Tuesday, July 26, 2011

Tips For Bride-to-be~

Salam,

Hey ho gorgeous!

Ya Allah...lamanya saya langsung tidak update apa - apa dalam blog kesayangan saya!maaf lah ya...saya belum punya masa yang sesuai...sekarang baru saya faham kenapa lepas kahwin terus jadi malas update blog!hahah~

Since ramai juga yang inbox dan pm saya minta pendapat tentang where to start and when to start their wedding preparation...oh my!!to be honest..I still love doing wedding job, DIY and all about wedding...masih teringat betapa sibuk dan stress nya saya ketika membuat urusan perkahwinan saya sendiri..sumpah!rasa macam nak menangis masa mahu uruskan my own wedding...tapi dalam masa yang sama..rasa seronok dan bahagia sekali sebab akhirnya..cinta yang disulam bertahun - tahun...bakal berakhir dengan satu ikatan yang sah lagi suci...

Ramai juga rakan - rakan saya inbox dan pm saya bertanyakan tips yang boleh dikongsi bersama...saya tidak kisah untuk berkongsi pendapat bersama anda...but please bear in mind..this idea,opinion come from me...the ex bride-to-be....lain orang lain pandangannya...rata - rata mereka berkata gusar dan bimbang tentang persediaan kahwin..dan juga tidak tahu mahu mula dari mana....mari saya beri anda tips..moga sedikit sebanyak ianya dapat membantu anda dalam merancang perkahwinan anda...apa yang saya kongsikan dengan anda inilah yang saya lakukan dahulu...


1.   Attend Kursus Pra-perkahwinan


2.   Sediakan sekurang - kurangnya 1 buku untuk anda buat perancangan dan list - to - do juga senarai booking dan payment yang anda telah buat (saya dulu sediakan 3 buah buku...dan 3 buku penuh dengan perancangan dan list yang saya buat untuk wedding saya)


3.   Mulakan langkah pertama dengan pergi mana - mana wedding fair yang ada di sekitar anda...dapatkan info sebanyak yang boleh.


4.   Beli majalah pengantin untuk dapatkan sedikit pengetahuan dan juga idea - idea perkahwinan...


5.   Sekiranya anda merancang untuk DIY beberapa perkara untuk majlis anda..pastikan perkara/benda yang anda mahu DIY dan barang - barang yang diperlukan..


6.   Rajin - rajin kan diri GOOGLE tentang photographer/videographer/baju/pelamin/katering/dewan


7.   Bincang dengan keluarga anda tentang vendor - vendor yang telah anda interview pakej - pakej yang ditawarkan...


8.   Discuss juga dengan pasangan anda...bincang dengan mereka idea anda..


9.   NASIHAT saya...DEWAN/KATERING sangat cantik di-booking 7 - 8 bulan sebelum majlis anda....jangan ambil mudah perkara ini...kerana DEWAN/KATERING adalah benda terbesar dalam majlis anda!dan adakalanya dewan tertentu sudah fully booked setahun lagi..


10.   Tulis dalam buku "Kerja Kahwin" anda list - to - do..ini SANGAT penting..supaya anda tak lost track perkara - perkara kecil atau besar...dan sekiranya anda telah buat payment booking perkara tertentu..tulis dalam buku anda....saya buat macam ini :

                    ITEM : WEDDING DRESS DESIGNER
                    NO PHONE : 012 - *******
                    FIRST DEPOSIT : RM *** (20 April 2011)
                    SECOND DEPOSIT : RM *** (17 May 2011)           
                    BALANCE : RM **** (17 May 2011)


11.   Bila ada to - do - list dalam buku anda..pastikan anda update selalu dalam buku itu tentang perkara  perkara yang telah anda laksanakan..


12.   Booking Photographer/videographer idaman anda sebaik - baiknya 4 - 5 bulan sebelum majlis..sebelum booking..pastikan anda tanya dulu harga dan apa pakej yang ditawarkan dalam harga yang diberi..tanya juga samada outdoor session hari yang sama atau tidak?kalau hari yang sama...tanya..if hujan apakah akan diganti hari lain atau tidak?kalau ganti ada extra charge atau tidak...tengok juga hasil dan kualiti editing/album mereka...sekiranya anda berpuas hati...place deposit..biasanya deposit 30% dari jumlah keseluruhan....tapi kalau style saya...ketika booking saya akan letak deposit lebih..sebab saya tidak suka balance yang akan dibayar akhir nanti banyak...sebab bila dah  hampir tiba majlis..kita akan lagi stress dan serabut...duit pula macam air terjun...jadi bila saya buat macam itu, dah dekat majlis tengok balance sudah tinggal sikit...sejuk sikit hati dan fikiran.


13.   Sebelum buat keputusan untuk booking sesuatu perkara...pastikan anda sudah bulat hati untuk pilih mereka menjadi vendor di hari bahagia anda..jangan buat cancellation once you booked     mereka..


14.   Seelok - eloknya pastikan booking - booking dibuat 4 - 5 bulan sebelum majlis..kecuali kad kahwin..


15.  Sekiranya baju nikah dan sanding ingin tempah..pastikan beli kain ketika sale..kalau tak..harga membunuh!kalau nak sewa...survey boutique yang baju nya up-to-date....supaya anda tak menyesal..


16.   Sekiranya Pakej Baju Kahwin yang anda sewa dari boutique itu termasuk dengan pakej make - up..PASTIKAN anda test make - up dulu ya...dan kalau anda ambil Make - Up asing...cari MUA yang boleh buat anda nampak berseri dan cantik...bukan pelik dan macam opera cina...lain lah kalau anda LADY GAGA Malaysia!


17.   Pelamin juga anda harus book 4 - 5 bulan sebelum majlis..itu yang sebaik - baiknya...


18.   Goodies boleh dibooking 2 - 3 bulan sebelum majlis..JANGAN sesekali membazir di goodies...tak perlu bagi sampai satu bag ada 5 6 jenis barang....


19.    Kad Kahwin sangat sesuai di tempah pada 3 - 4 bulan sebelum majlis anda...pastikan tarikh, tempat  masa telah finalise!dan....JANGAN bazirkan terlampau banyak duit pada kad kahwin anda yang bakal jadi lapik makanan kucing, lapik minyak masak, atau yang paling sedih,  dibuang merata - rata...Lainlah kalau anda banyak DISPOSABLE MONEY untuk dihabiskan di Kad Kahwin anda..Kad Kahwin saya cuma RM 0.60 sekeping dan itu pun saya rasa mahal..tp sebab memikirkan peta saya agak rumit dan memerlukan kad yang besar...saya redha!percayalah...lepas anda kahwin..anda rasa..."Alangkah bagusnya kalau aku kahwin hari itu cuma buat kenduri doa  Selamat dan berbaju kurung sahaja!" T - T 


20.   Sekiranya anda dah selesai dengan booking dan juga perkara - perkara yang penting...anda boleh lah menarik nafas lega sedikit dan cuma perlu buat follow-up sahaja dengan vendor -vendor yang terlibat untuk majlis anda nanti..JANGAN tunggu mereka update anda..tapi anda yang perlu selalu               buat follow - up dengan mereka.


21.   Sekiranya anda rasa punya sedikit duit lebih dan juga masa...boleh lah buat rawatan di SPA... 

sekian...saya rasa itu sahaja buat masa ini...sekiranya ada yang lain...saya akan share kan kemudian ya! :)
semoga anda semua beroleh manfaat dari tips yang saya beri..




p/s : jangan stress ya uruskan majlis anda..kerana ia adalah hari bahagia anda sendiri...jangan bergantung harap dengan orang..tapi anda yang kena urus kan sendiri...



2 gorgeous yang sedang berbicara!:

Anonymous said...

memang bagus la tips2 ko nih. baru bace aku da pening. macam manela bile da kene buat btol2 nanti.. arghhh, aku pening. hoho

~myza~ said...

hahah...relaks...nanti sampai mase...ko akan tau ape yg perlu buat...walaupun pening..tp rase seronok!

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers