...dengan penuh kasih sayang...mendapat ganjaran di sisi ALLAH...
Bercinta sebelum kahwin memang seronok...tapi keseronokkan itu cuma sekejap...bercinta selepas kahwin...INDAH...hatta sekadar baring - baring tengok DVD yang dah diplayback kan 100 kali tu pun terasa cukup bahagia...dapat baring - baring di sebelah pasangan yang dikasihi malah HALAL!
"wahhhh...kemain lagi kau ye..cakap soal HALAL lah..PAHALA lah...macam lah kau sebelum kahwin tak pernah buat semua tu???"
Sebab sebelum kahwin kami bercinta..dan selepas kahwin kami lagi bercinta sakan lah saya dapat rasakan perbezaan di antara cinta sebelum kahwin dan selepas kahwin..terlalu banyak beza...percayalah...akhiri sebuah hubungan itu dengan pernikahan sesegera mungkin...
tapi..untuk mengecapi semua itu...harus disertai dengan pelbagai dugaan..agar kita lebih menghargai apa yang kita miliki....dah kahwin..jangan mengharapkan pasangan kita itu sempurna...tapi kita kena saling menyempurnakan antara satu sama lain....
"ala...baru kahwin memang lah..tunggulah dah setahun dua...sepuluh tahun lagi...belum ada anak memang lah honeymoon..tunggu nanti anak dah berderet..."
Mentaliti masyarakat melayu umumnya telah ditanam dengan perkara ini "baru lagi memang indah..dah lama nanti takut bau tahi je" pada saya..tak perlu tunggu perkahwinan itu cecah 10 tahun baru nak tulis dalam blog "perkahwinan itu membahagiakan" no need! Apakah mereka yang dah berkahwin itu sudah cukup pengalaman dan dugaan yang diuji ALLAH dalam rumahtangga?tidak...kadangkala..orang yang baru kahwin..pengalaman yang mereka tempuh melebihi pengalaman orang yang lama berkahwin...ego menyebabkan manusia tidak boleh menerima pandangan dari orang lain...
Untuk merasai nikmat dan manisnya berumahtangga...harus ada usaha dari kedua - dua belah pihak...suami dan isteri...bila bergaduh...cepat-cepat selesaikan...cepat - cepat berbincang...saya dan suami...bergaduh juga...tapi suami jenis cepat sejuk...dan kami akan menyuarakan isi hati masing - masing..apa yang tak puas hati...lepas tu...kami boleh senyum dan bergurau seperti biasa....
Saya banyak belajar dari pengalaman orang sekeliling saya...yang sudah berumah tangga..yang dah lama berkahwin...banyakkan membuat "observation" dari orang sekeliling...kita harus belajar dari pengalaman mereka...supaya kita boleh mencorakkan kehidupan kita dengan baik....
Hati isteri mana yang tidak sejuk...hati isteri mana yang tidak lembut...tatkala setiap kali Solat jemaah...suami tercinta menjadi imam yang paling handsome berkain pelikat dan bersongkok itu mengimamkan solat kita...dan kita menjadi makmum pada orang yang kita cintai...kemudian..sudah habis solat...suami menadah tangan dan berdoa :
"Ya ALLAH..Ampunkanlah dosa - dosaku...DOSA - DOSA ISTERIKU...dosa - dosa kedua ibu bapa kami...Ya ALLAH ya Tuhanku yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...jadikanlah aku seorang suami yang dapat membimbing ISTERIKU ke jalan-MU ya ALLAH...jadikanlah ISTERIKU seorang ISTERI yang SOLEHAH...kurniakanlah kami zuriat yang SOLEH dan SOLEHAH"
tatkala mendengarkan doa itu sahaja sudah bisa membuatkan seorang isteri mengalirkan airmata...jikalau belum berkahwin dahulu...doa untuk diri sendiri dan ibu bapa serta sahabat handai je...tapi bila dah berkahwin...orang lain iaitu suami/isteri yang mendoakan kita...bukankah bahagia??
tidak perlu tunggu untuk membina bahagia dalam rumahtangga..tapi kita kena mulakan langkah "membina keluarga dan rumahtangga yang bahagia" itu dari mula akad nikah dilafazkan....
Seandainya...disaat anda dinikahkan/menikahi...anda letakkan matlamat anda untuk menjadi suami/isteri yang terbaik untuk beri yang terbaik kepada pasangan...dan berjanji untuk sama - sama memperbaiki diri dan mendalami Islam dengan lebih dalam...maka...insyaALLAH..anda akan jumpa nikmat dan indahnya perkahwinan....
Alhamdulillah..saya ketemui bahagia dan indahnya berumahtangga kini...saya doakan...anda juga ketemu perkara yang sama....
Bagi yang belum berkahwin dan sedang hangat bercinta...segerakan pernikahan...moga anda juga dipilih ALLAH untuk merasai nikmat dan indah perkahwinan itu....
Wednesday, January 4, 2012
Imbasan 2011
Thursday, November 3, 2011
Ujian dari MU Ya ALLAH...
Thursday, August 11, 2011
~Tiga Kata Paling Bermakna~
Salam,
Hai peeps!
"Wo ai ni...I love you...Aku cinta padamu
Tiga kata paling bermakna...Tapi jarangnya didengar...
Naan unnai kathalikaraen...Saranghaeyo....Aishiteru
Tiga kata paling menyentuh....Tapi jarangnya disebut"
Tiga kata paling bermakna...tapi jarangnya didengar....dan juga tiga kata paling menyentuh...tapi jarangnya disebut....ya!rata - rata orang kita...sangat sukar meluahkan rasa...mungkin ego barangkali....tapi ketahuilah...rasa yang diluahkan itu mungkin bisa merubah hati seseorang...dan juga mungkin merawat luka dihati seseorang...menggembirakan seluruh kehidupan seseorang....
kadang - kadang kita takut untuk meluahkan rasa cinta dan sayang pada pasangan kita...kenapa perlu takut?sedangkan kita juga tahu dia menyayangi dan mencintai kita...jangan mengharapkan pasangan kita tahu perasaan kita dengan sendiri tanpa kita mengucapkannya....kalau anda tanya pada saya...perlukah kita melafazkan TIGA KATA yang paling bermakna ini?jawapan saya...YA!!kita perlu meluahkan...melafazkannya dengan jelas pada pasangan kita...walaupun dia tahu perasaan kita..tapi tak salah kalau kita melafazkannya berulang kali...supaya pasangan kita tahu...bawah dia adalah satu - satunya insan dihati kita....
Tak semestinya TIGA KATA ini perlu diucap pada pasangan kekasih, suami isteri saja...tapi tak salah kalau kita ucapkan pada kedua ibu bapa...adik beradik...kadang - kadang kita senang mengucapkan sayang dan cinta pada kekasih...tapi susah untuk luahkan sayang dan cinta pada ibu bapa dan adik beradik....
saya sendiri selalu ucapkan cinta dan sayang pada abah dan mama...kalau mereka membantu saya menyelesaikan sesuatu perkara..atau memberi sesuatu pada saya...saya pasti akan cakap "thanks abah/mama!! I Love You lahhhh!!" see..tak susah kan?
kita jangan terlalu ego untuk mengucapkan TIGA KATA ini...dan juga jangan terlalu ego untuk menerima TIGA KATA ini....berilah hati kita ruang untuk merasa kasih sayang dari insan - insan yang kita sayang dan cinta...dan juga...berilah mereka ruang untuk menunjukkan cinta dan sayang mereka pada mereka...
Mungkin ada sesetengah pasangan yang tidak suka mengucapkannya...pada mereka....ucapan tidak penting...BIARLAH HATI YANG BERKATA - KATA! Eh!!Hello..hati memang boleh berkata - kata dik non oiii!tapi orang lain tak boleh dengar...tak boleh rasa...kalaupun mereka boleh dengar dan rasa...tapi mereka akan rasa ragu - ragu...betulkah kita sayang dan cintakan mereka??Sehebat mana pun kita..setinggi mana pun kedudukan kita...kehidupan kita akan sentiasa sunyi tanpa TIGA KATA ini....
Selalulah mengungkapkannya pada insan - insan yang kita sayang..sementara mereka masih ada dan masih mampu mendengar TIGA KATA yang indah itu...saya terbaca satu blog...seorang 'hawa' yang kehilangan 'adam' nya untuk selama-lamanya...seorang ibu muda yang kehilangan suami..setiap penulisannya didalam blog itu..saya hayati...saya cuba letakkan diri saya di tempat beliau...nyata...saya tidak setabah beliau...ketika saya cuba menyelami kehidupan beliau dengan cara meletakkan diri saya ditempat beliau ketika membaca...saya tidak mampu lagi untuk menahan air mata saya dari mengalir..saya menangis sesungguh - sungguhnya..tidak dapat ditahan - tahan...seolah-olah saya dapat merasa keperitan dan kerinduan yang ditanggung beliau...ketika itu..saya cepat - cepat keluarkan diri saya dari cuba menyelami cerita beliau...sungguh...saya tak mampu....benarlah kata abah..untuk menyelami sesuatu perkara..hayatilah dengan hati...kita akan lebih mengerti kehidupan seseorang....
Antara kata - kata si perindu ini yang memberi saya pengajaran ialah....
"huhu... insaf..sedih sebab saya tak sempat nak mintak ampun salah silap saya dengan dia..tapi, sebelum bersalinkan Kekwa, tu la last sy mintak maaf dgn dia...saya tak tahu dia akan pergi secepat ni..tak sempat nak kata apa2 pun..tak sempat nak ucap "i love u" pun..
kalian yang sudah berumahtangga,hargailah suami ye.. setiap hari cium tangan dia mintak maaf segala2nya.. salah faham sikit2 tu biasala, mcm lagu P. Ramlee tu,sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula suami isteri kan.. jaga suami baik2, hari2 jangan malu2 ucap sayang, sbb saya dulu tak buat pun camtu, skang terasa nak ucap hari2.. tapi dia dah takde...
*terkilan* " ~ mawarnafastari
Sebak saya membacanya....mawarnafastari...semoga anda tabah menghadapinya...tiada kata - kata lain yang mampu saya beri pada anda...sesungguhnya..anda sangat tabah...menghadapi kehilangan seorang suami yang dicintai secepat itu...dengan dua puteri yang masih kecil dan usia yang masih muda...sungguh...kesabaran mu mengagumkan aku...moga ALLAH sentiasa memberi semangat dan kesabaran untuk mu....
Alhamdulillah...saya punya seorang suami yang sangat penyayang....saya dan suami dari zaman kami bercinta...bertunang dan berkahwin...TIGA KATA yang bermakna itu tak pernah lekang dari bibir kami....setiap kali nak letak telefon "I LOVE YOU"...."abang cinta sayang" dan saya akan balas "I LOVE YOU TOO"..."Sayang pun cintakan abang.." setiap hari..kalau kami berjumpa pun macam itu..setiap kali sebelum tidur...saya atau suami akan mengucapkannya...alhamdulillah..saya tidak pernah jemu untuk mengucapkannya..saya mahu dia tahu...dia lah yang saya sayang dan cintai...selain dari keluarga saya....saya mahu suami sentiasa tahu perasaan saya padanya...dan...saya tidak mahu kedekut untuk mengucapkannya selalu..semoga ALLAH sentiasa pelihara cinta dan kasih sayang kami....insyaALLAH..hingga hujung nyawa..saya tidak akan pernah jemu mengucapkannya..
......kerana..saya tidak mahu menyesal tidak dapat mengucapkannya lagi satu hari nanti.........
Saat ini..sekiranya anda terbaca entry saya ini...cepat - cepat telefon/sms/email/mms kepada orang - orang yang anda sayang...tentang perasaan anda....
"Mungkinkah kerna kita dah terlalu selesa...Keintiman seolah semakin hambar
Dari gerak gaya....Hingga ke tutur kata.....Tak menggambarkan cinta
Katakan aku cinta....Aku cinta kamu....Walaupun kita saling
Sayang satu sama lain.....Tapi mengapa runsing meluahkan perasaan
Mungkin mereka tahu....Andainya hari esok....Kita tidak terpisah"
Monday, August 8, 2011
Hebatnya Derita Merindu bila berjauhan!~
Salam,
Morning gorgeous!
Alhamdulillah...it's 8 Ramadhan 1432h already...time flies!rasa macam kejap saja dah masuk second week kita umat Islam menyambut Ramadhan Mubarak..rasa macam..ehhh!!kejapnya masa berlalu kan?
Alhamdulillah...puasa yang cukup indah pada saya..kerana dapat berpuasa sebagai seorang isteri...Subhanallah...nikmat itu terasa....tapi disebalik nikmat yang Allah beri...DIA selitkan sedikit ujian buat saya...dimana saya masih berjauhan dengan suami...Only Allah knows how I feel as a wife...and only those in the same situation or pernah melalui perpisahan jarak bersama suami saja yang tahu..bagaimana perasaan ini...
Eventhough we're seperated by few shots of distances...but our love remain stronger & forever...and its growth day by day...betapa susahnya berjauhan dengan suami..bukanlah bermakna manja sampai tidak boleh berjauhan dengan suami..tidak...cuma...ada ketika dan saat...rasa ingin terbang berada disisi suami....sebab itulah bila sekali sekala dapat berjumpa..rasa tak ingin berpisah langsung...sampaikan bila tengok suami bangun dari tempat duduk...terus tanya "abang nak pergi mana?" "tak pergi mana..abang nak pergi toilet kejap lah" terus cakap "nak ikut!" HAHAHA...sampai suami pun naik takut..."betul ke isteri aku ni?"
but that's the fact!Sesiapa yang sudah berkahwin dan berjauhan dengan suami sementara menunggu salah seorang berpindah...dan juga sesiapa yang pernah melalui perkara ini ketika berkahwin di awal perkahwinan dulu..pasti mempunyai rasa yang sama....luaran saja nampak tabah ketika melambai - lambai suami yang mahu pulang...luaran saja nampak tabah bila pagi sebelum suami balik tu boleh gurau - gurau..main geletek - geletek..gelak macam nak pecah rumah...luaran saja nampak tabah bila siapkan beg pakaian dan baju suami yang mahu pulang...luaran saja nampak tabah bila tengok suami sedang bersiap - siap dengan handsome sambil dalam hati cakap "handsome pulak suami aku hari ini!"...luaran saja nampak tabah bila suami mula pakai minyak rambut ala - ala model iklan brylcream...tiba - tiba nampak suami handsome kalah Aaron Aziz! tiba - tiba rasa nak kurung suami tak nak bagi balik! hahahah
tapi.........hakikatnya...tatkala mencium tangan suami...hati mula sebak...tatkala suami cium pipi kanan...air mata mula bergenang...tatkala suami cium pipi kiri...air mata macam empangan nak pecah!dan....tatkala suami cium dahi....pejam mata rapat - rapat...dan...mulalah!babak air mata macam dalam drama tv petang - petang! dan bila suami peluk pula....terus peluk suami sampai suami sesak nafas...rasa macam tidak sanggup untuk bagi suami balik!macam kejam kan? Tapi itulah hakikatnya...hakikat yang sangat meruntun jiwa seorang isteri.....kalau yang tiada perasaan macam saya bila berjauhan dengan suami..tahniah!anda memang berhati batu!
Saya ketika mula - mula hendak berpisah jarak dengan suami masa lepas habis cuti kahwin hari itu....menangis - nangis!siap sedu - sedu!sampai suami susah hati nak tinggalkan saya...tapi sekarang tidak lagi!hahah...*okay..tipu!* sekarang lagi teruk!hati meronta - ronta nak jerit "tolonggggg!!jangan balik!!!" tapi cuma sangkut di kerongkong saja...itu yang terus pura - pura berdehem tu!hahah..kadang - kadang suami keluar rumah sekali dengan saya yang mahu pergi kerja..bezanya..destinasi kami dan kereta berasingan...kami hanya sehaluan dari rumah masuk ke highway DUKE...sampai lepas Tol Batu...kami akan berpisah haluan....macam pagi tadi...lepas saja Tol..kami berpisah haluan..tapi sempat lagi berbye - bye dari dalam kereta...bagi flying kiss...berpesan - pesan...kalau orang tengok mesti orang kata suami saya gatal!dalam kereta sempat mengorat!HAHAHA...haippp!dia suami saya lah!
Bulan Ramadhan ini..suami tidak lagi dapat pulang jenguk saya tiap - tiap minggu..sebab suami teramat sibuk dengan tugasnya...jadi saya lah yang mengambil alih tempat suami..pulang menjenguk suami tiap - tiap minggu....heheh...eh!Hari Jumaat lepas...saya balik Sabak Bernam jumpa suami naik bas!tepuk tangan untuk diri sendiri!Abah hantar sampai pudu...naik motor saja...merempit!Abah tak ikut sampai atas...hantar saya dan terus pulang..abah cakap "pandai - pandailah beli tiket bas.." hahah...rasa macam student Politeknik Sultan Idris Shah kembali!
Pudu sudah cantik!Saya dapat bas jam 4.00 petang...suami tunggu di Sabak Bernam...oh ya!Kawan - kawan seperjuangan ku...tahukah anda bas Sabak Bernam sudah cantik?duduk dalam bas rasa macam duduk dalam flight tahu?! zaman kita dulu naik bas buruk saja...yang saya rasa macam nak tertanggal tingkap bila berjalan...dan rasa macam naik kuda bila langgar bonggol atau bumper!tapi sekarang tidak lagi...bas sudah sangat cantik...tidur pun lena..selesa!
-------------------------------------Lari Topik--------------------------------
Sesungguhnya rindu itulah yang mengikat kami...rindu itulah yang membuatkan kami saling lengkap melengkapi...rindu itulah yang membawa ku kesana!ya!rindu itulah yang membawa ku kesana!
sangat derita merindui mu wahai suami....semoga abang cepat pindah sini..please pray for us wahai teman - teman!semoga saya dapat menjalankan tugas sebagai isteri sepenuhnya....tiada lain yang saya mahukan saat ini...cuma mahukan suami dapat pindah sini dengan segera....
SANGAT SEKSA BERJAUHAN!DERITA MERINDU!
last but not least....suami ku yang ku rindu............
*sign jangan tak sign! I Love You with All my Heart dear husband!*
Wednesday, August 3, 2011
Selamat Hari Lahir Suami Ku~
Salam,
Hey Peeps!
Alhamdulillah...telah masuk hari ketiga seluruh Umat Islam menyambut kedatangan Ramadhan Mubarak...dan syukur kerana masih diberi peluang untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini....
Ramadhan tahun ini amat bermakna buat saya...kerana tahun ini adalah tahun pertama saya berpuasa bersama suami...alhamdulillah...I'm Blessed!Subhanallah....
Hari ini sudah masuk 3 Ogos 2011...dan hari ini adalah hari lahir suami saya yang ke 28 tahun...*errr...tua ke?* heheh...
Agak sedih sebab tak dapat celebrate birthday suami..rasa macam unfair sebab hari lahir saya tempoh hari suami ada disisi...tapi pada hari lahir beliau...saya tiada disisi....rasa macam sayu sangat....
Sempena hari lahir suami...saya nak buat dedication untuk beliau...
*Tangan yang memegang bahu saya itulah yang sentiasa menyokong saya...yang sentiasa membangunkan saya disaat saya jatuh..disaat saya memerlukan sokongan yang padu...dan tangan itu lah yang saya ingin kucup setiap saat*
Abang...selamat hari lahir yang ke - 28 tahun...sayang doakan..semoga abang panjang umur...murah rezeki sentiasa...menjadi suami yang soleh, baik, penyayang dan bertanggungjawab...juga menjadi ayah yang penyayang untuk anak - anak ktia nanti...abang...sayang hargai pengorbanan abang untuk keluarga kita...sayang tahu..abang telah berusaha kuat untuk kearah itu...sayang akan sentiasa bersama abang...susah atau senang....sayang ingin mencintai dan menyayangi seumur hidup sayang hingga ke syurga dengan izin-Nya...moga cinta kita kekal hingga ke syurga...abang.....terima kasih untuk segalanya....I love you more and more and more my dear darling husband!
My Sweet Husband
Suamiku...kau keutamaanku..moga cinta yang kita bina..akan kekal hingga ke hujung usia...terima kasih kerana sudi menjadikan aku isterimu...
We!
Heavenly as husband and wife!
Hubby & Wifey
The love that growth everyday, may ALLAH bless us till jannah......I Love You So much dear husband!
Your Number is.........
Majlis Pertunangan
16 September 2010
