Wednesday, June 22, 2011

Apa beza antara cinta dan perkahwinan?~

Salam,

Hey peeps!
baru dapat idea untuk entry hari ini...setelah saya perhatikan keadaan sekeliling dan juga pemerhatian dari facebook saya..macam - macam hal dunia diutarakan...antaranya adalah tentang cinta...tentang anak - anak..tentang buah hati..tentang makanan..macam - macam...tapi saya lebih tertarik untuk kongsikan apa beza antara cinta dan perkahwinan....

percaya atau tidak..cinta sebelum kahwin andai kita tidak pandai mencorakkannya..ianya akan terputus di tengah jalan?saya juga pernah mengalami putus cinta...banyak kali juga...HAHAH...ya lah kan..kita hanya manusia biasa yang ingin mencintai dan dicintai...cinta adalah satu perkara yang indah...yang juga berbisa..yang juga membawa padah...kerana cinta..macam - macam perkara boleh terjadi...

apa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah...the different between love and marriage!terdapat perbezaan antara kedua - duanya....seperti contoh :

CONTOH 1 : (IKUT CAKAP)

Saya dahulu ketika bercinta dengan suami saya...secara jujurnya..suami saya bukan yang jenis mengongkong dari zaman kami bercinta lagi...dia adalah seorang lelaki yang sangat simple dan juga gentleman...*harus lah puji suami sendiri..tapi saya jujur!* prinsip saya..selagi saya belum menjadi hak yang halal bagi then-boyfriend now-husband...saya boleh tentukan apa yang saya mahu buat dan ke mana saya mahu pergi...then-boyfriend now-husband tak pernah lagi mengongkong saya...seperti contoh mahu keluar bersama kawan-kawan tak boleh...nak makan itu tak boleh..nak buat ini tak boleh..nak pergi sana tak boleh..nak pergi sini kena dia ada...oh!suami saya masa kami bercinta sangat sporting...cuma nya..suami saya bijak juga ketika itu...syarat beliau...kemana saya nak pergi dan bersama siapa..dia perlu tahu...sebab sekiranya terjadi apa - apa pada saya..dia tahu saya bersama siapa dan berada di mana...tapi suami tidak pernah halang saya mahu keluar berjimba dengan kawan - kawan....paling kuat kalau saya balik lambat...saya akan terima panggilan dari then-boyfriend now-husband bertanya jam berapa saya mahu pulang...itu sahaja..kalau pun saya pulang lewat..beliau juga tak marahkan saya....mama dan abah juga sangat sporting...mereka tahu saya tetap akan pulang ke rumah tak lebih dari jam 11 malam..jujur saya katakan...saya keluar dan balik malam hanya setelah saya bekerja....saya belajar pergi ke karaoke juga setelah saya bekerja!

life saya bukan semata - mata untuk enjoy...saya enjoy bukan dengan cara pergi club atau buat benda bukan - bukan...cara saya enjoy sangat simple...sudah cukup pada saya...sebab itu saya sangat selesa bersama then-boyfriend now-husband saya itu...dia sangat sporting okeh!dengan kawan - kawan saya juga dia sporting...tapi dia selalu pesan pada saya..enjoy but have a limit!saya suka!sebab pada saya..selagi saya belum berkahwin..saya punya kehidupan saya sendiri..saya tak suka hidup saya diatur oleh orang lain yang bukan mama dan abah saya...sebab itu saya cukup benci bila ada segelintir kawan - kawan saya cakap "sorry lah..tak boleh join korang...BOYFRIEND aku tak bagi..." or "sorry lah...lepas ini kita tak dapat nak lepak lagi...BOYFRIEND aku tak suka aku kawan dengan korang" hello!what-the-hell kau nak ikut cakap orang yang kau baru kenal..dan bukan suami kau tu?belum kahwin dah pandai-pandai nak atur hidup kita...come on la!jangan jadi bodoh!kadang - kadang bila saya jalan - jalan then tiba - tiba dengar conversation one group of budak sekolah...girls lah..."eh!BOYFRIEND aku tak bagi balik lambat lah..." "eh!BOYFRIEND aku cakap..kalau aku balik lambat..dia suruh aku balik sendiri" wah wah wah!hebat nya kau dik...belum kahwin dah pandai-pandai bagi orang lain atur hidup kau...baru budak sekolah...dengar cakap mak ayah lebih baik dari kau dengar cakap BUAYAFRIEND kau tuh!serius shit!menjadi kepantangan saya perkara - perkara macamni...pada saya..selagi belum kahwin..kita boleh buat apa yang kita suka..pergi mana kita mahu pergi..tanpa ada kongkongan dari mana - mana pihak luar...

saya bersyukur..punya suami yang pada ketika itu kekasih saya...yang sangat sporting...dia beri saya kebebasan untuk atur kehidupan saya...and the best part is..lepas kahwin..suami saya sangat-sangat mengambil berat keadaan saya...dan saya juga..lepas kahwin...automatik set dalam kepala...saya dah punya suami..tak boleh nak buat ikut suka hati macam dulu...lepas kahwin..keluar tanpa izin suami pun kita dah boleh berdosa...jadi sudah menjadi kewajipan kita untuk minta izin suami  untuk buat apa pun...lepas kahwin nak ikut cakap suami baru lah dikatakan taat...tapi kalau sebelum kahwin dah ikut cakap BOYFRIEND..itu namanya taat yang tak dapat pahala pun!buang masa...masa bercinta sibuk nak minta izin BOYFRIEND..nak ikut cakap BOYFRIEND yang belum tentu jadi suami tu...tapi bila dah kahwin..jangan kata nak minta izin...nak dengar cakap suami pun payah!apa jadahnya semua ini?

*Sedangkan seorang isteri nak berpuasa pun kena minta izin suami terlebih dahulu...dikhuatiri ketika isteri sedang berpuasa tanpa pengetahuan suami..si suami pula meminta untuk melakukan hubungan asmara dengan isteri..lalu isteri yang berpuasa tanpa pengetahuan suami berkata "saya minta maaf..saya sedang berpuasa" ia disamaertikan..menolak permintaan suami..dimana menolak permintaan suami itu BERDOSA* 

see...bukan mudah bukan menjadi isteri?habis tu..pergi gatal ikut cakap boyfriend tu kenapa?dia siapa pada anda?sayang biar berpada - pada....taat pada suami lepas berkahwin sejuta kali ganda indah dari taat pada boyfriend yang belum tentu jadi suami anda....

CONTOH 2 : (BERGADUH)

Saya masa di alam bercinta dan bertunang..saya dan suami...jarang bergaduh..paling lama kami bergaduh sehari setengah...(lama tak?) paling kejap..tak sampai 5 minit....masa bercinta dan bertunang...kalau kami bergaduh..saya selalu keras hati...sampai then-boyfriend now-husband selalu mengalah..bila dia mengalah...ayat yang dia selalu hantar :

"keras betul hati sayang ni kan?"

heheh...ya!saya memang seorang yang keras hati...tapi dalam keras itu ada lembutnya...saya mudah memaafkan orang..tapi untuk melupakan apa yang orang lakukan ke atas saya..itu susah! dahulu bila kami bergaduh...suami akan jadi orang pertama yang selalu mengalah dan memujuk saya yang keras hati...

dahulu masa bercinta...setiap kali gaduh..saya boleh kata "lantak lah!tak nak message sudah!tak nak jawab call sudah!banyak lagi kerja aku nak buat dari fikirkan kau!pandai - pandai lah kau cari aku bila kau dah okay nanti!" kejam kan saya? tapi lepas kahwin...bila saya dan suami gaduh...hati seorang isteri cukup rapuh..saya sendiri hairan..dimanakah kerasnya hati saya yang dulu!saya menjadi seorang yang cukup sensitif...saya menjadi seorang yang sangat rapuh hati nya!saya menjadi seorang yang terlalu cepat rasa bersalah dengan suami saya!sampaikan..bila bergaduh..hati saya tidak lagi bercakap seperti tadi...tapi..hati saya akan cakap "suami..maafkan aku..andai aku melukai hati mu" perghhh...sumpah!tak tipu!tiada lagi ayat "lantak kau!" sebab pada saya...andai saya menyakiti hati dia...saya berdosa!

bila dah kahwin...suami itu wajib ditaati walau siapa pun dia...*pesan abah saya* saya pegang kata - kata ini...memang betul..suami itu wajib kita taati walau siapa pun dia selagi mana dia tidak melakukan kejahatan dan melanggar hukum agama...segala perintah suami yang tidak melanggar hukum agama...selagi itu wajib kita taati...walaupun dia minta kita buatkan segelas air...segelas air yang isteri buat untuk suami bersamaan dengan pahala puasa...mudah bukan isteri dapat pahala?tapi berapa ramai isteri sekarang tak nak buatkan air untuk suami dengan alasan biar suami buat sendiri tak nak manjakan suami...

tapi apa jadahnya pada mereka - mereka yang belum berkahwin ini...baru bercinta..baru berkenalan..sudah sibuk - sibuk bila bergaduh mahu menangis macam orang meroyan?oh ya!saya ada tengok satu video seorang perempuan makikan boyfriendnya dalam LRT...sampai jerit -jerit depan public macam orang gila..hanya kerana boyfriendnya ada perempuan lain!cheh!sangat lah bodoh perempuan itu...jujur saya katakan..sepanjang saya pernah melalui alam percintaan...saya pernah mengalami 4 kali putus cinta..dan kebanyakkan punca...kerana hadirnya orang ketiga...secara jujurnya..bila saya dapat tau mereka ada perempuan lain..saya cuma bagi kata dua "pilih saya atau dia?" senang bukan?buat apa nak menyeksa diri menangis bermalam - malam...buat apa nak menjerit - jerit macam orang gila marahkan lelaki itu?ingat!dia bukan siapa - siapa dalam hidup anda...redha dan pasrah akan buat anda lebih matang dan tenang!buat apa nak menyeksa diri sedangkan boyfriend anda sedang bahagia bersama kekasih lain...jangan jadi bodoh!life is not just about love!banyak lagi perkara anda boleh fikirkan...jangan buat mereka nampak..tanpa mereka anda tak boleh hidup...come on!dia cuma boyfriend yang belum menjanjikan untuk menjadikan anda isteri pun..

tak percaya?tanya suami saya...macamana saya bagi kata dua pada dia ketika saya dapat tahu dia punya kekasih yang lebih dahulu bertakhta di hati dia sebelum saya?betapa setitik pun air mata saya tidak tumpah dihadapan suami saya ketika beri kata dua pada beliau..saya tak buang tenaga pun terpekik - pekik terjerit - jerit pada beliau ketika itu...tapi dalam hati...kesedihan itu hanya Allah yang tahu! ;p    sebab pada saya...air mata saya hanya untuk suami saya...alhamdulillah..dia yang pernah menyakiti hati saya ketika itu lah yang jadi suami saya kini...senang bukan?sekiranya dia bukan jodoh kita...pasrah dan redha..sekiranya dia jodoh kita...dia akan kembali pada kita..untuk apa kita rebut yang bukan hak kita...sekalipun dia dah jadi suami..dia tetap bukan milik kita sepenuhnya..tapi dia adalah milik ALLAH S.W.T yang dipinjamkan kepada kita untuk kita taati dan sayangi sepenuh hati apabila telah jadi suami isteri...sudahnya..apa kejadahnya anda yang baru bercinta beria - ia melalak bila ditinggalkan boyfriend?yang paling menyampah..terfikir untuk bunuh diri bila boyfriend minta putus!kalau saya ada adik seperti ini...adik saya itu dah lama saya kerjakan sampai lembik! serius shit!bodoh sangat! lantak dia lah kalau dia nak ada GELIFRIEND yang baru...what the hal kan?tunjukkan anda bukan lemah..

secara jujurnya...seingat saya...suami saya ketika kami bercinta dan bertunang dahulu...tidak pernah sekalipun beliau melihat air mata saya tumpah...tapi selepas kahwin...padanlah muka saya...suami baru tegur saya...dah meleleh-leleh air mata...suami nak pulang ke kampung halaman tinggalkan saya di kota kuala lumpur ini pun berjurai - jurai air mata!padanlah muka saya...tapi indahnya...bila suami lapkan air mata dan cium dahi sambil berkata "sayang...jangan menangis..." indah bukan?kan saya pernah kata...suami saya lebih romantic dari Seth Tan! ;p  

konklusinya ialah...jangan mengangankan sesuatu itu seandainya anda sendiri tidak yakin dengan hubungan anda...bergaduh adalah perkara biasa dalam bercinta...kalau dalam bercinta pun anda tak boleh nak kawal...tak boleh nak hadapi...anda boleh bayangkan rumahtangga anda nanti?come on!jadi gagah sikit boleh?!


cukup lah 2 contoh saya berikan...selebihnya kemudian saya akan muatkan dalam entry selepas ini....apa yang saya ingin katakan ialah...cinta dan perkahwinan itu berbeza..apabila sedang bercinta..ianya belum menjanjikan perkahwinan..anda bebas aturkan kehidupan anda...tapi apabila anda dah berkahwin..segala -galanya punya batas yang tertentu....tapi jujur saya katakan...indah lagi alam perkahwinan dari alam percintaan..itu pada saya lah..lain orang lain pendapat...kalau kita tahu nikmat sebenar perkahwinan..pasti kita seronok melalui alam perkahwinan itu..tidak percaya?sila dengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang nikmat perkahwinan....barangsiapa suami yang memberi isteri nya makan sesuap nasi...Allah beri dia 1 pahala...satu pinggan?berapa suapan?kira sendiri..kalau sehari?seumur hidup?masya-Allah..dan barangsiapa isteri yang membuatkan suaminya segelas air...Allah beri isteri tersebut...pahala seperti pahala puasa....Masya - Allah....indah bukan?andai kita betul - betul memahami nikmat perkahwinan?suami sekiranya menggenggam tangan isteri...gugur dosa dicelah - celah jari...dah tu..kenapa lepas kahwin kau tak nak berpegangan tangan masa macam bercinta dulu?suami saya cukup jaga tangan saya...walaupun ketika dia sedang memandu...tangan saya tetap dia akan capai..terima kasih suami! :)    dan sekiranya suami itu memandang isteri nya dengan  pandangan yang penuh kasih sayang dan begitu juga isteri nya....maka Allah pandang kedua - duanya dengan pandangan rahmat!subhanallah..bukankah indah perkahwinan itu???

cinta sebelum berkahwin itu penuh dengan kepura - puraan...tapi cinta selepas berkahwin itu penuh dengan kebahagiaan walaupun sekadar menatap wajah suami ketika sedang makan ataupun sedang tidur.....


sekian...

p/s : suami...sayang minta maaf kalau sayang menyakiti hati abang selama kita berkahwin...ampunkan sayang ya?I want you to know....that I love you until death do us apart!

11 gorgeous yang sedang berbicara!:

Cik Isma_iela said...

eii so sweet.. bce miza munyer mmg besh... hahha tp bce xabes.. skit mate:(.. kaler merah sgt.. lpas bce dinding upis mcm dkat sgt kat btang idung nie.. hhehehhe.. nnti smbung bce lg :)

Cik Isma_iela said...

so sweet... tp skit mate:(. bce sparuh jaln, tgk dinding upis ase mcm dkat je kat btang idung ni hehehhe sbb merah sgt2.. nnti cntinue reading lg miza nye post ni :).. besh

~myza~ said...

isma : heheh...tu lah..merah sgt kan..takpe..nnt kite tukar kaler die..thanks for reading!

Cik Isma_iela said...

hahha bpinar2 smpai tpost comment 2x hehhehhe

~myza~ said...

isma : heheh...tu lah..smpi 2 kali..

NorzunurAin said...

Sebaik-baik wanita adalah;
yang apabila diberi sesuatu....
....dia bersyukur....
dan bila tidak diberi apa-apa....
....dia bersabar....

yang menyenangkan hati suami....
....apabila suami melihatnya....
yang mentaati suami....
....apabila suami menyuruhnya....

sharing is caring...

~myza~ said...

nur'ain : yup..betul tu...thanks dear!

Anonymous said...

pening otak aku bce.. merah sgt.. hehehe... tapi...terbaek la der... sokong la apa yg ko tulis tu.. dh org xnk kite wtpe nk tggu lg...boleh jln buaya tu.. hahahha... alhamdulillah skrg aku dh ade org yg aku yakin boleh bahagiakan aku suatu hari nanti.... moga jodoh kiteorg dipermudahkan... insyaallah....

pieqa's house said...

hye...bestttt sesgtt cite awk...indahnye bile becinta lepas kawen kan..:)
i h0pe i dpt sume yg ad lam cite u ni...kucupan s'suami..

Anonymous said...

kalu aku tengah pose, tetibe suami nak manje2, xde maknenye aku nk ckp 'maaf saye tengah pose' tym tu jugak aku batalkan pose. hohoho

~myza~ said...

nida : hahah..belum kawen..boleh la ko cakap camtu..kawen dulu tgk...penat tak penat nak layan manje suami tu..hahahah..silap2...ko mintak izin nak puasa seminggu...muhahahha

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers