Wednesday, June 29, 2011

Bukan mudah menjadi Isteri, Menantu dan Anak

Salam,

Hey gorgeous!

Ini bukan entry tentang saya pregnant atau tidak!entry itu akan diupdate apabila tiba masa yang sesuai...meninggalkan anda dengan persoalan dan jawapan anda sendiri...hahaha

selama 1 bulan lebih menjadi isteri abang....saya dapati..bukan mudah menjadi seorang isteri, menantu dan juga anak....kita tersepit diantara ketiga - tiga ini..dimana...mentaati suami itu wajib, menghormati mertua dan melayan mertua sama seperti ibu bapa kita sendiri kerana mertua sudah jatuh sama tarafnya dengan ibu bapa...dan sebagai anak...menjaga hati kedua ibu bapa kandung kita agar mereka tidak rasa kehilangan kita....pada saya..memang bukan mudah..ianya adalah satu cabaran buat kita sebagai isteri..


SEBAGAI ISTERI :

sebagai isteri...kita sedia maklum...mentaati suami itu wajib..seperti yang pernah saya katakan...suami itu wajib ditaati walau siapa pun dia...tidak kira dia tukang sapu sampah sekali pun, selagimana dia mentaati Allah dan tidak melakukan kejahatan...selagi itulah..kita wajib mentaati dia....walaupun kita ini ahli perniagaan yang berjaya ataupun wanita yang di short listed kan 'Miss World' ataupun kita ini seorang pegawai kerajaan...ataupun kita ini seorang CEO syarikat swasta...ataupun kita ini anak orang kaya...siapapun kita...hukum ALLAH telah menetapkan...SUAMI ITU WAJIB DITAATI! jadi apa jadahnya kita yang sebagai isteri yang punya pangkat dan harta ini sudah lupa hukum ALLAH itu dan sewenang - wenangnya menderhaka kepada suami dan tinggikan suara ketika bercakap dengan suami?apakah jawatan yang kita pegang itu menentukan syurga neraka kita?apakah harta yang bergunung - gunung itu menentukan syurga neraka kita?tidak...tapi perlu diingat...ketika BELUM BERKAHWIN..SYURGA ITU DITAPAK KAKI IBU...tetapi...selepas BERKAHWIN...SYURGA ITU DI BAWAH TAPAK KAKI SUAMI...please...jangan jadikan zaman moden ini sebagai alasan untuk kita tidak mentaati suami...


SEBAGAI MENANTU :

Berkahwin ini bukan sekadar berkahwin dengan anak teruna mereka...tetapi dengan seluruh ahli keluarga baru kita....ibu bapa mertua, ipar, biras..semua sekali...bukannya apabila sudah dapat anak nya..kita terus cipta jurang antara keluarga mertua kita...yang paling menyedihkan..cuba memisahkan suami dengan keluarga nya...itu salah sama sekali....apabila seorang perempuan sudah berkahwin...suami itu adalah keutamaan yang pertama..kedua baru ibu - bapa....tapi lelaki..samada mereka masih bujang atau sudah berkahwin...ibu dan bapa tetap keutamaan dan isteri nombor 2....itu adalah hakikat yang kita sebagai isteri kena terima....wajib terima!tapi kita terlupa.....kita rasa..apabila kita sudah berkahwin..suami adalah hak milik mutlak kita...yang mana...suami perlu beri perhatian dan keutamaan 100% pada kita...sedangkan...lelaki apabila sudah berkahwin..masih wajib menjaga orang tua nya...menghormati orang tua mereka....dan juga memberi bantuan samada dari segi kewangan atau tenaga pada kedua orang tua nya....tidak lupa juga dalam masa yang sama...tanggungjawab suami sudah bertambah terhadap keluarga yang baru dibina bersama kita...yang mana nafkah zahir dan batin itu wajib...berat bukan tanggungjawab seorang suami??isteri harus membantu setakat yang kita mampu...ini tidak..lepas berkahwin...kita isteri asyik ajak suami pulang rumah keluarga kita...kita langsung tidak fikir..apa perasaan mertua kita...entah - entah mereka rindukan anak lelaki mereka yang mereka besarkan dengan susah payah mereka?

saya sendiri lepas berkahwin...abah saya selalu pesan...suami wajib isteri taati dan suami wajib menghormati orang tua mereka....tanggungjawab mereka masih tidak berubah...kita sebagai isteri..jangan sesekali mencipta jurang antara mereka....syurga seorang isteri di tapak kaki suami..tapi syurga seorang suami masih dan TETAP di tapak kaki ibunya....kejam kan kita kalau tidak memberi peluang pada suami untuk berbakti pada orang tua mereka?

sebagai menantu didalam keluarga yang baru kita nikahi...saya ingin kongsi tips bersama - sama anda yang bakal bergelar isteri...

  1. Apabila sudah menjadi menantu...saya yakin...kita akan berasa kekok dengan adik beradiknya..ibu bapa mertua kita...tapi suami saya selalu pesan...dari kami belum kahwin..sampai sudah kahwin...suami selalu pesan pada saya "layan lah mama dan abah abang macam mama dan abah sayang sendiri...senangkan hati mama dan abah abang...diorang dah tua...kalau diorang tak suka..diorang takkan cakap..tapi dalam hati kita tak tahu..." itu yang saya pegang sampai sekarang....dan saya sendiri masih cuba menyesuaikan diri dalam keluarga baru saya...alhamdulillah..suami banyak membantu...dan ipar - ipar saya sangat - sangat menyenangkan saya...baik kakak suami, abang - abang dan adik - adik suami saya...sampaikan saya rasa...sangat seronok bersama mereka...
  2. baru berkahwin..saya duduk dalam bilik..suami tegur..."kenapa asyik duduk bilik?keluar lah lepak - lepak sembang - sembang dengan diorang kat luar...nanti diorang kata sayang sombong..abang tak nak macam itu..abang tak nak orang kata isteri abang malas"  suami yang baik...akan menjaga isteri nya dari diumpat orang sekeliling...dan saya rasa..suami saya menjalankan tanggungjawabnya dengan baik...saya pasti...kita berasa segan...tak tahu mahu sembang apa...jadi terperap dalam bilik....jadi..inisiatif yang saya ambil...duduk bersama - sama keluarga baru saya..dan dengar mereka bersembang...andai ada yang boleh saya lontarkan suara...saya cakap...selebihnya..saya lebih suka menjadi pendengar dan pemerhati... :)
  3. perkara paling sukar apabila baru menjadi isteri dan duduk di rumah mertua...ialah..memasak...bukan sebab kita tak tahu masak..tapi kita tak tahu nak masak apa dan mana segala kelengkapan yang diperlukan untuk memasak...di mana garam, gula, serbuk kunyit, kuali, sudip dan sebagainya...jadi..pada ketika ini..suami kena main peranan...saya tanya pada suami ketika mahu masak di rumah beliau "abang..bagitahu sayang..mana gula, garam dan lain - lain..lepas itu baru abang boleh duduk depan" mudah bukan?yang penting..jangan malu bertanya....sesat jalan nanti!
  4. jangan cuba untuk tunjuk jawatan anda di pejabat apabila berada dirumah mertua...andai di pejabat anda pegawai..di rumah suami..anda tetap menantu tidak bergaji!ingat itu!buat apa yang anda rasa anda boleh tolong ibu bapa mertua anda...kalau beli makan...beli makan untuk isi rumah suami...bukan isi perut sendiri....ingat...orang tua sangat dalam pemerhatian mereka ke atas kita....mereka bukan mahukan duit ringgit kita..tapi penghormatan dan kasih sayang kita pada mereka...jangan kedekut...kita sudah berkahwin dengan anak mereka...kita tidak rugi apa - apa pun...
  5. kita harus tahu apa yang mereka suka dan apa yang mereka tidak suka...macamana nak tahu?tanya pada suami...dari situ sedikit sebanyak kita boleh belajar latarbelakang family mertua kita....
sedikit sebanyak tips dapat saya kongsikan dengan anda yang bakal jadi isteri...dan juga menantu...juga ipar..minta suami bantu anda...dalam waktu - waktu begini...suami lah pemberi sokongan dan semangat yang terbaik untuk anda....kalau sekiranya anda duduk sekali...gilir - gilir lah pulang ke rumah keluarga masing - masing..jangan asyik ajak suami balik rumah anda sahaja...walaupun suami tak kisah...tapi kita kena jadi isteri yang prihatin..bahawa suami juga ada mak ayah yang bukan orang lain pada kita..ibu bapa mertua kita juga...suami tentu gembira bila anda ajak suami pulang rumah ibu bapa mereka....dan kalau pun suami tak suka balik rumah ibu bapa mereka..pujuk suami dan ingatkan suami dengan baik..bahawa syurga suami tetap di TAPAK kaki IBU...kita isteri dapat pahala!kena ingat...ibu bapa mertua kita sudah jadi seperti ibu bapa kandung kita...dimana..sekiranya bercerai hidup atau mati sekalipun...air sembahyang kita tidak batal dengan ibu bapa mertua kita...

SEBAGAI ANAK :

Ini adalah part paling sukar pada saya....dimana...sebagai isteri...suami sudah jadi nombor satu....saya sudah rasa...mari saya ceritakan situasi saya...ianya berlaku pada hari sabtu dua minggu lepas...dimana suami saya pulang ke rumah kami...bawa bersama ibu bapa mertua saya dan juga 2 orang adik ipar saya...saya gembira...kebetulan pada malam itu saya ikut suami dan adik ipar ke majlis makan malam di PGRM...ibu bapa mertua saya mahu ziarah nenek suami saya yang sakit di rumah mak su suami saya di gombak...esoknya...suami dan adik ipar saya juga abah saya mahu ke Klang...ambil meja makan dan bawa pulang ke rumah kami...jadi saya pulang sebentar ke rumah keluarga saya memandangkan rumah kami suami isteri dan rumah keluarga saya tidak jauh....sementara tunggu suami dan abah saya sampai rumah kami..suami pesan suruh tinggal di rumah keluarga saya...mama tiada ketika itu...ada urusan kerja...lebih kurang jam 2 petang...mama pulang ke rumah dan ajak saya ke Carrefour untuk beli barang  - barang langsir...langsung ke Carrefour...saya telefon suami...beliau kata mereka sudah sampai hampir sampai di rumah kami...saya teringat..suami suka minum Ice Blended yang ada pearl itu, jadi saya belikan untuk suami dan adik ipar saya perisa coklat, dan untuk saya perisa strawberry...saya tidak beli untuk mama dan abah...sebab mama batuk teruk, abah pula memang tidak minum manis, kebetulan abah juga batuk...pada saya...abah dan mama boleh berkongsi dengan saya....

lepas itu, dalam kereta...mama tanya saya :

Mama : awak beli berapa?

Saya : tiga...

Mama : untuk siapa?

Saya : Yus dengan adik dia...

Mama : untuk abah awak tak beli ke?

Saya : Abah kan batuk, lagipun abah bukan minum manis sangat

Mama : Sekurang - kurangnya awak beli la untuk abah...nanti apa pulak kata abah..kecik hati dia nanti..

saya ketika itu, Ah sudah!macamana ni?sambil drive ke rumah kami, saya berfikir...harap - harap mama dan abah tak terasa...saya bukan tak mahu belikan untuk mereka...tapi mama memang tengah batuk teruk..dan abah pun batuk...abah memang tak minum manis-manis...

sesampainya saya dan mama di rumah kami...saya terus bagi suami saya satu cup...dan saya beri pada abah saya punya ice blended....lepas itu kebetulan suami dah minum sikit...saya ambil suami punya dan beri pada abah untuk rasa....saya cuba untuk bersikap adil dalam masa yang sama...saya tidak mahu mereka terasa...lepas itu abah kata "dah..abah tak boleh minum banyak-banyak...batuk..manis sangat" lega hati saya....mama pun saya buat macam itu..

see..bukan mudah untuk kita bersikap adil dan samarata dalam melayan suami, mertua dan ibu bapa sendiri..tapi kita harus buat begitu agar kita tidak menimbulkan rasa sedih di hati mereka...kita memang kena berkorban perasaan...apabila sudah berkahwin..perasaan kita bukan lagi keutamaan....tapi perasaan suami, mertua dan ibu bapa kita itu yang menjadi keutamaan kita...


semoga anda bakal - bakal isteri...mendapat sedikit iktibar dari kisah saya....bukan mudah..tapi perkara itu kita boleh belajar perlahan - lahan.... :)



1 gorgeous yang sedang berbicara!:

nizarina said...

aar..bukan sng nk jadi isteri, menantu dan anak..hehe

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers