Thursday, September 20, 2012

Apakah itu cita - cita kita?

Assalamualaikum...

Formalnya ayat saya ni??hahah...

#DoYouRemember zaman childhood dulu-dulu...primary school...teacher always ask "what is your ambition?" then ramai - ramai pakat tiru jawapan dari budak yang pertama jawab.. polis lah, askar lah, cikgu, doktor, bomba...and guest what...ramai yang jawab nak jadi doktor...kah kah kah kah..sebab masa tu kerjaya tu nampak macam best dan senang je kan??

But...when we grown up...becoming adults nowadays...did we achieve what we want to be?did we get what we want?did you?  When I was a kids 16 years ago...around 7 -8 years old that time...when teacher ask me.."what you want to be when you grown up later?" my answers will be the same.. "I want to be a Teacher!" dengan penuh yakin-muka-comel-gila!!! hahaha...then cikgu - cikgu akan cakap "thats good!" *Lepas tu duduk dengan muka bangga* 

Tapi...bila saya dah besar...dan sekarang dah berumur 24 tahun...saya memegang jawatan SETIAUSAHA atau nama glamour SECRETARY/P.A ni...saya terfikir - fikir...betulkah keputusan saya dahulu membantah cakap mama yang suruh saya ambil aliran pendidikan dan jadi cikgu seperti mama?Mama adalah seorang guru sekolah rendah...dan Mama juga pernah jadi Guru Kelas saya masa saya darjah 3...(Gila lah!!Mama jadi Guru Kelas...garang okeh!!) Kemudian...kakak saya pula seorang Pensyarah di Politeknik di utara tanah air...dan saya...CUMA menjadi seorang SETIAUSAHA?!! (kemain besar lagi perkataan CUMA tu kan??!)

Bukan saya tidak mensyukuri kedudukan saya sebagai seorang setiausaha...tapiiiiii...keadaan sekeliling membuatkan saya rasa...this is not my carrier...this is not my actual ambition!!#Demmm!!  

Kadang-kadang, saya terfikir...apakah dengan menjadi orang suruhan boss...menjadikan kerjaya saya itu cemerlang?dan seterusnya akan menempatkan saya dalam jawatan yang tertinggi dalam Government?secara jujurnya..setelah 4 tahun saya memegang title SETIAUSAHA ni...saya tak rasa..ini kerjaya yang sesuai untuk karakter saya...bukan kerana perangai boss yang memang dah macam tuttt tutt tuutttt tp kerana karakter dalaman saya bukanlah untuk menjadi seorang yang rapat dengan boss seterusnya menjadi kaki ampu kaki bodek kaki kipas..segala kaki untuk boss...dan detik ini..ketika ini...saya merasakan...I'M NOT MEANT TO BE A SECRETARY!!  siapa cakap dunia secretary ni dunia yang penuh dengan glamour??siapa?siapa?siapa yang cakap??tell me?unless anda adalah secretary yang datang kerja make up macam nak kahwin, baju ala - ala nak pergi dinner...dari butik mewah..kasut ala - ala devils wear Prada...handbag ala - ala suami anda Tan Sri..tudung Fareeda...dan sebagainya yang membuatkan anda hidup dalam dunia GLAM!

Tapi...tanya pada diri anda sendiri...kerjaya ini kah yang aku impikan dulu?kalau jawapan anda ya!tahniah..cita - cita anda memang telah tercapai...tapi kalau jawapan anda tidak...carilah jalan keluar dari sekarang...saya bukan orang yang suka duduk di takuk lama..10 tahun 20 tahun 30 tahun akan datang...adakah saya akan tetap jadi Setiausaha kepada entah siapa - siapa?saya nak berada jauh lebih baik dari itu...

Kerjaya saya sekarang bukan lah tidak bagus...bagus...cuma...bila orang yang paling hampir dengan kita (boss kita) tak boleh appreciate kita as their PA...rasa - rasa...kita boleh demotivated tak nak datang kerja..mengadap muka dia hari - hari?wouldnt it be a stressful day everyday?!Oh M G!  

Dulu..masa saya pilih untuk jadi Secretary...mama cakap "apply la jadi cikgu..senang..." I said "alaaa...mama dengan kakak dah jadi pendidik..adik nak jadi lain pulak" then now...saya rasa..."no!I want to be a teacher!" hahahah..serious!!bukan ini yang saya mahukan sebenarnya...bukan ini...bukan saya tidak pernah puas dengan apa yang saya kecapi hari ini..tapi saya mahukan yang lebih baik untuk kehidupan saya dan keluarga yang saya bina....

Anda semua macamana?tepuklah dada..tanyalah cita - cita anda...bila kita berada di tahap yang kita inginkan...semua yang kita buat...kita akan rasa seronok...

-The END-

0 gorgeous yang sedang berbicara!:

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers