Wednesday, July 27, 2011

Challenging Part being a Wife~

Salam,


Hey peeps!


Saya memang macam ini...bila sekali dah update blog...mesti tiba - tiba rasa nak update lagi dan lagi dan lagi..tapi maaflah ya...saya kurang gemar buat entry bersama gambar - gambar...mungkin sebab itu blog saya tidak menarik...insyaAllah..kalau ada kelapangan...akan ada lah entry-entry bergambar dari saya nanti ya!


Since after I married..some of people did asked me.."how's life being a wife?"


okay..let me share with you all...to be honest...marriage is so wonderful!and being a wife also such a very - very wonderful feelings that only those who being a wife knows the feeling..it's soooooooo wonderful!


tapi...ada tapi nya...setiap apa yang kita tempuh dalam kehidupan seharian kita ini penuh dengan cabaran...baik dalam keluarga, kerjaya, persahabatan...semuanya akan ada cabarannya...and same goes to being a wife to a husband...it is challenging...


mula - mula saya berkahwin dengan suami dua bulan yang lepas (macam dah dua tahun)...perkara pertama yang saya buat ialah...saya cuba belajar tentang perangai suami saya...eventho the 3 years of courtship between us before we get married...perangai mereka masih kita tidak tahu....dan sampai sekarang..saya masih belajar tentang suami saya...learning about them is a life-long learning process that till the end we still have to learn about them..to adapt the situation that "you are my wife and I'm your husband!"


Suami kita adalah cerminan diri kita...seperti contoh...kita tidak suka suami buka baju dan campak merata - rata...tapi...tanpa kita sedar...kita juga seperti mereka bila tiba satu ketika kita terasa penat macam nak mati!(okay..saya lah itu!haha)....kadang - kadang bila kahwin..kita suka hati tegur mereka macam kita tegur kawan  - kawan kita...bila suami melenting atau terasa hati...perkara kecil boleh menyebabkan pertelingkahan yang kadangkala menjadi besar...bila selidik punca...kenapa boleh gaduh besar ialah kerana "sabun mandi"!~WTH?


Bukan mudah untuk kita adapt situasi baru dan kehidupan baru yang tidak pernah seumur hidup kita alami..kecualilah yang pernah berkahwin dua atau tiga kali...tapi buat yang baru pertama kali berkahwin...ianya sangat janggal...segalanya terasa asing...dan untuk adapt semua perubahan - perubahan itu lah yang memerlukan kita untuk bersedia mental dan fizikal....


Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang dibina untuk sampai mati!bukan untuk sebulan dua..not for a year o two..but its for lifetime!dan untuk tempuh lifetime bersama suami yang bermacam perangai ini yang memerlukan kita untuk sentiasa bersedia...kadang-kadang hari ini mereka boleh bergurau gelak ketawa macam orang gila...tiba - tiba esok pagi - pagi mereka meradang...pun macam orang gila!Suami adalah subjektif...sepertimana perempuan juga adalah subjektif...dan suami adalah objektif yang paling menarik untuk kita pelajari perangai mereka...melayan suami adalah umpama melayan anak kecil tahu!~ (ohhh..tiba - tiba rindu suami saya yang manja itu...awwww~)


Seperti yang saya selalu katakan...menjadi isteri bukanlah tugas yang mudah...dan juga tidak sesusah yang kita sangka...asalkan apa yang kita lakukan itu IKHLAS buat suami kita...kalau dulu masa bercinta...makan pun kita mahu suapkan...kenapa lepas kahwin boleh kata "eh!suap lah sendiri..jangan nak mengada lah!"...perubahan anda selepas berkahwin juga boleh membuatkan suami berubah!


Saya sendiri masih dalam keadaan cuba adapt dengan situasi "saya isteri..dia suami"...tapi tidak lah sampai mahu masuk Kelab Isteri Taat! ;p  


Tanggungjawab yang kita pikul itu perlu dilaksanakan sebaik mungkin....walaupun hakikatnya tugas membasuh, mengemas, memasak adalah sebenarnya tugas suami...tetapi sekiranya isteri membantu dapat pahala..tapi dunia sekarang....household chores...isteri yang kena buat...suami keluar bekerja mencari nafkah...jadi janganlah kita isteri merungut - rungut dengan suami...."awak bukan nak tolong saya lipat baju..basuh baju...sidai baju..bla bla bla" hakikatnya...suami ini...kalau dia tidak mahu buat...memang mereka tidak akan buat...lagi anda membebel..lagi mereka tidak mahu buat dan tak akan buat...tidak salah kalau anda kata "sayang...you baik kan?you suami soleh kan?jom sama - sama tolong I sidai baju boleh?tapi kalau you penat...its okay..I buat sendiri" suami terus macam kena pukau...dan paling best...sambil sidai baju...boleh main geletek-geletek dekat balcony rumah...kalau dia tak mahu tolong pun...diam saja lah..walaupun hakikatnya anda penat macam nak pengsan!


The truth is...guys are bad at managing the households chores!jadi kita perempuan..ambil alih lah tugas itu....kena lah adapt dengan situasi itu...jangan paksa suami...sebab mereka adalah insan yang ego...lagi dipaksa..lagi dia tidak akan buat..sama juga macam kita...


Sebelum anda berkahwin..jangan set kan mind anda bahawa perkahwinan ini seronok sepanjang masa..ia akan buat anda langsung tidak bersedia menghadapi pergaduhan, salah faham..dan macam - macam lagi...perkahwinan adalah medan untuk berkongsi rasa, berkongsi idea dan pendapat, berkongsi kasih sayang...dan perkahwinan juga adalah medan untuk kita mempelajari apa itu tanggungjawab..berkahwin kerana cinta mati kan si dia tanpa diselangi rasa ingin berbakti pada dia sebagai suami..akan buatkan anda rasa tidak best untuk melayan segala kerenah suami....tapi andai kata anda berkahwin kerana anda ingin menyayangi, mencintai dan ingin berbakti kepada suami sebagai seorang isteri...insyaAllah...anda akan bahagia....


saya sendiri...semasa mahu berkahwin dengan suami saya...saya selalu kata pada diri saya...lepas kahwin..saya mahu berbakti pada suami saya...saya mahu mencurahkan kasih sayang dan cinta saya pada suami saya...saya mahu buat dia sentiasa senang hati..saya mahu sentiasa menghiburkan suami dikala dia sedih atau susah hati...saya mahu sentiasa berada di sisi suami saya saat dia susah mahupun senang...dan yang paling utama...saya mahu suami meredhai saya setiap waktu...kerana redha suamilah yang akan menyelamatkan saya di akhirat kelak....


Sebenarnya...tidak susah menjadi isteri...dan juga bukan senang menjadi isteri...kita harus tahu dan sentiasa belajar...apa yang suami suka..apa yang tidak...apa yang dia mahukan dan apa yang dia tidak mahu...bila jadi isteri...kehendak suami...anda WAJIB layan...walaupun pukul 12 tengahmalam..dan anda pula sedang enak dibuai mimpi Seth Tan menjadi bf anda...tiba - tiba suami kejut...anda wajib layan suami anda...penat macam nak mati pun anda wajib layan suami anda...bilamana suami berkehendakkan anda....


Balik kerja,penat...mana di office anda dibebani kerja yang bertimbun - timbun, balik pula household chores sudah menunggu...kain baju merayu dilipat...baju dalam bakul minta dibasuh...pinggan mangkuk di sinki minta di clearkan...bilik air dah berkeladak...macam setahun tak basuh...anda penat..dan suami pun penat...jadi anda harus bijak...harus belajar menyesuaikan diri dengan situasi penat tapi masih kena buat kerja dirumah pula...ada anak..balik perlu layan anak..beri makan..bagi susu..tidurkan...sebab itu lah kadang - kadang...jam sudah pukul 1.00 pagi pun anda masih belum tidur sedang sibuk menyental bilik air!~


dalam perkahwinan....jangan mengharapkan suami faham kita...tapi buat dia faham kita...kalau kita penat...dan dia tidak mahu faham..tidak apa....ikhlaskan hati...supaya kita lebih tenang buat kerja rumah...


tetapi...suami juga harus memahami isteri anda...kalau anda penat bekerja...ketahuilah...isteri anda juga penat bekerja...tanpa henti...bekerja untuk anda...bekerja untuk membantu anda...bekerja untuk melayan anda...isteri tidak perlukan harta anda yang menggunung itu...kadang - kadang ucapan terima kasih dan satu kucupan di dahi sudah besar rahmatnya pada si isteri...


saya pernah mention dalam entry sebelum ini....layanlah suami sepertimana ibunya melayan dia....itu akan membuatkan dia berasa senang dan selesa bersama anda...saya sendiri masih cuba belajar menjadi isteri yang menyenangkan hati suami...tapi kadang - kadang kita tidak sabar..tidak sesabar ibu mereka...tapi itulah hakikatnya...kerana seorang lelaki...mereka akan mencari seorang isteri yang sama atau hampir sama dengan ibu mereka dari segi layanan...saya bernasib baik sebab ibu mertua saya sangat baik!alhamduilllah!kadang - kadang ibu mertua saya bercerita tentang suami ketika kecil...ipar - ipar saya juga rajin menceritakan ragam suami ketika bujang...dari situ sedikit sebanyak saya belajar tentang suami...


nasihat saya ialah...lapangkan lah hati anda dalam menerima kekurangan suami....dan lapangkan lah hati anda dalam berbakti untuk suami...anda sedikit pun tidak rugi...pahala yang anda dapat tanpa anda sedar...masyaAllah...


Ini lah yang saya selalu sampaikan pada orang - orang yang belum berkahwin.yang bertanya dan minta pendapat saya...bukan bermakna bila saya sampaikan sebegini saya mempunyai masalah dengan suami atau dalam perkahwinan saya..tidak!secara jujur nya...saya sangat bahagia!jiwa saya...hati saya...terlalu tenang setelah bergelar isteri...dan ya Allah..tidak putus - putus saya panjatkan kesyukuran dikurniakan suami sebaik suami saya dalam kehidupan saya....alhamdulillah...saya juga banyak belajar dari pengalaman - pengalaman orang lain....


belajar dari pengalaman orang lain..lebih membuatkan kita sedar bahawa kehidupan kita didunia ini bukan untuk seronok semata - mata....kepada mereka yang ingin berkahwin...tolonglah..jangan mengangankan yang indah - indah sentiasa...tapi tanam dalam hati untuk menjadikan perkahwinan anda itu lebih indah dari apa yang anda angankan....berkahwin bukan kerana nafsu atau cinta semata - mata...tapi berkahwinlah kerana untuk berbakti kepada suami dan mencari keredhaan mereka....


"Jangan jadi orang yang sentiasa menerima...tapi jadilah orang yang sentiasa memberi...kerana kehidupan adalah satu perjalanan yang perlu dikongsi dan dihayati..dengan itu..kita lebih menghargai...erti sebuah kehidupan dan perkahwinan..."

0 gorgeous yang sedang berbicara!:

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers