Wednesday, June 29, 2011

Bukan mudah menjadi Isteri, Menantu dan Anak

Salam,

Hey gorgeous!

Ini bukan entry tentang saya pregnant atau tidak!entry itu akan diupdate apabila tiba masa yang sesuai...meninggalkan anda dengan persoalan dan jawapan anda sendiri...hahaha

selama 1 bulan lebih menjadi isteri abang....saya dapati..bukan mudah menjadi seorang isteri, menantu dan juga anak....kita tersepit diantara ketiga - tiga ini..dimana...mentaati suami itu wajib, menghormati mertua dan melayan mertua sama seperti ibu bapa kita sendiri kerana mertua sudah jatuh sama tarafnya dengan ibu bapa...dan sebagai anak...menjaga hati kedua ibu bapa kandung kita agar mereka tidak rasa kehilangan kita....pada saya..memang bukan mudah..ianya adalah satu cabaran buat kita sebagai isteri..


SEBAGAI ISTERI :

sebagai isteri...kita sedia maklum...mentaati suami itu wajib..seperti yang pernah saya katakan...suami itu wajib ditaati walau siapa pun dia...tidak kira dia tukang sapu sampah sekali pun, selagimana dia mentaati Allah dan tidak melakukan kejahatan...selagi itulah..kita wajib mentaati dia....walaupun kita ini ahli perniagaan yang berjaya ataupun wanita yang di short listed kan 'Miss World' ataupun kita ini seorang pegawai kerajaan...ataupun kita ini seorang CEO syarikat swasta...ataupun kita ini anak orang kaya...siapapun kita...hukum ALLAH telah menetapkan...SUAMI ITU WAJIB DITAATI! jadi apa jadahnya kita yang sebagai isteri yang punya pangkat dan harta ini sudah lupa hukum ALLAH itu dan sewenang - wenangnya menderhaka kepada suami dan tinggikan suara ketika bercakap dengan suami?apakah jawatan yang kita pegang itu menentukan syurga neraka kita?apakah harta yang bergunung - gunung itu menentukan syurga neraka kita?tidak...tapi perlu diingat...ketika BELUM BERKAHWIN..SYURGA ITU DITAPAK KAKI IBU...tetapi...selepas BERKAHWIN...SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI...please...jangan jadikan zaman moden ini sebagai alasan untuk kita tidak mentaati suami...


SEBAGAI MENANTU :

Berkahwin ini bukan sekadar berkahwin dengan anak teruna mereka...tetapi dengan seluruh ahli keluarga baru kita....ibu bapa mertua, ipar, biras..semua sekali...bukannya apabila sudah dapat anak nya..kita terus cipta jurang antara keluarga mertua kita...yang paling menyedihkan..cuba memisahkan suami dengan keluarga nya...itu salah sama sekali....apabila seorang perempuan sudah berkahwin...suami itu adalah keutamaan yang pertama..kedua baru ibu - bapa....tapi lelaki..samada mereka masih bujang atau sudah berkahwin...ibu dan bapa tetap keutamaan dan isteri nombor 2....itu adalah hakikat yang kita sebagai isteri kena terima....wajib terima!tapi kita terlupa.....kita rasa..apabila kita sudah berkahwin..suami adalah hak milik mutlak kita...yang mana...suami perlu beri perhatian dan keutamaan 100% pada kita...sedangkan...lelaki apabila sudah berkahwin..masih wajib menjaga orang tua nya...menghormati orang tua mereka....dan juga memberi bantuan samada dari segi kewangan atau tenaga pada kedua orang tua nya....tidak lupa juga dalam masa yang sama...tanggungjawab suami sudah bertambah terhadap keluarga yang baru dibina bersama kita...yang mana nafkah zahir dan batin itu wajib...berat bukan tanggungjawab seorang suami??isteri harus membantu setakat yang kita mampu...ini tidak..lepas berkahwin...kita isteri asyik ajak suami pulang rumah keluarga kita...kita langsung tidak fikir..apa perasaan mertua kita...entah - entah mereka rindukan anak lelaki mereka yang mereka besarkan dengan susah payah mereka?

saya sendiri lepas berkahwin...abah saya selalu pesan...suami wajib isteri taati dan suami wajib menghormati orang tua mereka....tanggungjawab mereka masih tidak berubah...kita sebagai isteri..jangan sesekali mencipta jurang antara mereka....syurga seorang isteri di tapak kaki suami..tapi syurga seorang suami masih dan TETAP di tapak kaki ibunya....kejam kan kita kalau tidak memberi peluang pada suami untuk berbakti pada orang tua mereka?

sebagai menantu didalam keluarga yang baru kita nikahi...saya ingin kongsi tips bersama - sama anda yang bakal bergelar isteri...

  1. Apabila sudah menjadi menantu...saya yakin...kita akan berasa kekok dengan adik beradiknya..ibu bapa mertua kita...tapi suami saya selalu pesan...dari kami belum kahwin..sampai sudah kahwin...suami selalu pesan pada saya "layan lah mama dan abah abang macam mama dan abah sayang sendiri...senangkan hati mama dan abah abang...diorang dah tua...kalau diorang tak suka..diorang takkan cakap..tapi dalam hati kita tak tahu..." itu yang saya pegang sampai sekarang....dan saya sendiri masih cuba menyesuaikan diri dalam keluarga baru saya...alhamdulillah..suami banyak membantu...dan ipar - ipar saya sangat - sangat menyenangkan saya...baik kakak suami, abang - abang dan adik - adik suami saya...sampaikan saya rasa...sangat seronok bersama mereka...
  2. baru berkahwin..saya duduk dalam bilik..suami tegur..."kenapa asyik duduk bilik?keluar lah lepak - lepak sembang - sembang dengan diorang kat luar...nanti diorang kata sayang sombong..abang tak nak macam itu..abang tak nak orang kata isteri abang malas"  suami yang baik...akan menjaga isteri nya dari diumpat orang sekeliling...dan saya rasa..suami saya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik...saya pasti...kita berasa segan...tak tahu mahu sembang apa...jadi terperap dalam bilik....jadi..inisiatif yang saya ambil...duduk bersama - sama keluarga baru saya..dan dengar mereka bersembang...andai ada yang boleh saya lontarkan suara...saya cakap...selebihnya..saya lebih suka menjadi pendengar dan pemerhati... :)
  3. perkara paling sukar apabila baru menjadi isteri dan duduk di rumah mertua...ialah..memasak...bukan sebab kita tak tahu masak..tapi kita tak tahu nak masak apa dan mana segala kelengkapan yang diperlukan untuk memasak...di mana garam, gula, serbuk kunyit, kuali, sudip dan sebagainya...jadi..pada ketika ini..suami kena main peranan...saya tanya pada suami ketika mahu masak di rumah beliau "abang..bagitahu sayang..mana gula, garam dan lain - lain..lepas itu baru abang boleh duduk depan" mudah bukan?yang penting..jangan malu bertanya....sesat jalan nanti!
  4. jangan cuba untuk tunjuk jawatan anda di pejabat apabila berada dirumah mertua...andai di pejabat anda pegawai..di rumah suami..anda tetap menantu tidak bergaji!ingat itu!buat apa yang anda rasa anda boleh tolong ibu bapa mertua anda...kalau beli makan...beli makan untuk isi rumah suami...bukan isi perut sendiri....ingat...orang tua sangat dalam pemerhatian mereka ke atas kita....mereka bukan mahukan duit ringgit kita..tapi penghormatan dan kasih sayang kita pada mereka...jangan kedekut...kita sudah berkahwin dengan anak mereka...kita tidak rugi apa - apa pun...
  5. kita harus tahu apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka...macamana nak tahu?tanya pada suami...dari situ sedikit sebanyak kita boleh belajar latarbelakang family mertua kita....
sedikit sebanyak tips dapat saya kongsikan dengan anda yang bakal jadi isteri...dan juga menantu...juga ipar..minta suami bantu anda...dalam waktu - waktu begini...suami lah pemberi sokongan dan semangat yang terbaik untuk anda....kalau sekiranya anda duduk sekali...gilir - gilir lah pulang ke rumah keluarga masing - masing..jangan asyik ajak suami balik rumah anda sahaja...walaupun suami tak kisah...tapi kita kena jadi isteri yang prihatin..bahawa suami juga ada mak ayah yang bukan orang lain pada kita..ibu bapa mertua kita juga...suami tentu gembira bila anda ajak suami pulang rumah ibu bapa mereka....dan kalau pun suami tak suka balik rumah ibu bapa mereka..pujuk suami dan ingatkan suami dengan baik..bahawa syurga suami tetap di TAPAK kaki IBU...kita isteri dapat pahala!kena ingat...ibu bapa mertua kita sudah jadi seperti ibu bapa kandung kita...dimana..sekiranya bercerai hidup atau mati sekalipun...air sembahyang kita tidak batal dengan ibu bapa mertua kita...

SEBAGAI ANAK :

Ini adalah part paling sukar pada saya....dimana...sebagai isteri...suami sudah jadi nombor satu....saya sudah rasa...mari saya ceritakan situasi saya...ianya berlaku pada hari sabtu dua minggu lepas...dimana suami saya pulang ke rumah kami...bawa bersama ibu bapa mertua saya dan juga 2 orang adik ipar saya...saya gembira...kebetulan pada malam itu saya ikut suami dan adik ipar ke majlis makan malam di PGRM...ibu bapa mertua saya mahu ziarah nenek suami saya yang sakit di rumah mak su suami saya di gombak...esoknya...suami dan adik ipar saya juga abah saya mahu ke Klang...ambil meja makan dan bawa pulang ke rumah kami...jadi saya pulang sebentar ke rumah keluarga saya memandangkan rumah kami suami isteri dan rumah keluarga saya tidak jauh....sementara tunggu suami dan abah saya sampai rumah kami..suami pesan suruh tinggal di rumah keluarga saya...mama tiada ketika itu...ada urusan kerja...lebih kurang jam 2 petang...mama pulang ke rumah dan ajak saya ke Carrefour untuk beli barang  - barang langsir...langsung ke Carrefour...saya telefon suami...beliau kata mereka sudah sampai hampir sampai di rumah kami...saya teringat..suami suka minum Ice Blended yang ada pearl itu, jadi saya belikan untuk suami dan adik ipar saya perisa coklat, dan untuk saya perisa strawberry...saya tidak beli untuk mama dan abah...sebab mama batuk teruk, abah pula memang tidak minum manis, kebetulan abah juga batuk...pada saya...abah dan mama boleh berkongsi dengan saya....

lepas itu, dalam kereta...mama tanya saya :

Mama : awak beli berapa?

Saya : tiga...

Mama : untuk siapa?

Saya : Yus dengan adik dia...

Mama : untuk abah awak tak beli ke?

Saya : Abah kan batuk, lagipun abah bukan minum manis sangat

Mama : Sekurang - kurangnya awak beli la untuk abah...nanti apa pulak kata abah..kecik hati dia nanti..

saya ketika itu, Ah sudah!macamana ni?sambil drive ke rumah kami, saya berfikir...harap - harap mama dan abah tak terasa...saya bukan tak mahu belikan untuk mereka...tapi mama memang tengah batuk teruk..dan abah pun batuk...abah memang tak minum manis-manis...

sesampainya saya dan mama di rumah kami...saya terus bagi suami saya satu cup...dan saya beri pada abah saya punya ice blended....lepas itu kebetulan suami dah minum sikit...saya ambil suami punya dan beri pada abah untuk rasa....saya cuba untuk bersikap adil dalam masa yang sama...saya tidak mahu mereka terasa...lepas itu abah kata "dah..abah tak boleh minum banyak-banyak...batuk..manis sangat" lega hati saya....mama pun saya buat macam itu..

see..bukan mudah untuk kita bersikap adil dan samarata dalam melayan suami, mertua dan ibu bapa sendiri..tapi kita harus buat begitu agar kita tidak menimbulkan rasa sedih di hati mereka...kita memang kena berkorban perasaan...apabila sudah berkahwin..perasaan kita bukan lagi keutamaan....tapi perasaan suami, mertua dan ibu bapa kita itu yang menjadi keutamaan kita...


semoga anda bakal - bakal isteri...mendapat sedikit iktibar dari kisah saya....bukan mudah..tapi perkara itu kita boleh belajar perlahan - lahan.... :)



Tuesday, June 28, 2011

Am I Pregnant?

Salam,

Hey buddies!

1 Bulan 7 Hari menjadi isteri kepada abang....jujurnya...saya masih terasa seperti baru semalam kami bernikah...masih terngiang - ngiang suara suami melafazkan akad nikah...masih terbayang - bayang wajah syahdu abah ketika saya peluk abah...masih terngiang - ngiang suara abah sampaikan pesan pada suami ketika kami baru bernikah "abah serahkan miza kat yus..jaga lah dia baik - baik" oh!sangat sedih! masih terasa penatnya menjadi pengantin!harus bekejar ke sana ke mari untuk selesaikan urusan...

dan hari ini..saya telah pun menjadi isteri abang yang sah..yang halal...apa yang boleh saya katakan...saya bahagia bersama dia...sangat - sangat!!dia melengkapkan kekurangan saya..dia memenuhi jiwa saya yang kosong..dia yang menjadi tempat untuk saya curahkan cinta dan kasih sayang....

dan..setelah lebih 1 bulan menjadi isteri beliau..rakan - rakan baik di pejabat atau rakan - rakan ketika sama - sama belajar dulu sudah bertanya soalan yang sama..

"dah mengandung ke?"

"dah ada isi ke?"

"eh!badan awak dah nampak macam berisi sikit..eh!your tummy nampak macam kedepan sikit la...are you pregnant?"

"bila nak mengandung?"

and macam - macam lagi jenis soalan yang bertubi - tubi ditanya pada saya....sedikit sebanyak...persoalan itu menganggu fikiran saya...ketenangan saya...dan saya sendiri bertanya pada diri saya...Am I Pregnant?

suami sendiri dengan yakin kata saya mengandung...minta saya buat Pregnancy Test..tapi............saya sendiri takut untuk mengharap...sebenarnya...hati kecil saya sangat - sangat berharap..rezeki kami untuk menimang cahaya mata bukti cinta pengikat hubungan kami ini dengan secepat yang boleh..jujurnya..kami tidak merancang walaupun pada mulanya kami bercadang untuk merancang..tapi atas nasihat doctor...kami batalkan rancangan itu....

suami semakin yakin apabila melihat perubahan pada diri saya..suami selalu cakap "abang rasa sayang mengandung ni...abang tengok sayang ni lain je...sensitif, kejap - kejap tak sihat"   tapi saya mesti jawab "eh..mana ada lah...tak pregnant....perubahan hormon je" bukan saya tidak suka kalau saya pregnant...tapi......saya takut untuk mengharap....harapan memang tinggi..tapi saya takut kalau saya buat pregnancy test..resultnya negative....kau tak kecewa?ku kecewa kalau macamtu! hahaha...

tapi...terdapat beberapa perubahan pada diri saya yang sebelum ini saya tak pernah alami....antaranya :

  1. Saya cepat sangat berpeluh...peluh yang bukan sikit - sikit...peluh yang banyak...panas sikit tak boleh...mesti teruk saya berpeluh..
  2. Badan allergic...allergic dengan peluh dan panas...nanti naik ruam - ruam gatal...
  3. Suhu badan tak stabil.kejap normal..kejap tinggi...
  4. Selalu rasa macam nak demam
  5. Badan selalu lesu...tak bermaya...rasa macam kerja buruh angkat batu bata bancuh simen..tapi hakikatnya kerja office dalam air cond yang maha sejuk dan duduk atas kerusi.....tapi penat sangat..balik kerja...letak kepala boleh terus tidur..
  6. Pening yang datang menyerang tiba - tiba...kadang - kadang tengah gelak - gelak dengan suami..tiba - tiba senyap dan pegang tangan suami cepat - cepat...takut nanti terlentang susah pulak..
  7. Sakit di perut di bahagian rahim...saya ada tanya dengan pegawai yang baru pregnant di office saya..beliau kata...kalau sakit die perut macam tanda mahu datang bulan..itu juga tanda pregnant...sakit sebab implantation..
  8. Asyik mahu pee sahaja!baru pee tiba - tiba rasa mau pee lagi!
  9. Selera makan masa baru - baru kahwin..sangat lah mendadak naik macam dinasour!kejap - kejap makan..kejap - kejap makan...sampai suami tegur..kenapa kuat sangat makan..hahaha
banyak lagi perubahan yang saya rasa pada diri saya..tapi sampai hari ini saya tidak yakin untuk lakukan Pregnancy Test..tapi suami sudah begitu yakin mengatakan saya pregnant...sampaikan dia kadang - kadang pegang perut dan cakap "baby..." dengan muka comel minta dicubit! bila suami mahu pulang ke kampung halaman meninggalkan saya..dia akan tunduk dan kiss perut saya....dan juga pesan "jaga baby baik - baik tau"
saya kadang - kadang mahu tergelak dengan perangai suami yang sangat cute ini!tapi saya yakin..ALLAH akan beri kami rezeki anak juga...cuma masa sahaja yang belum pasti....

kalau betul saya pregnant...alhamdulillah....tapi sekiranya saya belum terpilih untuk diberi rezeki itu...doakan saya ya kawan - kawan!

persoalan saya...Am I Pregnant?

kita tunggu next entry! (ada macam anti klimaks tak?) :)

Monday, June 27, 2011

how marriage transform my life~

salam,

hey gorgeous!

Hari ini adalah hari Isnin! monday blues! macam biasa..berada di tempat kerja untuk tempoh selama 8 jam...hari Isnin juga adalah hari yang paling saya tidak nantikan...sebab akan berpisah jarak dengan suami lagi untuk tempoh 4 hari...Jumaat adalah hari yang paling saya nantikan...sebab dapat bersama suami!

Tengok tajuk pun sudah tahu apa yang saya ingin ceritakan dalam entry kali ini kan?How Marriage Transform My Life atau dalam erti kata lain..bagaimana perkahwinan itu mengubah kehidupan saya...mungkin pada sesetengah orang...perkahwinan yang masih baru itu memang indah - indah dan elok belaka..tapi tidak pada saya...saya menikmati kehidupan saya lepas berkahwin dengan cara yang berbeza...saya rasa kehidupan saya lepas berkahwin lebih teratur..lebih sistematik..lebih logik..lebih tenang..apa yang saya rasa tentang diri saya sebelum dan selepas berkahwin juga berbeza..

Pada saya..selagi mana kita mampu untuk membuat diri kita berasa bahagia dan gembira..selagi itu kita akan cuba memperbaiki kehidupan kita..baik dari segi kekeluargaan..baik dari segi perhubungan..baik dari segi kerja..segala - galanya lah...seperti  yang saya pernah katakan sebelum ini...kita adalah apa yang kita fikirkan..kalau kita fikir nak gembira tanpa batasan...tanpa memikirkan masa depan..diri kita akan lakukan perkara yang sebegitu..seperti contoh...apabila kita telah tanam dalam diri bahawa kita yakin dengan keputusan kita  untuk mendirikan rumahtangga...kita akan fikir..kehidupan selepas itu...sedikit sebanyak...beberapa persediaan dari segi mental dan fizikal juga kita akan lakukan..

Memang kadang - kadang keadaan sekeliling memberi banyak tekanan dan pengaruh dalam kehidupan seharian kita..malah kadang - kadang boleh merubah keputusan kita sekelip mata...oleh sebab itu, hati perlu cekal dan tabah...jangan terlalu senang untuk mengiyakan kata - kata orang tanpa kita nilai dan timbang terlebih dahulu akibat yang akan kita tanggung kelak...sebab itu saya katakan...perkahwinan bukan seronok semata..anda perlu bersedia dari setiap sudut...yang paling anda perlu bersedia...ialah..bagaimana mengawal hati dan fikiran anda supaya tidak berfikiran yang negatif...dan juga anda perlu bersedia untuk cedera dari segi emosi!

jujur saya katakan..sepanjang 1 bulan 6 hari menjadi isteri kepada suami saya...kehidupan saya jauh berbeza dari ketika saya bujang dahulu...antaranya ialah :

KETIKA BUJANG :

1.     Selalu bangun lewat...paling lewat jam 10.30 a.m - 11.00 a.m...walaupun abah telah kejutkan saya solat 
        subuh..tapi lepas solat..saya akan sambung tidur....

2.     Jarang sarapan pagi dan buat sarapan pagi...(bergantung pada mood nak buat sarapan) biasanya mama 
        abah akan makan terlebih dahulu dan saya seperti biasa akan terus BRUNCH (Breakfast + Lunch)

3.     Tengahari jarang masak...just tolong - tolong mama saja..

4.     Basuh baju seminggu sekali..kadang - kadang tunggu bakul penuh baru basuh...hahaha

5.     Selalu terlupa untuk sidai kain selepas basuh...pernah terlupa sehari suntuk...sampai kena marah baru 
        sidai

6.     Bilik jarang berkemas...mama selalu cakap "bilik macam bilik lelaki" 

7.     Mandi kadang - kadang lewat...mandi pagi saya biasanya jam 12.00 tengahari... PAGI KAN??? 
        Malam pula jam 9.00 malam baru mandi...

8.     Tidur seawal jam 9 malam itu sentiasa...kalau terjaga..peluk bantal terus tidur balik...

9.     Saya tidak kisah rumah itu macamana sekali pun...life saya hanya keluar kerja seawal pagi dan pulang 
        petang...sampai rumah hampir Maghrib..

10.   Masa bujang..bercinta dengan boyfriend yang kini suami saya...malam - malam jam 10 malam ke 12 
        tengahmalam itu lah peruntukkan masa saya dan dia untuk bergayut di telefon...nasib baik kami call dan 
        message free..lepas bergayut terus tidur..sampai esok pagi dan hari -  hari kami akan macam itu...

11.   Masa bercinta...keluar dengan boyfriend yang kini suami saya mesti keluar pagi - pagi jam 10 pagi atau 
        11 pagi..balik sebelum jam 10 malam....kami akan cuba habiskan masa bersama dengan pergi main ice
        skating, movie, jalan - jalan...makan - makan..sembang di kedai makan...

12.   Masa bercinta...saya tidak pernah benarkan boyfriend yang kini suami saya ambil saya dirumah dan 
        hantar saya dirumah...saya tidak mahu mama dan abah rasa kurang senang...jadi kami mengambil 
        keputusan untuk jumpa di luar....

13.   Masa bujang, nak buat apa, pergi mana, minta izin mama dan abah..

14.   Masa bujang..selalu rasa bosan..tidak tahu mahu buat apa...asyik melepak dalam bilik...online sampai 
        lebam..

15.   Duit yang ada boleh digunakan suka hati tanpa perlu susah hati memikirkan barang - barang
        kelengkapan rumah..barang dapur atau apa sahaja yang orang kahwin sudah kena fikirkan...

16.   Masa bujang, kalau bergaduh dengan boyfriend/tunang yang kini jadi suami saya, mesti saya yang 
        menang dan buat muka happy bila dapat message sorry from him...

17.   Masa bujang, handphone sentiasa disisi..kalau tertinggal handphone..umpama tertinggal kapal terbang...

18.   Masa bujang...saya selalu murung...selalu rasa down...selalu rasa macam...ada yang tak lengkap
        kehidupan saya..saya rasa...bosan dengan kehidupan being a single girl without any commitment!!



cukup lah saya senaraikan 18 kebiasaan saya ketika bujang..apabila anda baca kebiasaan saya ketika bujang..mesti anda rasa saya belum layak untuk menjadi seorang isteri..see..saya bukanlah seorang perempuan yang terlampau perempuan..saya bukanlah seorang perempuan yang sudah perfect dari segala segi..saya bukan perempuan yang masak memang cekap...atau rajin ke dapur..atau segala resepi dalam kepala...jujur saya katakan...saya minat memasak..dan boleh memasak...tapi saya bukan chef! itu saja...bila abah marah kami adik beradik tidak mahu menolong mama memasak didapur..mama akan kata "biarlah diorang...saya dulu pun kahwin tak tahu memasak..tapi lepas kahwin...tahu juga memasak...perkara itu akan datang secara automatik bila kita tahu kita sudah punya tanggungjawab"

jadi saya pegang kata - kata mama...bukanlah saya langsung tidak masuk ke dapur..atau langsung tidak kenal jenis - jenis sayuran atau ikan..masih boleh juga memilih barang - barang dapur ketika roh rajin masak masuk dalam diri saya...cuma...saya jarang masak...itu sahaja..setakat kek coklat, masak - masak sup sayur, goreng-goreng..itu saya sudah mahir...cuma lepas saya punya boyfriend yang kini suami saya..saya merasa saya perlu belajar semua itu...sebab hati saya berdetik..dia suami saya! lepas itu...saya yang mengambil alih tugas mama memasak dirumah...

SELEPAS BERKAHWIN :

1.     Tak boleh bangun lewat...sebab suami tidur disebelah..Subuh-subuh dia akan kejut saya..selagi saya 
        tidak buka mata..selagi itu dia akan kata "sayang..bangun...subuh..bangun lah..bangun, mandi, solat..."
        walaupun dia kejut saya..tapi mata dia juga masih pejam rapat...dan bila saya bangun..beliau masih tidur
        T - T 
        selagi saya tidak menyahut selagi itu saya akan dengar suara suami..."tak kesian dekat abang ya?ye lah..
        tak apa lah..sayang tidur lah...tak apa..abang tanggung dosa sayang" terus saya akan bangun...(anda 
        akan rasa begini sekiranya anda sedar tanggungjawab seorang suami itu sangat berat!) 

2.     Selepas berkahwin..saya masih jarang buat sarapan pagi..sebab suami akan keluar pergi beli sarapan..
        saya buatkan air..kadang - kadang...lepas solat..suami akan terus buatkan air dan keluar beli sarapan...
        (lepas kahwin..keadaan kesihatan saya kurang memuaskan...suami sangat memahami..terima kasih 
        suami!) tapi walaupun masih jarang buat sarapan pagi..tapi saya kini selalu sarapan pagi...walaupun hari 
        cuti!bukan sarapan pukul 10 pagi atau BRUNCH lagi..tapi pukul 8.00 pagi saya sudah kena sarapan!
        harus diingat..suami juga perlu dilayan ketika di meja makan!

3.     Belum tengahari sudah tanya suami...mahu makan apa!(gila lah!rasa macam rajin gila!) kadang - kadang 
        belum tengahari suami sudah request mahu makan apa...dan juga seawal jam 9.00 pagi sudah keluar 
        ke pasar bersama suami untuk beli barang memasak!

4.     Basuh baju yang dulu seminggu sekali atau tunggu sehingga bakul penuh..selepas berkahwin..sudah jadi 
        2 hari sekali..selepas kahwin..tengok baju berlonggok tidak basuh sudah rasa mahu pitam!

5.     Baju yang dulu lepas basuh lupa sidai...sekarang lepas kahwin..sanggup tunggu depan mesin basuh!
        Habis basuh terus sidai! (abah kata "Anak aku dah berubah rupanya"   @ -@!)

6.     Bilik sudah nampak kemas sedikit berbanding dahulu!nampak macam bilik perempuan sudah kahwin!
        HAHAHAH

7.     Part mandi ini yang saya suka!kalau dulu ketika bujang...mandi kadang - kadang dua kali sehari..tapi 
        kini...boleh jadi sehingga 5 kali mandi..dahulu ketika bujang..mandi pagi adalah jam 12 
        tengahari...sekarang mandi pagi sudah betul - betul pagi...jam 6.30 pagi!(pada hari cuti..hari kerja 
        memang kena mandi pagi!)dahulu syampoo dan sabun boleh tahan sebulan lebih..sekarang?
        T-T

8.     Tidur seawal jam 11 - 12 tengahmalam...kadang - kadang terjaga..peluk suami..langsung tak boleh 
        tidur!HAHAH

9.     Sudah tahu kisah rupa rumah macam sarang tikus!balik kerja akan kemas rumah!balik seawal mungkin 
        sebab suami tunggu dirumah..kalau boleh nak buat flyover dari rumah terus ke pejabat yang mana saya
        saja boleh lalu jalan itu!

10.   Lepas kahwin..kalau suami ada...malam - malam tiada lagi aktiviti bergayut dalam telefon berjam - jam..
        yang ada cuma aktiviti bersama suami!semua suami! :)

11.   Kini keluar rumah awal pagi dan balik rumah pagi esoknya pun tiada siapa yang marah..tak balik rumah 
        berhari - hari pun mama dan abah tak call tanya saya berada dimana dan bersama siapa!hahahah..
        Heaven!rasa sangat bebas!dan kebebasan yang dahulunya ada limit kini rasa manis bila bebas keluar 
        bersama suami!terasa manis sekali! patut lah abah selalu cakap dulu..kalau nak rasa manis kebebasan 
        itu, letak limit ketika bujang!ya..saya akui..manis sekali!

12.   Lepas kahwin..suami lah orang yang bebas keluar masuk rumah itu...naik turun bilik...keluar masuk
        dapur...kalau dahulu...ketika bertunang..ketika datang rumah..had beliau cuma di ruang tamu...sekarang 
        dialah orang yang bebas keluar masuk rumah itu.

13.   Lepas kahwin...nak keluar pergi mana, buat apa, bersama siapa, wajib minta izin suami!tapi seronok..
        bila dengar suami jawab "pergilah..abang izinkan..tapi sayang jaga diri baik - baik..jangan nakal - nakal 
        okay!abang sayangkan sayang!" wahahaha!!

14.   Lepas kahwin..kalau rasa bosan..sudah tahu mahu buat apa bersama suami..kalau bosan..suami ada..
        kadang - kadang kalau kami bosan..kami main geletek - geletek sampai suami batuk-batuk dan saya 
        gelak - gelak macam orang gila sampai suami kena cakap "syhhhh...nanti orang sebelah kata sayang  
        dera abang!" heheh...(suami..pulang cepat..sayang rindu abang!")

15.   Lepas kahwin..dapat gaji..dalam kepala sudah fikir...apa nak buat dengan duit...apa kelengkapan rumah
        yang belum cukup?barang - barang dapur?kita akan rasa lebih dewasa!

16.   Lepas kahwin..kalau gaduh dengan suami..terus rasa bersalah..lekas - lekas capai tangan suami...
        "abang..sayang minta maaf" dan suami akan pegang kepala cakap "it's ok sayang..abang maafkan" terus 
        kiss dahi...rasa syahdu..benda kecil pun boleh buat menitis air mata! padan muka saya! 
        suami pula..kalau merajuk..pergi dekat dinding duduk situ macam budak - budak merajuk tak dapat 
        mainan!comel!

17.   Lepas kahwin..handphone menjadi barang yang saya campak - campak...

18.   Lepas kahwin...terus rasa happy..bila down..ada suami untuk kita hamburkan segala resah gelisah...
        dada suami lah penenang yang paling mujarab!sudah rasa punya commitment...sudah rasa happy 
       dengan kehidupan yang hampir sempurna ini!


see...lepas kahwin..banyak benda positif yang ada dalam diri kita yang sebelum ini kita tidak nampak...lepas kahwin terus kita nampak..dimana potensi kita...selagi mana selepas berkahwin kita rasa kita punya tanggungjawab..kita punya commitment..selagi itu ia tidak menjadi masalah pada kita...penat macamana pun...bila suami request spagetti tatkala anda sedang baring - baring didadanya pun anda sanggup bangun dan pergi ke dapur untuk sediakan makanan..walaupun suami makan jam 10 malam!

yang penting ialah...kita harus sedar..bila kita jadi isteri...kita punya tanggungjawab..begitu juga suami..punya tanggungjawab..malah lebih berat!menyediakan segala-galanya..keperluan rumah...nafkah zahir...nafkah batin...menjaga isteri...dan sebagainya!tapi kita sebagai isteri..jangan meletakkan segala -galanya dibahu suami...cukuplah mereka akan menjadi penanggung dosa kita yang kita tidak sedari...yang mana kita boleh bantu mereka..kita bantu...jangan terlampau strict sampaikan "eh!engkau suami..engkaulah yang patut buat semua ini!" kena ada toleransi...

bukan mudah untuk mengharungi kehidupan rumahtangga yang kita belum tahu cabaran dan dugaan apakah yang bakal menimpa kemudian hari...tapi sekiranya kita punya pegangan agama dan kesedaran tentang tanggungjawab...insyaAllah..kita boleh menghadapi ujian dari Allah...rumahtangga yang diuji itu mungkin berpunca dari kesilapan kita...suami jadi kaki perempuan mungkin sebab kita...isteri curang mungkin sebab kita...suami suka berbohong...perlu kita cari jalan untuk nasihatkannya...yang penting..jangan putus berdoa pada Allah...DIA adalah pendamping yang paling dekat dengan kita!

Alhamdulillah...saya banyak belajar dari suami...tapi saya paling tak suka ayat suami "jangan layan sangat!" hahaha!

p/s : Gembirakan lah hati suami kerana cinta mereka pada kita bisa punah apabila hati mereka sudah kosong!cintailah suami kerana dia adalah suami!bukan kerana dia adalah lelaki..kerana dengan itu kita lebih sedar akan tanggungjawab dan kerana dengan itu...kita lebih ikhlas dalam melakukan segala perkara untuknya!

- Rasulullah S.A.W pernah bersabda "seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud dikaki mu..akan aku perintahkan seorang isteri untuk sujud dikaki suaminya"  (betulkan saya andai saya salah)

sekian-

Wednesday, June 22, 2011

Apa beza antara cinta dan perkahwinan?~

Salam,

Hey peeps!
baru dapat idea untuk entry hari ini...setelah saya perhatikan keadaan sekeliling dan juga pemerhatian dari facebook saya..macam - macam hal dunia diutarakan...antaranya adalah tentang cinta...tentang anak - anak..tentang buah hati..tentang makanan..macam - macam...tapi saya lebih tertarik untuk kongsikan apa beza antara cinta dan perkahwinan....

percaya atau tidak..cinta sebelum kahwin andai kita tidak pandai mencorakkannya..ianya akan terputus di tengah jalan?saya juga pernah mengalami putus cinta...banyak kali juga...HAHAH...ya lah kan..kita hanya manusia biasa yang ingin mencintai dan dicintai...cinta adalah satu perkara yang indah...yang juga berbisa..yang juga membawa padah...kerana cinta..macam - macam perkara boleh terjadi...

apa yang ingin saya kongsikan dengan anda ialah...the different between love and marriage!terdapat perbezaan antara kedua - duanya....seperti contoh :

CONTOH 1 : (IKUT CAKAP)

Saya dahulu ketika bercinta dengan suami saya...secara jujurnya..suami saya bukan yang jenis mengongkong dari zaman kami bercinta lagi...dia adalah seorang lelaki yang sangat simple dan juga gentleman...*harus lah puji suami sendiri..tapi saya jujur!* prinsip saya..selagi saya belum menjadi hak yang halal bagi then-boyfriend now-husband...saya boleh tentukan apa yang saya mahu buat dan ke mana saya mahu pergi...then-boyfriend now-husband tak pernah lagi mengongkong saya...seperti contoh mahu keluar bersama kawan-kawan tak boleh...nak makan itu tak boleh..nak buat ini tak boleh..nak pergi sana tak boleh..nak pergi sini kena dia ada...oh!suami saya masa kami bercinta sangat sporting...cuma nya..suami saya bijak juga ketika itu...syarat beliau...kemana saya nak pergi dan bersama siapa..dia perlu tahu...sebab sekiranya terjadi apa - apa pada saya..dia tahu saya bersama siapa dan berada di mana...tapi suami tidak pernah halang saya mahu keluar berjimba dengan kawan - kawan....paling kuat kalau saya balik lambat...saya akan terima panggilan dari then-boyfriend now-husband bertanya jam berapa saya mahu pulang...itu sahaja..kalau pun saya pulang lewat..beliau juga tak marahkan saya....mama dan abah juga sangat sporting...mereka tahu saya tetap akan pulang ke rumah tak lebih dari jam 11 malam..jujur saya katakan...saya keluar dan balik malam hanya setelah saya bekerja....saya belajar pergi ke karaoke juga setelah saya bekerja!

life saya bukan semata - mata untuk enjoy...saya enjoy bukan dengan cara pergi club atau buat benda bukan - bukan...cara saya enjoy sangat simple...sudah cukup pada saya...sebab itu saya sangat selesa bersama then-boyfriend now-husband saya itu...dia sangat sporting okeh!dengan kawan - kawan saya juga dia sporting...tapi dia selalu pesan pada saya..enjoy but have a limit!saya suka!sebab pada saya..selagi saya belum berkahwin..saya punya kehidupan saya sendiri..saya tak suka hidup saya diatur oleh orang lain yang bukan mama dan abah saya...sebab itu saya cukup benci bila ada segelintir kawan - kawan saya cakap "sorry lah..tak boleh join korang...BOYFRIEND aku tak bagi..." or "sorry lah...lepas ini kita tak dapat nak lepak lagi...BOYFRIEND aku tak suka aku kawan dengan korang" hello!what-the-hell kau nak ikut cakap orang yang kau baru kenal..dan bukan suami kau tu?belum kahwin dah pandai-pandai nak atur hidup kita...come on la!jangan jadi bodoh!kadang - kadang bila saya jalan - jalan then tiba - tiba dengar conversation one group of budak sekolah...girls lah..."eh!BOYFRIEND aku tak bagi balik lambat lah..." "eh!BOYFRIEND aku cakap..kalau aku balik lambat..dia suruh aku balik sendiri" wah wah wah!hebat nya kau dik...belum kahwin dah pandai-pandai bagi orang lain atur hidup kau...baru budak sekolah...dengar cakap mak ayah lebih baik dari kau dengar cakap BUAYAFRIEND kau tuh!serius shit!menjadi kepantangan saya perkara - perkara macamni...pada saya..selagi belum kahwin..kita boleh buat apa yang kita suka..pergi mana kita mahu pergi..tanpa ada kongkongan dari mana - mana pihak luar...

saya bersyukur..punya suami yang pada ketika itu kekasih saya...yang sangat sporting...dia beri saya kebebasan untuk atur kehidupan saya...and the best part is..lepas kahwin..suami saya sangat-sangat mengambil berat keadaan saya...dan saya juga..lepas kahwin...automatik set dalam kepala...saya dah punya suami..tak boleh nak buat ikut suka hati macam dulu...lepas kahwin..keluar tanpa izin suami pun kita dah boleh berdosa...jadi sudah menjadi kewajipan kita untuk minta izin suami  untuk buat apa pun...lepas kahwin nak ikut cakap suami baru lah dikatakan taat...tapi kalau sebelum kahwin dah ikut cakap BOYFRIEND..itu namanya taat yang tak dapat pahala pun!buang masa...masa bercinta sibuk nak minta izin BOYFRIEND..nak ikut cakap BOYFRIEND yang belum tentu jadi suami tu...tapi bila dah kahwin..jangan kata nak minta izin...nak dengar cakap suami pun payah!apa jadahnya semua ini?

*Sedangkan seorang isteri nak berpuasa pun kena minta izin suami terlebih dahulu...dikhuatiri ketika isteri sedang berpuasa tanpa pengetahuan suami..si suami pula meminta untuk melakukan hubungan asmara dengan isteri..lalu isteri yang berpuasa tanpa pengetahuan suami berkata "saya minta maaf..saya sedang berpuasa" ia disamaertikan..menolak permintaan suami..dimana menolak permintaan suami itu BERDOSA* 

see...bukan mudah bukan menjadi isteri?habis tu..pergi gatal ikut cakap boyfriend tu kenapa?dia siapa pada anda?sayang biar berpada - pada....taat pada suami lepas berkahwin sejuta kali ganda indah dari taat pada boyfriend yang belum tentu jadi suami anda....

CONTOH 2 : (BERGADUH)

Saya masa di alam bercinta dan bertunang..saya dan suami...jarang bergaduh..paling lama kami bergaduh sehari setengah...(lama tak?) paling kejap..tak sampai 5 minit....masa bercinta dan bertunang...kalau kami bergaduh..saya selalu keras hati...sampai then-boyfriend now-husband selalu mengalah..bila dia mengalah...ayat yang dia selalu hantar :

"keras betul hati sayang ni kan?"

heheh...ya!saya memang seorang yang keras hati...tapi dalam keras itu ada lembutnya...saya mudah memaafkan orang..tapi untuk melupakan apa yang orang lakukan ke atas saya..itu susah! dahulu bila kami bergaduh...suami akan jadi orang pertama yang selalu mengalah dan memujuk saya yang keras hati...

dahulu masa bercinta...setiap kali gaduh..saya boleh kata "lantak lah!tak nak message sudah!tak nak jawab call sudah!banyak lagi kerja aku nak buat dari fikirkan kau!pandai - pandai lah kau cari aku bila kau dah okay nanti!" kejam kan saya? tapi lepas kahwin...bila saya dan suami gaduh...hati seorang isteri cukup rapuh..saya sendiri hairan..dimanakah kerasnya hati saya yang dulu!saya menjadi seorang yang cukup sensitif...saya menjadi seorang yang sangat rapuh hati nya!saya menjadi seorang yang terlalu cepat rasa bersalah dengan suami saya!sampaikan..bila bergaduh..hati saya tidak lagi bercakap seperti tadi...tapi..hati saya akan cakap "suami..maafkan aku..andai aku melukai hati mu" perghhh...sumpah!tak tipu!tiada lagi ayat "lantak kau!" sebab pada saya...andai saya menyakiti hati dia...saya berdosa!

bila dah kahwin...suami itu wajib ditaati walau siapa pun dia...*pesan abah saya* saya pegang kata - kata ini...memang betul..suami itu wajib kita taati walau siapa pun dia selagi mana dia tidak melakukan kejahatan dan melanggar hukum agama...segala perintah suami yang tidak melanggar hukum agama...selagi itu wajib kita taati...walaupun dia minta kita buatkan segelas air...segelas air yang isteri buat untuk suami bersamaan dengan pahala puasa...mudah bukan isteri dapat pahala?tapi berapa ramai isteri sekarang tak nak buatkan air untuk suami dengan alasan biar suami buat sendiri tak nak manjakan suami...

tapi apa jadahnya pada mereka - mereka yang belum berkahwin ini...baru bercinta..baru berkenalan..sudah sibuk - sibuk bila bergaduh mahu menangis macam orang meroyan?oh ya!saya ada tengok satu video seorang perempuan makikan boyfriendnya dalam LRT...sampai jerit -jerit depan public macam orang gila..hanya kerana boyfriendnya ada perempuan lain!cheh!sangat lah bodoh perempuan itu...jujur saya katakan..sepanjang saya pernah melalui alam percintaan...saya pernah mengalami 4 kali putus cinta..dan kebanyakkan punca...kerana hadirnya orang ketiga...secara jujurnya..bila saya dapat tau mereka ada perempuan lain..saya cuma bagi kata dua "pilih saya atau dia?" senang bukan?buat apa nak menyeksa diri menangis bermalam - malam...buat apa nak menjerit - jerit macam orang gila marahkan lelaki itu?ingat!dia bukan siapa - siapa dalam hidup anda...redha dan pasrah akan buat anda lebih matang dan tenang!buat apa nak menyeksa diri sedangkan boyfriend anda sedang bahagia bersama kekasih lain...jangan jadi bodoh!life is not just about love!banyak lagi perkara anda boleh fikirkan...jangan buat mereka nampak..tanpa mereka anda tak boleh hidup...come on!dia cuma boyfriend yang belum menjanjikan untuk menjadikan anda isteri pun..

tak percaya?tanya suami saya...macamana saya bagi kata dua pada dia ketika saya dapat tahu dia punya kekasih yang lebih dahulu bertakhta di hati dia sebelum saya?betapa setitik pun air mata saya tidak tumpah dihadapan suami saya ketika beri kata dua pada beliau..saya tak buang tenaga pun terpekik - pekik terjerit - jerit pada beliau ketika itu...tapi dalam hati...kesedihan itu hanya Allah yang tahu! ;p    sebab pada saya...air mata saya hanya untuk suami saya...alhamdulillah..dia yang pernah menyakiti hati saya ketika itu lah yang jadi suami saya kini...senang bukan?sekiranya dia bukan jodoh kita...pasrah dan redha..sekiranya dia jodoh kita...dia akan kembali pada kita..untuk apa kita rebut yang bukan hak kita...sekalipun dia dah jadi suami..dia tetap bukan milik kita sepenuhnya..tapi dia adalah milik ALLAH S.W.T yang dipinjamkan kepada kita untuk kita taati dan sayangi sepenuh hati apabila telah jadi suami isteri...sudahnya..apa kejadahnya anda yang baru bercinta beria - ia melalak bila ditinggalkan boyfriend?yang paling menyampah..terfikir untuk bunuh diri bila boyfriend minta putus!kalau saya ada adik seperti ini...adik saya itu dah lama saya kerjakan sampai lembik! serius shit!bodoh sangat! lantak dia lah kalau dia nak ada GELIFRIEND yang baru...what the hal kan?tunjukkan anda bukan lemah..

secara jujurnya...seingat saya...suami saya ketika kami bercinta dan bertunang dahulu...tidak pernah sekalipun beliau melihat air mata saya tumpah...tapi selepas kahwin...padanlah muka saya...suami baru tegur saya...dah meleleh-leleh air mata...suami nak pulang ke kampung halaman tinggalkan saya di kota kuala lumpur ini pun berjurai - jurai air mata!padanlah muka saya...tapi indahnya...bila suami lapkan air mata dan cium dahi sambil berkata "sayang...jangan menangis..." indah bukan?kan saya pernah kata...suami saya lebih romantic dari Seth Tan! ;p  

konklusinya ialah...jangan mengangankan sesuatu itu seandainya anda sendiri tidak yakin dengan hubungan anda...bergaduh adalah perkara biasa dalam bercinta...kalau dalam bercinta pun anda tak boleh nak kawal...tak boleh nak hadapi...anda boleh bayangkan rumahtangga anda nanti?come on!jadi gagah sikit boleh?!


cukup lah 2 contoh saya berikan...selebihnya kemudian saya akan muatkan dalam entry selepas ini....apa yang saya ingin katakan ialah...cinta dan perkahwinan itu berbeza..apabila sedang bercinta..ianya belum menjanjikan perkahwinan..anda bebas aturkan kehidupan anda...tapi apabila anda dah berkahwin..segala -galanya punya batas yang tertentu....tapi jujur saya katakan...indah lagi alam perkahwinan dari alam percintaan..itu pada saya lah..lain orang lain pendapat...kalau kita tahu nikmat sebenar perkahwinan..pasti kita seronok melalui alam perkahwinan itu..tidak percaya?sila dengar ceramah Ustaz Kazim Elias tentang nikmat perkahwinan....barangsiapa suami yang memberi isteri nya makan sesuap nasi...Allah beri dia 1 pahala...satu pinggan?berapa suapan?kira sendiri..kalau sehari?seumur hidup?masya-Allah..dan barangsiapa isteri yang membuatkan suaminya segelas air...Allah beri isteri tersebut...pahala seperti pahala puasa....Masya - Allah....indah bukan?andai kita betul - betul memahami nikmat perkahwinan?suami sekiranya menggenggam tangan isteri...gugur dosa dicelah - celah jari...dah tu..kenapa lepas kahwin kau tak nak berpegangan tangan masa macam bercinta dulu?suami saya cukup jaga tangan saya...walaupun ketika dia sedang memandu...tangan saya tetap dia akan capai..terima kasih suami! :)    dan sekiranya suami itu memandang isteri nya dengan  pandangan yang penuh kasih sayang dan begitu juga isteri nya....maka Allah pandang kedua - duanya dengan pandangan rahmat!subhanallah..bukankah indah perkahwinan itu???

cinta sebelum berkahwin itu penuh dengan kepura - puraan...tapi cinta selepas berkahwin itu penuh dengan kebahagiaan walaupun sekadar menatap wajah suami ketika sedang makan ataupun sedang tidur.....


sekian...

p/s : suami...sayang minta maaf kalau sayang menyakiti hati abang selama kita berkahwin...ampunkan sayang ya?I want you to know....that I love you until death do us apart!

Monday, June 20, 2011

Life After Married Part 2~

Salam,

Hey darls!!

Baru berkesempatan untuk update blog..boss saya telah berangkat ke Pahang untuk Majlis Perasmian..beliau akan berada disana sampai hari Khamis atau Jumaat...dan saya adalah manusia yang paling heaven bila beliau tiada di pejabat!yess!!jadi masa yang ada inilah yang saya gunakan untuk bersosial di laman - laman sosial seperti Facebook dan juga Blog...heheh..

Suami saya dah balik ke kampung halaman beliau malam semalam..macam biasa...drama sedih akan mula bila beliau cakap "sayang..malam ni abang balik pukul 10 malam ye?" terus saya tutup telinga laju - laju..oh ya! kami PJJ buat seketika sampai lepas raya..insyaAllah lepas raya suami saya akan move out to Kuala Lumpur..stay and build a very - very new life with me..build a family..anak - anak yang ramai..insyaAllah...sekiranya diizinkan Allah..saya tak sabar menanti saat suami pindah ke sini..ingin sangat merasa hidup bersama beliau sepenuh masa...bangun pagi beliau ada di sebelah...balik kerja beliau ada dirumah...malam dapat bersembang - sembang dengan beliau...indah kan?ya..indah...kehidupan yang hampir sempurna...

ingat lagi kan tentang previous entry saya 'life after married'?saya ceritakan kehidupan saya lepas 28 hari menjadi isteri beliau...dan hari ini saya terasa macam nak sambung sharing a story of being a wife to a husband...macam biasa...saya suka taip entry yang panjang gila bila idea tengah ada..tapi bila idea tiada..hanya akan ada 2 kemungkinan...

1. Blog berupdate..tapi entry sangat lah pendek...
2. Blog dibiarkan sepi..cuma blogwalking tanpa jejak sahaja...

AMARAN! This entry will be a very long long long entry..saya taip entry ini dari jam 10 pagi hingga sekarang sudah lunch hour pun belum habis lagi...sila lah sediakan food & drinks sambil menikmati nukilan jari saya di blog ini...i will try my best to share the story of being a wife to a husband as honest as i can be! =)
ramai colleagues & friends tanya..most text that I received is : 

1.     "how's life after kahwin?"
2.     "Macamana kahwin?best tak?"
3.     "Macamana malam tadi?jadi apa - apa tak?cedera ke?"
4.     "Suami okay?"
5.     "Dah ada isi ke?minta - minta la kau bunting pelamin" - sesedap rasa kau suruh aku bunting 
         pelamin..aku  yang mengandung ke kau yang mengandung?
macam - macam..akan saya kongsikan..tetapi..please bear in your mind..this story is from Miza..me..bukan orang lain..ini adalah pengalaman saya..bukan orang lain..jadi lain orang lain pengalamannya...

dulu - dulu...sebelum kami berkahwin..saya dan then-boyfriend now-husband selalu berbicara soal hidup bersama..being a hubby and wifey..mengangankan yang indah - indah...tiada gaduh -gaduh..ecece...kami mengangankan yang baik - baik saja...memanglah realiti biasanya tidak seindah fantasi..khayalan kita biasanya melebihi had realiti...tapi berangan itu indah!saya juga berangan memakai baju yang cantik untuk hari perkahwinan saya..bercerita dengan then-boyfriend now-husband tentang bagaimana saya inginkan majlis perkahwinan saya berjalan..semua nya bermula dari angan - angan..tanpa saya sedar...I worked very hard to fulfill my dream! yes! bayangkan urusan perkahwinan saya..boleh dikatakan 90% adalah hasil penat lelah saya..idea saya dan of course..hasil angan - angan saya...I tried my very best for that!saya bukan orang yang suka "alah...tak payah la beria-ia..buat ALA KADAR saja" that is sooooo not me!then bila tiba hari perkahwinan saya...saya rasa saya macam mimpi dapat pakai baju idaman saya..bunga idaman saya..kereta idaman saya..dan semua idaman saya di hari perkahwinan...and sudah tentu...dapat SUAMI DAMBAAN HATI saya itu!~

Malam selepas majlis..saya berasa kekok..bila nampak seorang lelaki asing berada dalam bilik saya...katil saya..bantal saya...pakai tuala saya...guna bilik mandi rumah itu...semuanya nampak asing di mata saya..biasanya rumah itu cuma ada mama, abah dan saya saja..jadi bila ada orang lain..saya rasa macam..eh!apa ini?hahah..dan yang paling saya tak boleh terima..bila tidur malam atas katil yang biasanya saya seorang saja yang ada..tiba-tiba ada lelaki..oh!sangat pelik!rasa macam.."lepas ni tak boleh lah nak tidur kepala di bantal dan bila bangun kepala di bucu katil..sebab keluasan katil sudah dikongsi bersama suami!Malam pertama kami cukup indah walaupun ianya cuma sekadar diisi dengan sembang-sembang..tiada apa-apa terjadi pada saya sebab bendera jepun berkibar dengan jayanya pada hari saya nikah!suami agak kecewa...tapi saya tahu beliau seorang yang sabar!hahaha...oopss!

perkahwinan pada saya..adalah satu perkara yang sangat unik!unik kerana bagaimana 2 orang yang berbeza latarbelakang,cara didikan, gaya hidup, kebiasaan...boleh hidup satu bumbung...and shared almost everythings!bayangkan sebelum kahwin, berus gigi, tuala etc yang mana kita guna..itulah kita punya..tak boleh kongsi dengan orang lain..tapi lepas kahwin..berus gigi, tuala, selimut, bantal, pinggan, cawan and everythings lah..kita boleh kongsi pulak dengan pasangan kita...isn't it sweet?nasib baik seluar dalam tak boleh dikongsi! -.-' hahaha!

thats why i said in my entry before, marriage is not just about love, make-love, fun and so on..it's about everything!you have to be ready to cry, you have to be ready to get mad, you have to be ready to get hurt, you have to be ready to be tired all day long..you have to be ready to say "yes" eventhough the truth is "no"..you have to be ready all out to feel those things...marriage is about 'to-be-ready'...and of course..you have to be ready to find out that you are pregnant! 

kalau sebelum kahwin pasangan anda cakap..."saya dah kenal awak luar dalam..dah tau perangai awak macamana", "saya kenal sayang saya" or "when i'm with you, i just can be myself" itu semua tipu!sebab anda takkan kenal pasangan anda luar dalam sampai lah anda dah hidup bersama dia...dan anda sendiri pun tipu kalau anda boleh jadi diri anda bila dengan pasangan anda..sebab the true colours only can be seen when you are married...tapi bukan bermakna masa bercinta semua indah dah kahwin semua punah..bukan begitu...the true colours yang saya maksudkan bukannya semua yang buruk-buruk..ada yang baik-baik...don't be too negative about marriage...sebelum saya kahwin..ramai cakap dengan saya "alah..belum kahwin semua indah..dah kahwin nanti baru tahu" these people always have negative minded yang pada saya...kalau kita dengar sangat cakap orang..kita pun akan jadi macam orang itu juga...saya sangat tak suka pada ayat "masa bercinta memang lah semua best..dah kahwin nanti baru kau tahu.." apakah kau kahwin dengan suami kau dulu tu bukan sebab cinta?ke sebab rumahtangga kau banyak sangat masalah sampai ayat kau tu  macam sedih saja?please lah..kita adalah apa yang kita fikirkan..jangan terlalu negative minded...sebab bila kita terlalu negative...semua tindak tanduk kita akan jadi negative..lalu hasilnya pun negative lah kan?

ingat...rumahtangga itu adalah antara kita dan dia...pelakon utama juga adalah kita dan dia..heroin nya adalah kita dan dia...coraklah rumahtangga itu mengikut kesesuaian kita dan pasangan..jangan asyik fikirkan perasaan kita sahaja...I have set my mind that..the first five years of marriage is the most challenging years...so that..I can be prepared and work hard to pass this five years of my marriage...jangan ambil mudah perkara berat..dan jangan ambil berat perkara remeh!ingat itu!

I know..kita perempuan ni cepat emosional..cepat sensitif..cepat terasa..tapi kawal...jangan terlalu ikutkan hati kita...kena ingat..bila dah kahwin..suami menjadi keutamaan...mak ayah dah jatuh nombor dua...sebab tu sebelum kahwin..kena fikir betul-betul..sediakah kita untuk letak mak dan ayah kita nombor dua?kalau belum..jangan kahwin!sebab itu akan melukakan hati banyak pihak!bukan senang okay nak jadikan mak ayah keutamaan nombor dua selepas suami...tapi sekiranya kita redha..mak ayah kita lagi redha..bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa?maka bahagialah rumahtangga anda...

time bercinta dulu..kaulah segalanya...tapi kena lah pegang kata-kata itu sampai lepas kahwin..sebab lepas kahwin..memang suami itulah segalanya...syurga seorang isteri...dan juga neraka seorang isteri...pilihan itu terletak pada cara kita melayan mereka..anda dah bersedia untuk semua ini?dah bersedia untuk bangun awal pagi?dah bersedia untuk basuh baju 2 hari sekali?dah bersedia untuk menangis bila kena marah dengan suami sebab lawan cakap dia?dah bersedia untuk masak di dapur 3 kali sehari belum termasuk time dia request ketam masak berlada? dah sedia untuk kongsi berus gigi yang sebelum anda seorang je yang pakai?dah bersedia untuk layan suami bilamana dia nak tak kira walaupun dalam bilik air atau ketika anda sedang masak?dah sedia untuk lipat baju yang dah jadi double itu?dah bersedia nak mandi basah rambut setiap kali nak solat?and the best part is..dah bersedia nak taat pada keputusan dan kata - kata suami??if banyak yang anda jawab ya..tahniah..anda dah boleh kahwin...

jujur saya katakan..perkahwinan memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang sangat besar dalam hidup...bilamana dulu saya ketika bergaduh dengan then-boyfriend now-husband..boleh tak message sehari suntuk..boleh keras hati tak nak jawab call..tak reply all those sorry message from him..and boleh suka hati nak cakap "lantak lah kau..siapa suruh buat aku sakit hati...rasakan..aku merajuk!selagi aku tak rasa nak okay..jangan message or call..malas nak layan!" dan dulu ketika bercinta..saya boleh suka - suka hati nak pergi mana pun...selagi mana mama dan abah tak marah...selagi itu saya buat...tapi lepas kahwin?dah gaduh ingat boleh ke nak lari - lari macam dulu?dah kahwin..gaduh macamana pun..tak boleh kalau tak bercakap..dah kahwin..gaduh macamana pun...malam bila tidur..tetap kena menghadap suami...tak boleh tidur membelakangkan suami..susah kan?tapi itulah hakikat perkahwinan...kena hadapi dengan matang...tak boleh nak anak - anak macam dulu dah... 

luckily...my husband sangat supportive..bukan kami tak pernah gaduh lepas kahwin..pernah...tapi beliau jenis yang tak suka panjang-panjangkan cerita...jadi masalah tu cepat kami selesaikan...lepas kahwin..kita isteri..banyak kena berkorban perasaan..kalau suami jenis suka duduk goyang kaki..jangan cepat-cepat melenting...cakap baik-baik minta mereka tolong...alhamdulillah..sepanjang sebulan saya berkahwin..suami jenis yang ringan tulang..sangat-sangat banyak membantu saya menguruskan rumah...cuma kalau beliau dah layan MAHARAJA LAWAK saya dah tak rasa lawak perkara itu...hehehe..tapi..jujur saya katakan..beliau sangat-sangat banyak membantu..lepas kahwin..kami dah ada rumah untuk kami pindah duduk..cuma sekarang..rumah itu masih dalam proses untuk kami load barang-barang masuk...alhamdulillah..rezeki kami..lepas kahwin..abah saya hadiahkan set bilik tidur kami...syukur sangat!mama pula hadiahkan kitchen cabinet...suruh saya cepat-cepat masak!hahaha...rumah kami hampir sempurna..cuma tinggal mesin basuh,peti ais dan sofa sahaja yang belum..lain-lain sudah ada..kuali dan periuk juga ada,minyak masak,dapur gas...suami saya banyak uruskan rumah tu.beliau lah yang jadi tukang pasang kipas, tukang pasang lampu disco, tukang pasang langsir, tukang drill, tukang angkat meja, tukang pasang lampu disco kat rumah tu..hahah...yelah..saya tak pernah clubbing..jadi merasalah clubbing dekat rumah dengan suami!lagi best!nak buat tarian bogel pun takde orang marah kan?ok..tipu!

alhamdulillah..lepas kahwin..saya rasa lebih bertanggungjawab..lebih matang...kahwin ni best kalau kita menikmati makna sebenar perkahwinan dan apa tujuan kita berkahwin dengan pilihan hati kita?macam saya...the reasons I wanna marry him is,i want to spent my lifetime loving him as a husband..I want to share everythings with him...bila kita bergaduh..ingat balik..tujuan dan sebab kita pilih dia sebagai suami...kalau anda pilih dia sebagai suami sebab dia kaya...tiba - tiba dia miskin..mungkin anda tak boleh nak cintai dia lagi..hari tu saya bergaduh dengan suami..saya ingat balik tujuan saya kahwin dengan beliau..bila saya ingat balik tujuan dan sebab saya kahwin dengan beliau...terus rasa cinta dan rindu itu menggunung macam tak pernah jumpa..macam baru - baru bercinta...terus kami okay!see...how's marriage transform your life..totally change!

macam saya PJJ lepas kahwin...adalah satu perkara yang amat - amat perit bilamana tiba masanya untuk kami berpisah jarak!sangat-sangat!mula - mula suami mahu balik..saya siap menangis..tak tahu kenapa..saya cukup sensitif untuk berpisah dengan suami...tambah-tambah lagi dengan keadaan yang kurang sihat...lagi lah bertambah - tambah syahdu..lalu suami saya yang lebih romantic kalah Seth Tan tu pujuk dengan sangat sabar...dia pulang kerana mencari rezeki untuk kami...jadi..saya tabahkan hati merelakan perpisahan jarak kami itu!tapi bila malam...mula lah..gelisah..sebab saya lepas kahwin..bantal memang bukan tempat kepala saya lagi...tetapi dada suami...oh!sangat lah selesa bila saya baring di dada beliau dan dengar degupan jantung beliau..sangat mendamaikan...bila malam..tidur saya berbantalkan dada suami dan pelukan hangat suami...betapa saya menyayangi suami saya....betul lah kata orang-orang tua...isteri yang tidur didada suami..dan mendengar degupan jantungnya..lebih mudah mendengar kata dan lebih mudah memahami suami...sebelum ini saya tak percaya..tapi lepas saya mengalaminya..saya akui...saya lebih akur dengan suami...dan mudah memahami gerak muka dan bicaranya..tapi bila kami berpisah jarak..semua itu saya rindu!sangat-sangat!rindu untuk bermanja, main geletek-geletek, bersembang-sembang tentang segala hal termasuk baby! =) kami mencipta kehidupan kami dengan cara kami sendiri...

satu nasihat saya pada anda yang ingin mendirikan rumahtangga, berpijak pada bumi yang nyata ketika mencipta angan - angan bersama pasangan anda...kerana..dengan itu anda lebih cepat menyedari dan menerima hakikat sekiranya ada perkara yang menyakitkan hati anda lepas berkahwin nanti..jangan impikan lelaki macam Seth Tan..kerana..hakikatnya..suami anda lebih romantic dari Seth Tan...macam suami saya!   ;)


kepada mereka yang masih ragu -ragu untuk berkahwin..kahwinlah..kerana ia membuka pintu rezeki, melengkapkan separuh dari iman anda, dan mendamaikan jiwa anda...tapi jangan jadikan diri anda punca kepada segala masalah...carilah insan yang dapat mencintai anda kerana kekurangan yang ada pada anda...kerana apabila dia melihat kelebihan yang ada pada anda..cinta dia pada anda akan menjadi bertambah dari hari ke hari....

bukan senang menempuh perkahwinan...tapi hadapi dengan penuh kesabaran dan senyumlah walaupun hati anda penuh calar yang bisa menghancurkan sekeping hati..

p/s : suami...cepatlah pulang..sayang rindukan abang! :'(


Friday, June 17, 2011

life after married~

Salam,

Hello beautiful & handsome!

kita tinggalkan siaran tentang entry nikah dan kahwin saya ya..previous entry saya ada cakap saya tengah galak nak cerita life after married ni kan?sekarang saya nak mulakan cerita..tapi..amaran..cerita ini panjang...and saya bukan nak scarykan anda tentang kehidupan berkahwin apatah lagi nak scarykan anda tentang perkahwinan...saya cuma nak share how life's being a wife to a husband...yang kita kenal luar dalam hanya selepas berkahwin...ya!it's true...how long your relationship between you and your partner is not a guarantee that you know him overall..it's not about.."I want to get marry because of love" marriage is not just about love...it's mix with joy, pain, stress, tired, busy, clumsy, sick, and the most scariest thing is...responsible!bukan lah bermakna kalau takut tanggungjawab tak boleh kahwin...but it is about..are you ready enough to face all the circumstances and all the challenging part in marriage life?

saya tak cakap kahwin ini menakutkan..tapi ianya adalah berkaitan dengan tanggungjawab...its not just simple as that...cakap nak kahwin boleh terus kahwin..kahwin sebab cinta..kahwin sebab takut terlanjur..kahwin sebab dah lama sangat bercinta..its not just that my dears...perkahwinan adalah satu perkara yang suci yang menyatukan dua hati..dua latar belakang yang berbeza...dua corak didikan yang berbeza..dua kehidupan yang jauh berbeza....kita makan sambal belacan dia makan western..kita makan western dia makan japanese food...kalau ikut tekak saya...semua tu saya bedal!hahaha...eh!betul...berkahwin ni bukan nya semudah macam ayat cliche orang lelaki "kalau aku tahu kahwin ni best...aku akil baligh dah ajak girlfriend aku kahwin" gila kentang!

especially kita yang perempuan...saya cerita berdasarkan pengalaman saya being his wife selama 28 hari..almost a month..banyak buka mata dan hati saya..bahawa perkahwinan itu mudah kalau kita tak terlalu mengambil berat soal remeh dan tak memandang remeh soal berat...faham tak?seperti CONTOH :

di satu pagi yang hening...2 minggu lepas sah menjadi suami isteri...husband kejutkan anda bangun solat subuh..anda pula demam...demam sebab jadi isteri ni memang penat!sumpah tak tipu!unless kau kahwin dengan lelaki yang kaya gila nak kentang boleh beli rumah banglo sepuluh bilik dan ada 10 orang maid!itu mungkin kau tak penat...penat layan suami je la kot! hahah..seriusly!being a wife memang tired!pada yang dah jadi isteri kepada seorang suami yang tak berapa nak kaya...dan tak punya 10 orang maid mesti tahu penat jadi seorang isteri ni macamana..sambung cerita tadi...then anda yang sedang lena diulit mimpi + dengan suhu badan macam nak pecah termometer kalau sukat...+ dengan air-cond yang sejuk macam peti ais..anda buat tak layan dengan panggilan subuh suami anda tu...kemudian husband anda letak tangan kat kepala anda..belai-belai anda..dan cakap elok-elok dengan anda "sayang..bangun solat subuh..dah pukul berapa ni...tak kesian kat abang ke?nak abang tanggung dosa ke?" dan anda yang mamai-mamai dalam hati marahkan suami sebab kejutkan anda yang sedang demam dan husband pula cakap ayat yang buat anda rasa bersalah...terus bangun dengan keadaan yang agak marah sebenarnya..dan tanpa sedar...anda berdecit...sambil bangun ambil air sembahyang dan tunaikan solat subuh..dalam hati rasa nak marah..tapi tahan..sebab dia suami..dan dia kejut kita solat..

lepas solat pula, anda sambung tidur..dan kemudian husband anda turun bawah nak buatkan sarapan..tapi sebab anda dan suami duduk rumah family anda..ayah anda dah pun belikan sarapan pagi itu...dan ayah anda yang tak tahu pun anda tak sihat dan telah sambung tidur tu minta husband kejutkan anda untuk bersarapan...husband anda selaku menantu baru yang sangatlah taat dengan bapa mertua dia ni naik kejutkan anda dan anda sekali lagi berdecit sebab dalam hati cakap "suami aku ni tak tahu ke aku demam dan tak larat macam nak mati dah ni?" sambil pegi basuh muka gosok gigi..turun bawah makan...lepas makan sambung tidur lagi...terlupa dah ada suami yang baru dikahwini dan minta dilayan di meja makan...

kemudian..anda terlupa..yang husband anda ni dah terasa hati dengan decitan anda pagi tadi..terus moodnya dibuai-buai angin sedih sampai la ke tengahari...bila tengahari pulak..anda dah rasa sihat sikit..bangun sebab tengahari dah janji nak balik rumah family suami...anda pun masuk bilik dan siap-siapkan baju untuk masuk dalam bag...bila dah kahwin...nak pergi mana - mana kita dah tak fikirkan diri kita saja...kita automatik akan fikirkan...suami aku nak pakai apa kejap lagi?baju apa nak bawak balik?mana dia letak deodorant?mana dia letak ubat gigi dan berus gigi..mana dia letak perfume? semua kita kena sediakan...dan kemudian..anda pun packing barang - barang..suami naik bilik dan baring - baring sambil belek - belek handphone anda tengok MAHARAJA LAWAK...anda dalam hati perhatikan perangai suami..terasa sedih...tak nak tolong pun kan?bila anda bercakap-cakap dengan suami..suami buat tak layan macam anda sedang cakap sorang-sorang...anda yang dalam keadaan tak berapa sihat terpaksa ulang ayat yang sama 3 4 kali sampai suami anda jawab..sakit hati bukan?tapi apa yang anda sebagai isteri boleh buat?diam saja lah...nak marah?mana boleh..dia suami..berdosa!ingat tu...

lepas tu..anda dah mula terasa..biasalah..kita perempuan memang sangat cepat terasa kan?tambah-tambah lagi bila tak sihat..lagi lah perlukan perhatian dan belaian dari suami kan?lagi sakit hati bila suami asyik cakap "eh..cepatlah..janji nak sampai sana sebelum solat jumaat?" kita yang nak packing barang ni lagi sakit hati..dalam hati "eh..tak boleh sabar ke?kalau awk tu nak tolong tak apa lah juga...ni asyik-asyik MAHARAJA LAWAK..kahwin lah dengan maharaja lawak tu! tapi semua tu bermain dalam hati...tak apa lah..dia suami! kita isteri dalam kepala fikir apa lagi nak masukkan dalam beg..apa lagi yang tertinggal..ok..toiletries n barang - barang make up tu lepas mandi baru masukkan...tiba - tiba suami yang nak cepat sangat tu dah tutup semua beg...tak sabar - sabar nak balik..kita pula tengah mandi..bila lepas mandi tengok semua bag dia dah tutup..shopping bag pula dah penuh dengan barang - barang yang dia main sumbat je...bag make up dia zip kan..dalam tu semua benda tunggang langgang...tengok-tengok atas meja solek..banyak lagi barang yang tak dimasukkan.especially toiletries and barang make up kita...apa lagi..lagi bertambah angin la anda kan?benda nak cepat..jadi berterabur semuanya...man is not a good cleaner okay!

dalam keadaan anda yang dari pagi memang dah spoil mood..ditambah pula suami nak cepat aja...terus lagi berangin satu badan..tanpa sedar...semua benda anda campak-campak sahaja dalam shopping bag...tanpa anda sedar..suami anda terasa dan terkejut dengan perbuatan anda yang main campak - campak barang...

dan..perjalan pulang ke rumah family suami anda berakhir dengan ketegangan akibat salah faham...dan juga linangan air mata seorang isteri yang sedih perasaannya tak diambil berat suami...tapi kita isteri ni tau tak yang perbuatan kita juga menyinggung suami kita?terus masing-masing berdiam diri sampai lah di rumah family suami..lepas tu...bila anda selesai solat...sedang berdoa..tiba - tiba air mata mengalir...rasa sedih tiba - tiba sebab baru kahwin dah gaduh - gaduh...dan tiba - tiba juga suami kesat air mata dan say "sorry sayang..abang salah..abang minta maaf" sambil kiss dahi anda dan pipi anda..terus segala rasa marah dan sebal tu hilang dengan perbuatan suami minta maaf dan kiss kita kan?

itu lah perkahwinan...ia bukan semata - mata untuk seronok!ia adalah tentang perkongsian dua hidup dan dua cara hidup yang berbeza didikan dan latarbelakang..kalau anda biasa bangun pagi sarapan semua mak ayah sediakan..tapi lepas kahwin anda yang bangun pagi sediakan sarapan untuk suami..kalau anda dah biasa gosok baju kerja sendiri..lepas kahwin...baju kerja suami juga kena gosokkan..kalau masa bujang..makan pagi dan tengahari dijadikan BRUNCH...lepas kahwin..perlu tanya suami..makan pagi pukul berapa dan tengahari pukul berapa...

kalau anda dah biasa duduk rumah goyang kaki..lepas kahwin...suami goyang kaki anda kena buat semua kerja...its not easy..pagi kerja..dalam perjalanan balik dalam kepala ni dah fikir..nak masak apa untuk perut suami...dah fikir malam nanti nak makan apa...sampai rumah..letak bag...peluk cium suami...tukar baju..dengan bedak dan blusher juga lipstick masih bertempek..bawa keluar barang - barang nak masak...pergi solat..bersihkan diri..turun masak..kemas dapur..kemas ruang tamu..kemas bilik sikit-sikit..masak...hidang...makan dengan suami...lepas tu kemas dapur lagi...basuh baju...sidai baju..lipat baju....

semua itu memerlukan satu pengorbanan kita sebagai isteri...ya!menjadi seorang isteri ni sangat penat!!sumpah!saya tak tipu!sebab tu lepas kahwin saya demam!hahahah

bayangkan..sebelum kahwin...baju seminggu sekali baru basuh...selagi tak penuh bakul laundry tu..selagi tu la tak basuh..selagi tak dengar mak membebel suruh basuh baju..selagi tu la tak basuh...tapi lepas kahwin...tengok baju berlonggok je dah rasa macam nak pitam..bayangkan dari seminggu sekali basuh baju...lepas kahwin terus jadi selang 2 hari basuh baju!gila! saya rasa macam nak menangis..tapi saya cepat - cepat sedar..saya punya tanggungjawab sekarang!penat atau tak..saya kena hadapi...anda juga kena hadapi..unless you ada maid!

tapi macam saya cakap...bila dah kahwin..kita jangan take serius benda-benda remeh...seperti suami suka bila buka baju n seluar tak gantung elok-elok..main letak macamtu je...dan jangan la pandang remeh perkara serius...seperti contoh...langsung tak mahu layan suami dengan alasan penat! oh no no no!nanti bila suami cari lain..masa tu baru nak mengamuk macam orang meroyan!jangan menjadikan diri kita punca pada masalah rumahtangga!

bila suami jenis buka baju dan seluar lepas tu tak sangkut elok-elok atau main campak-campak je..tak salah kalau kita ambil dan sangkut baju tu dengan penuh kasih sayang...dapat pahala..setiap perbuatan kita yang menyenangkan hati suami..Allah pandang dengan seribu rahmat...

marriage ni melibatkan banyak benda..bukan cinta semata - mata..dan juga bukan seks semata - mata...bila dah lalui  malam pertama yang menggerunkan itu baru anda tahu..best atau tak kahwin tu!dan bila anda bangun pagi tengok ada orang disebelah...baru anda tahu..best ke tak kahwin tu!perkahwinan ini adalah satu ikatan yang suci...yang halal..corak rumahtangga kita tu terletak pada kita...kalau kita sentiasa ceria dan happy..insyaALLAH...bila ada masalah datang pun..kita akan cari jalan penyelesaian...satu nasihat saya..masalah adalah untuk diselesaikan..bukan untuk kita fikir dan congak timbang - timbang...teliti..kaji dan selesaikan..

saya?lepas kahwin?alhamdulillah..masih hidup!hahah...kahwin ini seronok..kahwin ini juga memenatkan..kahwin ini indah sekiranya kita pandai mencorakkannya...

baru saya tahu entry ini panjang berjela...tapi saya betul - betul terasa ingin berkongsi dengan anda semua...bagaimana hidup lepas kahwin...

p/s : rindu bau ketiak suami saya!

Alhamdulillah...aku pelengkap tulang rusuknya~

Salam,

Hello peeps,

*Yawn* ok...belum tulis apa-apa dah mengantuk...eh!lamanya tak update blog..memang betul lah orang kata lepas kahwin memang malas sangat nak update blog..bukan malas actually..tapi sangat-sangat mengejar masa yang ada...*ok..tipu!* hehehhe...

ermm..apa nak cerita ya?oh ya..Alhamdulillah..saya telah selamat menjadi isteri kepada Mohd Yusri Bin Mat Yatim..seorang lelaki biasa yang saya pilih untuk menjadi pembimbing kehidupan saya hari ini hingga lah saat saya pejam mata....

chronology penyatuan dua hati menjadi satu :

21 May 2011 (Sabtu)

4.30 Pagi : Baru dapat tidur setelah meng-iron baju then-fiance now-husband dan juga baju resepsi dan nikah saya.

6.30 pagi : Bangun,mandi dan terus pakai bath robe..text kak amy ameera (MUA)..sharp pukul 8 AM kak amy sudah sampai depan rumah...

8.00 Pagi : Make - up

9.45 Pagi : Siap-siap mahu ke masjid...tengok muka yang dah dimake up dalam cermin macam tak percaya hari itu akan bertukar status menggalas tanggungjawab yang besar di bahu kiri dan kanan..

10.00 Pagi : Tiba di masjid...terus macam berdebar gila! sebab tak pernah rasa kahwin itu macamana...hahaha

10.15 pagi : duduk atas bantal nikah berkaki...terus feeling macam puteri..hahah...tiba - tiba nampak seorang lelaki berpakaian baju melayu off white sampin pink bersongkok berjalan masuk ke masjid diiringi rombongan lain..terus hati berkata "ya!dialah suamiku"

10.30 Pagi : Jurunikah sampai...masa ini saya macam cacing kepanasan..sebab pakai corset then duduk atas bantal nikah berkaki..rasa macam nak patah pinggang...sangat tak selesa...rasa macam nak duduk bersila ok!

10.35 Pagi : Jurunikah memulakan khutbah nikah...saya dah mula rasa sangat nervous...tapi berjaya di-cover dengan jayanya..dalam rasa nervous itu...terselit rasa nak cubit anak buah saya yang super tak tahu duduk diam!oh ya! Veil saya sepanjang 3 meter itu sangat lah merimaskan!

10.40 Pagi : Jurunikah berkata "ok..boleh kita mulakan akad nikah sekarang?" terus saya tunduk..sebenarnya..masa jurunikah tu baca khutbah..saya sudah rasa mahu nangis! sangat - sangat! tapi saya tahan..saya cakap dengan besties saya yang duduk di sebelah kiri saya.."korang..aku dah rasa sebak" serius..rasa itu tiba - tiba datang...nasib baik mereka cakap "chill la beb!" ok.nanti korang rasa la macam aku rasa..baru tahu nak chill atau nak lari balik rumah time tu juga!

10.45 pagi : Abah saya yang nikah kan saya...saya langsung tak pandang suami saya..harap-harap videographer saya dapat merakamkan detik indah itu..saya takut nak pandang..hahah...saya cume dengar suami saya ckp "Aku Terima Nikah Norhamizah Bt Md Radzi Dengan Mas Kahwinnya **** Tunai!!!!" dalam hati saya.."kenapa laju sangat?" sumpah sangat laju..macam Bullet Train Japan...hahaha...saya tak pandang pun suami saya...saya cuma pandang saksi..then bile saksi angguk je..terus semua orang tadah tangan baca doa..masa tu saya macam blur sangat..betul ke saya dah jd isteri beliau?then tiba-tiba ada satu rasa yang tak pernah saya rasa..yela..sebab tak pernah kahwin kan?heheh..rasa itu sangat indah dan sangat syahdu...terasa seribu keinsafan dalam diri..bahawa saya sudah tak boleh enjoy lagi!hahaha...eh!bukan...maksud saya..saya dah ada tanggungjawab yang lebih berat...memastikan orang yang saya cinta, saya sayang..hidup bahagia bersama saya...bila saya fikir kan itu..terus airmata saya bergenang dan akhirnya...ya!saya menangis!bukan menangis sebab sedih jadi isteri orang..sedih sebab gembira!dah boleh berhuha sampai subuh tak balik rumah...hahah..eh!bukan sebab tu..sebab memikirkan tanggungjawab yang saya pikul..dan memikirkan pengorbanan kami untuk sampai ketahap ini...kalo buat drama bersiri..boleh kalah  cerita NORA ELENA yang korang gilakan sangat si SETH TAN tu...hahaha

chronology selepas majlis nikah saya malas nak cerita..rasa macam panjang plk..yang pasti...saya telah menjadi isteri MOHD YUSRI BIN MAT YATIM dengan sekali lafaz Bullet Train Japan beliau itu!

gambar?ada...saya akan buat teaser sahaja la ya?beribu gambar upload dalam blog ni boleh jammed terus nanti!hehe...

mari tatap teaser majlis pernikahan saya :

 muka senyum gembira...sebab dapat pakai cantik - cantik dan dapat pegang bunga cantik itu..heheh....padahal dalam hati..berdebarnya Allah sahaja yang tahu....


 airmata kesedaran tentang tanggungjawab..tiba - tiba rasa sebak itu datang...tambah sebak bila pandang muka abah...uwaaaa!!!siap tersedu - sedu lagi....


 dannnn........jeng jeng jeng....suami saya...juga menangis pada ketika ini..sebab tu dia larikan muka cepat - cepat supaya paparazzi upahan saya tak dapat mengambil gambar airmata beliau...hahaha...oh abang!betapa sayang mencintai abang...

dannn...tadaaaaa!!dua orang si gila merah dan hitam!apa nak jadi ntah dengan budak dua orang ini...

alhamdulillah...selesai sudah tanggungjawab saya pada anda dengan mengupdate blog saya ini...walaupun tiada yang menanti cerita - cerita saya...tapi menjadi tanggungjawab saya untuk update blog ini...

saya nak cakap alhamdulillah sangat - sangat sebab wedding saya yang diorganizekan oleh saya..rancangan saya..aturcaranya saya...flow majlis dari sekecil-kecil benda sampai sebesar-besar perkara saya aturkan..alhamdulillah..jadi seperti yang saya harapkan..walaupun ada satu dua perkara yang jadi..tapi saya pejam mata saja..anggap lah ia perkara biasa...saya paling heart dengan baju resepsi kami dan juga...bunga tangan saya itu! saya belum terfikir untuk sewakan lagi...nanti bila saya dah terbuka hati nak sewakan..akan saya iklankan di blog ini!sekian...

terima kasih kerana sudi membaca...akan saya update review tentang majlis saya nanti ya!
p/s : tengah galak nak sharing cerita being a wife dengan anda semua!heheh


Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers