Friday, June 17, 2011

life after married~

Salam,

Hello beautiful & handsome!

kita tinggalkan siaran tentang entry nikah dan kahwin saya ya..previous entry saya ada cakap saya tengah galak nak cerita life after married ni kan?sekarang saya nak mulakan cerita..tapi..amaran..cerita ini panjang...and saya bukan nak scarykan anda tentang kehidupan berkahwin apatah lagi nak scarykan anda tentang perkahwinan...saya cuma nak share how life's being a wife to a husband...yang kita kenal luar dalam hanya selepas berkahwin...ya!it's true...how long your relationship between you and your partner is not a guarantee that you know him overall..it's not about.."I want to get marry because of love" marriage is not just about love...it's mix with joy, pain, stress, tired, busy, clumsy, sick, and the most scariest thing is...responsible!bukan lah bermakna kalau takut tanggungjawab tak boleh kahwin...but it is about..are you ready enough to face all the circumstances and all the challenging part in marriage life?

saya tak cakap kahwin ini menakutkan..tapi ianya adalah berkaitan dengan tanggungjawab...its not just simple as that...cakap nak kahwin boleh terus kahwin..kahwin sebab cinta..kahwin sebab takut terlanjur..kahwin sebab dah lama sangat bercinta..its not just that my dears...perkahwinan adalah satu perkara yang suci yang menyatukan dua hati..dua latar belakang yang berbeza...dua corak didikan yang berbeza..dua kehidupan yang jauh berbeza....kita makan sambal belacan dia makan western..kita makan western dia makan japanese food...kalau ikut tekak saya...semua tu saya bedal!hahaha...eh!betul...berkahwin ni bukan nya semudah macam ayat cliche orang lelaki "kalau aku tahu kahwin ni best...aku akil baligh dah ajak girlfriend aku kahwin" gila kentang!

especially kita yang perempuan...saya cerita berdasarkan pengalaman saya being his wife selama 28 hari..almost a month..banyak buka mata dan hati saya..bahawa perkahwinan itu mudah kalau kita tak terlalu mengambil berat soal remeh dan tak memandang remeh soal berat...faham tak?seperti CONTOH :

di satu pagi yang hening...2 minggu lepas sah menjadi suami isteri...husband kejutkan anda bangun solat subuh..anda pula demam...demam sebab jadi isteri ni memang penat!sumpah tak tipu!unless kau kahwin dengan lelaki yang kaya gila nak kentang boleh beli rumah banglo sepuluh bilik dan ada 10 orang maid!itu mungkin kau tak penat...penat layan suami je la kot! hahah..seriusly!being a wife memang tired!pada yang dah jadi isteri kepada seorang suami yang tak berapa nak kaya...dan tak punya 10 orang maid mesti tahu penat jadi seorang isteri ni macamana..sambung cerita tadi...then anda yang sedang lena diulit mimpi + dengan suhu badan macam nak pecah termometer kalau sukat...+ dengan air-cond yang sejuk macam peti ais..anda buat tak layan dengan panggilan subuh suami anda tu...kemudian husband anda letak tangan kat kepala anda..belai-belai anda..dan cakap elok-elok dengan anda "sayang..bangun solat subuh..dah pukul berapa ni...tak kesian kat abang ke?nak abang tanggung dosa ke?" dan anda yang mamai-mamai dalam hati marahkan suami sebab kejutkan anda yang sedang demam dan husband pula cakap ayat yang buat anda rasa bersalah...terus bangun dengan keadaan yang agak marah sebenarnya..dan tanpa sedar...anda berdecit...sambil bangun ambil air sembahyang dan tunaikan solat subuh..dalam hati rasa nak marah..tapi tahan..sebab dia suami..dan dia kejut kita solat..

lepas solat pula, anda sambung tidur..dan kemudian husband anda turun bawah nak buatkan sarapan..tapi sebab anda dan suami duduk rumah family anda..ayah anda dah pun belikan sarapan pagi itu...dan ayah anda yang tak tahu pun anda tak sihat dan telah sambung tidur tu minta husband kejutkan anda untuk bersarapan...husband anda selaku menantu baru yang sangatlah taat dengan bapa mertua dia ni naik kejutkan anda dan anda sekali lagi berdecit sebab dalam hati cakap "suami aku ni tak tahu ke aku demam dan tak larat macam nak mati dah ni?" sambil pegi basuh muka gosok gigi..turun bawah makan...lepas makan sambung tidur lagi...terlupa dah ada suami yang baru dikahwini dan minta dilayan di meja makan...

kemudian..anda terlupa..yang husband anda ni dah terasa hati dengan decitan anda pagi tadi..terus moodnya dibuai-buai angin sedih sampai la ke tengahari...bila tengahari pulak..anda dah rasa sihat sikit..bangun sebab tengahari dah janji nak balik rumah family suami...anda pun masuk bilik dan siap-siapkan baju untuk masuk dalam bag...bila dah kahwin...nak pergi mana - mana kita dah tak fikirkan diri kita saja...kita automatik akan fikirkan...suami aku nak pakai apa kejap lagi?baju apa nak bawak balik?mana dia letak deodorant?mana dia letak ubat gigi dan berus gigi..mana dia letak perfume? semua kita kena sediakan...dan kemudian..anda pun packing barang - barang..suami naik bilik dan baring - baring sambil belek - belek handphone anda tengok MAHARAJA LAWAK...anda dalam hati perhatikan perangai suami..terasa sedih...tak nak tolong pun kan?bila anda bercakap-cakap dengan suami..suami buat tak layan macam anda sedang cakap sorang-sorang...anda yang dalam keadaan tak berapa sihat terpaksa ulang ayat yang sama 3 4 kali sampai suami anda jawab..sakit hati bukan?tapi apa yang anda sebagai isteri boleh buat?diam saja lah...nak marah?mana boleh..dia suami..berdosa!ingat tu...

lepas tu..anda dah mula terasa..biasalah..kita perempuan memang sangat cepat terasa kan?tambah-tambah lagi bila tak sihat..lagi lah perlukan perhatian dan belaian dari suami kan?lagi sakit hati bila suami asyik cakap "eh..cepatlah..janji nak sampai sana sebelum solat jumaat?" kita yang nak packing barang ni lagi sakit hati..dalam hati "eh..tak boleh sabar ke?kalau awk tu nak tolong tak apa lah juga...ni asyik-asyik MAHARAJA LAWAK..kahwin lah dengan maharaja lawak tu! tapi semua tu bermain dalam hati...tak apa lah..dia suami! kita isteri dalam kepala fikir apa lagi nak masukkan dalam beg..apa lagi yang tertinggal..ok..toiletries n barang - barang make up tu lepas mandi baru masukkan...tiba - tiba suami yang nak cepat sangat tu dah tutup semua beg...tak sabar - sabar nak balik..kita pula tengah mandi..bila lepas mandi tengok semua bag dia dah tutup..shopping bag pula dah penuh dengan barang - barang yang dia main sumbat je...bag make up dia zip kan..dalam tu semua benda tunggang langgang...tengok-tengok atas meja solek..banyak lagi barang yang tak dimasukkan.especially toiletries and barang make up kita...apa lagi..lagi bertambah angin la anda kan?benda nak cepat..jadi berterabur semuanya...man is not a good cleaner okay!

dalam keadaan anda yang dari pagi memang dah spoil mood..ditambah pula suami nak cepat aja...terus lagi berangin satu badan..tanpa sedar...semua benda anda campak-campak sahaja dalam shopping bag...tanpa anda sedar..suami anda terasa dan terkejut dengan perbuatan anda yang main campak - campak barang...

dan..perjalan pulang ke rumah family suami anda berakhir dengan ketegangan akibat salah faham...dan juga linangan air mata seorang isteri yang sedih perasaannya tak diambil berat suami...tapi kita isteri ni tau tak yang perbuatan kita juga menyinggung suami kita?terus masing-masing berdiam diri sampai lah di rumah family suami..lepas tu...bila anda selesai solat...sedang berdoa..tiba - tiba air mata mengalir...rasa sedih tiba - tiba sebab baru kahwin dah gaduh - gaduh...dan tiba - tiba juga suami kesat air mata dan say "sorry sayang..abang salah..abang minta maaf" sambil kiss dahi anda dan pipi anda..terus segala rasa marah dan sebal tu hilang dengan perbuatan suami minta maaf dan kiss kita kan?

itu lah perkahwinan...ia bukan semata - mata untuk seronok!ia adalah tentang perkongsian dua hidup dan dua cara hidup yang berbeza didikan dan latarbelakang..kalau anda biasa bangun pagi sarapan semua mak ayah sediakan..tapi lepas kahwin anda yang bangun pagi sediakan sarapan untuk suami..kalau anda dah biasa gosok baju kerja sendiri..lepas kahwin...baju kerja suami juga kena gosokkan..kalau masa bujang..makan pagi dan tengahari dijadikan BRUNCH...lepas kahwin..perlu tanya suami..makan pagi pukul berapa dan tengahari pukul berapa...

kalau anda dah biasa duduk rumah goyang kaki..lepas kahwin...suami goyang kaki anda kena buat semua kerja...its not easy..pagi kerja..dalam perjalanan balik dalam kepala ni dah fikir..nak masak apa untuk perut suami...dah fikir malam nanti nak makan apa...sampai rumah..letak bag...peluk cium suami...tukar baju..dengan bedak dan blusher juga lipstick masih bertempek..bawa keluar barang - barang nak masak...pergi solat..bersihkan diri..turun masak..kemas dapur..kemas ruang tamu..kemas bilik sikit-sikit..masak...hidang...makan dengan suami...lepas tu kemas dapur lagi...basuh baju...sidai baju..lipat baju....

semua itu memerlukan satu pengorbanan kita sebagai isteri...ya!menjadi seorang isteri ni sangat penat!!sumpah!saya tak tipu!sebab tu lepas kahwin saya demam!hahahah

bayangkan..sebelum kahwin...baju seminggu sekali baru basuh...selagi tak penuh bakul laundry tu..selagi tu la tak basuh..selagi tak dengar mak membebel suruh basuh baju..selagi tu la tak basuh...tapi lepas kahwin...tengok baju berlonggok je dah rasa macam nak pitam..bayangkan dari seminggu sekali basuh baju...lepas kahwin terus jadi selang 2 hari basuh baju!gila! saya rasa macam nak menangis..tapi saya cepat - cepat sedar..saya punya tanggungjawab sekarang!penat atau tak..saya kena hadapi...anda juga kena hadapi..unless you ada maid!

tapi macam saya cakap...bila dah kahwin..kita jangan take serius benda-benda remeh...seperti suami suka bila buka baju n seluar tak gantung elok-elok..main letak macamtu je...dan jangan la pandang remeh perkara serius...seperti contoh...langsung tak mahu layan suami dengan alasan penat! oh no no no!nanti bila suami cari lain..masa tu baru nak mengamuk macam orang meroyan!jangan menjadikan diri kita punca pada masalah rumahtangga!

bila suami jenis buka baju dan seluar lepas tu tak sangkut elok-elok atau main campak-campak je..tak salah kalau kita ambil dan sangkut baju tu dengan penuh kasih sayang...dapat pahala..setiap perbuatan kita yang menyenangkan hati suami..Allah pandang dengan seribu rahmat...

marriage ni melibatkan banyak benda..bukan cinta semata - mata..dan juga bukan seks semata - mata...bila dah lalui  malam pertama yang menggerunkan itu baru anda tahu..best atau tak kahwin tu!dan bila anda bangun pagi tengok ada orang disebelah...baru anda tahu..best ke tak kahwin tu!perkahwinan ini adalah satu ikatan yang suci...yang halal..corak rumahtangga kita tu terletak pada kita...kalau kita sentiasa ceria dan happy..insyaALLAH...bila ada masalah datang pun..kita akan cari jalan penyelesaian...satu nasihat saya..masalah adalah untuk diselesaikan..bukan untuk kita fikir dan congak timbang - timbang...teliti..kaji dan selesaikan..

saya?lepas kahwin?alhamdulillah..masih hidup!hahah...kahwin ini seronok..kahwin ini juga memenatkan..kahwin ini indah sekiranya kita pandai mencorakkannya...

baru saya tahu entry ini panjang berjela...tapi saya betul - betul terasa ingin berkongsi dengan anda semua...bagaimana hidup lepas kahwin...

p/s : rindu bau ketiak suami saya!

3 gorgeous yang sedang berbicara!:

Nadya. said...

bestnye bace kak. citer la lagi. ye lah, kite dalam perjalanan ke arah tu kan. nak jugak tau pengalaman orang lain. hehehe ;p

Puan Awin said...

tahniah...semoga menjadi seorang isteri yg solehah...

~myza~ said...

nad : heheh...thanks dik..sudi baca...akak ade post entry baru... :) experiences is the best teacher!

cik awin : thanks...aminnn..insyaAllah..

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers