Thursday, September 20, 2012

Bila orang mengata kita..maka bersabarlah~

"nak tahu tak...si polan tu..sok sek sok sek sok sek...a'ahhhh...betullll...ada orang cerita kat aku...tak sangka kan?bla bla bla bla...entah lah..kenapa entah dia jadi macam tu...tak patut betul kan??"


Lepas tu...cerita tu sampai balik dekat kita...lepas tu kita pun terasa hati...dan terfikir - fikir...teruk sangat ke aku ni??lain kali..kalau ada orang bercakap pasal kita...cakap balik dengan tukang sampai tu.. "eh eh!glamour jugak aku ye...retisss sangat!sampai orang sibuk nak bercakap pasal aku!sampaikan dekat dia...thanks sebab buat nama aku top!" kah kah kah...

Sebenarnya...itulah lumrah dunia...tak semua orang suka kita...dan kita tak boleh nak buat semua orang suka kan kita...dalam baik - baik kita pun...tak kacau orang pun..orang akan tetap kacau kita...tetap akan cakap pasal kita...apa yang perlu kita buat??

Jawapan saya...BERDIAM DIRI...situasi macamni selalu jadi dekat office...mak cik - makcik yang dah separuh abad...yang dah patut berehat kat rumah lebih gemar mengata mengumpat dekat pejabat..yang muda pun tak terkecuali...tapi kenapa ya?kita orang melayu biasa dengan budaya mengumpat mengata orang ni?seronok agaknya bila dengar cerita buruk orang?dan kemudian..membawa cerita dan menyampaikan kepada orang lain...dan cerita itu jadi seperti rantaian makanan (macam belajar sains kan?) kehidupan mereka..kemudian...ada pula penambah segala jenis perisa..kemudian..dari mengumpat..jatuh fitnah...

Mengumpat itu umpama makan daging saudara sendiri..dan bila dah jatuh fitnah sama macam membunuh bukan?Nauzubillah min zalik...kenapa kita manusia...seringkali lupa dan lalai dengan perkara yang sebegini...nampak enteng...tetapi impaknya cukup besar dalam kehidupan seharian kita....penat kita solat tonggang tonggeng...tapi lepas tu............yang paling best..dalam surau nak mengadap ALLAH pun kita sempat lagi mengumpat....

Tak ada manusia yang tak pernah mengumpat...kita sendiri pun sama...kadang - kadang bila dah bergaul tu..tersasar juga kan...tapi beringat-ingatlah...anda sedang mentransferkan pahala anda kepada orang yang anda umpat...dan orang yang diumpat...bersyukurlah anda kerana anda mendapat pahala orang lain...

Kita memang seronok bercerita dan memburuk2kan orang lain...tapi kita lupa...bila kita membuka aib orang...ALLAH tak akan jaga aib kita...

"KETIKA DIRIMU DICACI, BERSABARLAH...KERANA SEWAKTU ITU, ALLAH TELAH MENGUTUSKAN SEORANG MALAIKAT UNTUK MENJAWAB SEGALA CACIAN BAGI PIHAKMU"

Tidakkah Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana?sebab itu saya cakap...bila kita diumpat, di keji, di caci..maka berdiam dirilah..itu lebih baik..kerana ALLAH sedang merencanakan yang terbaik untuk kita...orang yang paling hebat..orang yang masih boleh tersenyum disaat dirinya dihina dan dicaci...

saya sendiri masih belum sampai ke tahap itu...dan saya kagum sekiranya saya berjumpa orang seperti itu...yang saya tahu..bila dengar benda tak elok orang cerita pasal kita...maka merah padamlah telinga dan muka menahan amarah yang bakal diluahkan...dan kadang - kadang terlepas kemarahan itu...astaghfirullah!

Silence is Gold! Emas kerana pahala yang menanti itu sangat besar....

Saya sering terfikir...bagaimanakah bayangan di akhirat kelak...apakah kita masing - masing sudah bersedia dan cukup bekalan untuk ke sana..saya rasa sangat kerdil disaat ini...kerana kita manusia biasa..yang pengharapannya hanyalah pada YANG MAHA ESA...apakah diterima segala amalan kita selama ini?adakah dengan merasakan aku dah solat 5 waktu..aku puasa wajib dan puasa sunat itu menjamin syurga buat kita?

Sedangkan Rasulullah S.A.W kekasih ALLAH yang telah disediakan syurga untuknya dan dijamin ALLAH baginda adalah penduduk syurga juga masih taat melaksanakan perintah ALLAH dan masih tekun menpertingkatkan ibadah dan ketaqwaan pada ALLAH..sedangkan kita umat akhir zaman...yang masih lalai dengan duniawi dan belum tentu syurga neraka masih leka...betapa jauhnya keperibadian kita daripada Rasulullah S.A.W...

Dan dengan itu, sekiranya anda dicaci dan diumpat...maka bersabarlah....istighfar banyak-banyak...dan mengadulah pada ALLAH..sesungguhnya ALLAH tidak pernah tinggalkan kita walau sedetik kerlipan mata....Subhanallah...



Ya ALLAH...peliharalah aku dari kata - kata nista manusia...peliharalah hati ku dari menyimpan hasad dengki dan dendam...aku mohon pada-MU ya Rabb...kuatkanlah aku untuk menempuh hari - hari mendatang....aminnnn...


"KALAU ADA YANG MEMBENCI KAMU, ITU PERKARA BIASA, KERANA HIDUP INI BUKAN UNTUK MEMBAHAGIAKAN SEMUA ORANG...TETAPI UNTUK MENTAATI PERINTAH ALLAH"



"WHEN PEOPLE DON'T LIKE YOU, NOTHING ACTUALLY HAPPENS, NOTHING.  THE WORLD DOES NOT END, YOU ARE STILL BREATHING.  GET ON WITH IT"

0 gorgeous yang sedang berbicara!:

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers