salam,
hey gorgeous!
Hari ini adalah hari Isnin! monday blues! macam biasa..berada di tempat kerja untuk tempoh selama 8 jam...hari Isnin juga adalah hari yang paling saya tidak nantikan...sebab akan berpisah jarak dengan suami lagi untuk tempoh 4 hari...Jumaat adalah hari yang paling saya nantikan...sebab dapat bersama suami!
Tengok tajuk pun sudah tahu apa yang saya ingin ceritakan dalam entry kali ini kan?How Marriage Transform My Life atau dalam erti kata lain..bagaimana perkahwinan itu mengubah kehidupan saya...mungkin pada sesetengah orang...perkahwinan yang masih baru itu memang indah - indah dan elok belaka..tapi tidak pada saya...saya menikmati kehidupan saya lepas berkahwin dengan cara yang berbeza...saya rasa kehidupan saya lepas berkahwin lebih teratur..lebih sistematik..lebih logik..lebih tenang..apa yang saya rasa tentang diri saya sebelum dan selepas berkahwin juga berbeza..
Pada saya..selagi mana kita mampu untuk membuat diri kita berasa bahagia dan gembira..selagi itu kita akan cuba memperbaiki kehidupan kita..baik dari segi kekeluargaan..baik dari segi perhubungan..baik dari segi kerja..segala - galanya lah...seperti yang saya pernah katakan sebelum ini...kita adalah apa yang kita fikirkan..kalau kita fikir nak gembira tanpa batasan...tanpa memikirkan masa depan..diri kita akan lakukan perkara yang sebegitu..seperti contoh...apabila kita telah tanam dalam diri bahawa kita yakin dengan keputusan kita untuk mendirikan rumahtangga...kita akan fikir..kehidupan selepas itu...sedikit sebanyak...beberapa persediaan dari segi mental dan fizikal juga kita akan lakukan..
Memang kadang - kadang keadaan sekeliling memberi banyak tekanan dan pengaruh dalam kehidupan seharian kita..malah kadang - kadang boleh merubah keputusan kita sekelip mata...oleh sebab itu, hati perlu cekal dan tabah...jangan terlalu senang untuk mengiyakan kata - kata orang tanpa kita nilai dan timbang terlebih dahulu akibat yang akan kita tanggung kelak...sebab itu saya katakan...perkahwinan bukan seronok semata..anda perlu bersedia dari setiap sudut...yang paling anda perlu bersedia...ialah..bagaimana mengawal hati dan fikiran anda supaya tidak berfikiran yang negatif...dan juga anda perlu bersedia untuk cedera dari segi emosi!
jujur saya katakan..sepanjang 1 bulan 6 hari menjadi isteri kepada suami saya...kehidupan saya jauh berbeza dari ketika saya bujang dahulu...antaranya ialah :
KETIKA BUJANG :
1. Selalu bangun lewat...paling lewat jam 10.30 a.m - 11.00 a.m...walaupun abah telah kejutkan saya solat
subuh..tapi lepas solat..saya akan sambung tidur....
2. Jarang sarapan pagi dan buat sarapan pagi...(bergantung pada mood nak buat sarapan) biasanya mama
abah akan makan terlebih dahulu dan saya seperti biasa akan terus BRUNCH (Breakfast + Lunch)
3. Tengahari jarang masak...just tolong - tolong mama saja..
4. Basuh baju seminggu sekali..kadang - kadang tunggu bakul penuh baru basuh...hahaha
5. Selalu terlupa untuk sidai kain selepas basuh...pernah terlupa sehari suntuk...sampai kena marah baru
sidai
6. Bilik jarang berkemas...mama selalu cakap "bilik macam bilik lelaki"
7. Mandi kadang - kadang lewat...mandi pagi saya biasanya jam 12.00 tengahari... PAGI KAN???
Malam pula jam 9.00 malam baru mandi...
8. Tidur seawal jam 9 malam itu sentiasa...kalau terjaga..peluk bantal terus tidur balik...
9. Saya tidak kisah rumah itu macamana sekali pun...life saya hanya keluar kerja seawal pagi dan pulang
petang...sampai rumah hampir Maghrib..
10. Masa bujang..bercinta dengan boyfriend yang kini suami saya...malam - malam jam 10 malam ke 12
tengahmalam itu lah peruntukkan masa saya dan dia untuk bergayut di telefon...nasib baik kami call dan
message free..lepas bergayut terus tidur..sampai esok pagi dan hari - hari kami akan macam itu...
11. Masa bercinta...keluar dengan boyfriend yang kini suami saya mesti keluar pagi - pagi jam 10 pagi atau
11 pagi..balik sebelum jam 10 malam....kami akan cuba habiskan masa bersama dengan pergi main ice
skating, movie, jalan - jalan...makan - makan..sembang di kedai makan...
12. Masa bercinta...saya tidak pernah benarkan boyfriend yang kini suami saya ambil saya dirumah dan
hantar saya dirumah...saya tidak mahu mama dan abah rasa kurang senang...jadi kami mengambil
keputusan untuk jumpa di luar....
13. Masa bujang, nak buat apa, pergi mana, minta izin mama dan abah..
14. Masa bujang..selalu rasa bosan..tidak tahu mahu buat apa...asyik melepak dalam bilik...online sampai
lebam..
15. Duit yang ada boleh digunakan suka hati tanpa perlu susah hati memikirkan barang - barang
kelengkapan rumah..barang dapur atau apa sahaja yang orang kahwin sudah kena fikirkan...
16. Masa bujang, kalau bergaduh dengan boyfriend/tunang yang kini jadi suami saya, mesti saya yang
menang dan buat muka happy bila dapat message sorry from him...
17. Masa bujang, handphone sentiasa disisi..kalau tertinggal handphone..umpama tertinggal kapal terbang...
18. Masa bujang...saya selalu murung...selalu rasa down...selalu rasa macam...ada yang tak lengkap
kehidupan saya..saya rasa...bosan dengan kehidupan being a single girl without any commitment!!
cukup lah saya senaraikan 18 kebiasaan saya ketika bujang..apabila anda baca kebiasaan saya ketika bujang..mesti anda rasa saya belum layak untuk menjadi seorang isteri..see..saya bukanlah seorang perempuan yang terlampau perempuan..saya bukanlah seorang perempuan yang sudah perfect dari segala segi..saya bukan perempuan yang masak memang cekap...atau rajin ke dapur..atau segala resepi dalam kepala...jujur saya katakan...saya minat memasak..dan boleh memasak...tapi saya bukan chef! itu saja...bila abah marah kami adik beradik tidak mahu menolong mama memasak didapur..mama akan kata "biarlah diorang...saya dulu pun kahwin tak tahu memasak..tapi lepas kahwin...tahu juga memasak...perkara itu akan datang secara automatik bila kita tahu kita sudah punya tanggungjawab"
jadi saya pegang kata - kata mama...bukanlah saya langsung tidak masuk ke dapur..atau langsung tidak kenal jenis - jenis sayuran atau ikan..masih boleh juga memilih barang - barang dapur ketika roh rajin masak masuk dalam diri saya...cuma...saya jarang masak...itu sahaja..setakat kek coklat, masak - masak sup sayur, goreng-goreng..itu saya sudah mahir...cuma lepas saya punya boyfriend yang kini suami saya..saya merasa saya perlu belajar semua itu...sebab hati saya berdetik..dia suami saya! lepas itu...saya yang mengambil alih tugas mama memasak dirumah...
SELEPAS BERKAHWIN :
1. Tak boleh bangun lewat...sebab suami tidur disebelah..Subuh-subuh dia akan kejut saya..selagi saya
tidak buka mata..selagi itu dia akan kata "sayang..bangun...subuh..bangun lah..bangun, mandi, solat..."
walaupun dia kejut saya..tapi mata dia juga masih pejam rapat...dan bila saya bangun..beliau masih tidur
T - T
selagi saya tidak menyahut selagi itu saya akan dengar suara suami..."tak kesian dekat abang ya?ye lah..
tak apa lah..sayang tidur lah...tak apa..abang tanggung dosa sayang" terus saya akan bangun...(anda
akan rasa begini sekiranya anda sedar tanggungjawab seorang suami itu sangat berat!)
2. Selepas berkahwin..saya masih jarang buat sarapan pagi..sebab suami akan keluar pergi beli sarapan..
saya buatkan air..kadang - kadang...lepas solat..suami akan terus buatkan air dan keluar beli sarapan...
(lepas kahwin..keadaan kesihatan saya kurang memuaskan...suami sangat memahami..terima kasih
suami!) tapi walaupun masih jarang buat sarapan pagi..tapi saya kini selalu sarapan pagi...walaupun hari
cuti!bukan sarapan pukul 10 pagi atau BRUNCH lagi..tapi pukul 8.00 pagi saya sudah kena sarapan!
harus diingat..suami juga perlu dilayan ketika di meja makan!
3. Belum tengahari sudah tanya suami...mahu makan apa!(gila lah!rasa macam rajin gila!) kadang - kadang
belum tengahari suami sudah request mahu makan apa...dan juga seawal jam 9.00 pagi sudah keluar
ke pasar bersama suami untuk beli barang memasak!
4. Basuh baju yang dulu seminggu sekali atau tunggu sehingga bakul penuh..selepas berkahwin..sudah jadi
2 hari sekali..selepas kahwin..tengok baju berlonggok tidak basuh sudah rasa mahu pitam!
5. Baju yang dulu lepas basuh lupa sidai...sekarang lepas kahwin..sanggup tunggu depan mesin basuh!
Habis basuh terus sidai! (abah kata "Anak aku dah berubah rupanya" @ -@!)
6. Bilik sudah nampak kemas sedikit berbanding dahulu!nampak macam bilik perempuan sudah kahwin!
HAHAHAH
7. Part mandi ini yang saya suka!kalau dulu ketika bujang...mandi kadang - kadang dua kali sehari..tapi
kini...boleh jadi sehingga 5 kali mandi..dahulu ketika bujang..mandi pagi adalah jam 12
tengahari...sekarang mandi pagi sudah betul - betul pagi...jam 6.30 pagi!(pada hari cuti..hari kerja
memang kena mandi pagi!)dahulu syampoo dan sabun boleh tahan sebulan lebih..sekarang?
T-T
8. Tidur seawal jam 11 - 12 tengahmalam...kadang - kadang terjaga..peluk suami..langsung tak boleh
tidur!HAHAH
9. Sudah tahu kisah rupa rumah macam sarang tikus!balik kerja akan kemas rumah!balik seawal mungkin
sebab suami tunggu dirumah..kalau boleh nak buat flyover dari rumah terus ke pejabat yang mana saya
saja boleh lalu jalan itu!
10. Lepas kahwin..kalau suami ada...malam - malam tiada lagi aktiviti bergayut dalam telefon berjam - jam..
yang ada cuma aktiviti bersama suami!semua suami! :)
11. Kini keluar rumah awal pagi dan balik rumah pagi esoknya pun tiada siapa yang marah..tak balik rumah
berhari - hari pun mama dan abah tak call tanya saya berada dimana dan bersama siapa!hahahah..
Heaven!rasa sangat bebas!dan kebebasan yang dahulunya ada limit kini rasa manis bila bebas keluar
bersama suami!terasa manis sekali! patut lah abah selalu cakap dulu..kalau nak rasa manis kebebasan
itu, letak limit ketika bujang!ya..saya akui..manis sekali!
12. Lepas kahwin..suami lah orang yang bebas keluar masuk rumah itu...naik turun bilik...keluar masuk
dapur...kalau dahulu...ketika bertunang..ketika datang rumah..had beliau cuma di ruang tamu...sekarang
dialah orang yang bebas keluar masuk rumah itu.
13. Lepas kahwin...nak keluar pergi mana, buat apa, bersama siapa, wajib minta izin suami!tapi seronok..
bila dengar suami jawab "pergilah..abang izinkan..tapi sayang jaga diri baik - baik..jangan nakal - nakal
okay!abang sayangkan sayang!" wahahaha!!
14. Lepas kahwin..kalau rasa bosan..sudah tahu mahu buat apa bersama suami..kalau bosan..suami ada..
kadang - kadang kalau kami bosan..kami main geletek - geletek sampai suami batuk-batuk dan saya
gelak - gelak macam orang gila sampai suami kena cakap "syhhhh...nanti orang sebelah kata sayang
dera abang!" heheh...(suami..pulang cepat..sayang rindu abang!")
15. Lepas kahwin..dapat gaji..dalam kepala sudah fikir...apa nak buat dengan duit...apa kelengkapan rumah
yang belum cukup?barang - barang dapur?kita akan rasa lebih dewasa!
16. Lepas kahwin..kalau gaduh dengan suami..terus rasa bersalah..lekas - lekas capai tangan suami...
"abang..sayang minta maaf" dan suami akan pegang kepala cakap "it's ok sayang..abang maafkan" terus
kiss dahi...rasa syahdu..benda kecil pun boleh buat menitis air mata! padan muka saya!
suami pula..kalau merajuk..pergi dekat dinding duduk situ macam budak - budak merajuk tak dapat
mainan!comel!
17. Lepas kahwin..handphone menjadi barang yang saya campak - campak...
18. Lepas kahwin...terus rasa happy..bila down..ada suami untuk kita hamburkan segala resah gelisah...
dada suami lah penenang yang paling mujarab!sudah rasa punya commitment...sudah rasa happy
dengan kehidupan yang hampir sempurna ini!
see...lepas kahwin..banyak benda positif yang ada dalam diri kita yang sebelum ini kita tidak nampak...lepas kahwin terus kita nampak..dimana potensi kita...selagi mana selepas berkahwin kita rasa kita punya tanggungjawab..kita punya commitment..selagi itu ia tidak menjadi masalah pada kita...penat macamana pun...bila suami request spagetti tatkala anda sedang baring - baring didadanya pun anda sanggup bangun dan pergi ke dapur untuk sediakan makanan..walaupun suami makan jam 10 malam!
yang penting ialah...kita harus sedar..bila kita jadi isteri...kita punya tanggungjawab..begitu juga suami..punya tanggungjawab..malah lebih berat!menyediakan segala-galanya..keperluan rumah...nafkah zahir...nafkah batin...menjaga isteri...dan sebagainya!tapi kita sebagai isteri..jangan meletakkan segala -galanya dibahu suami...cukuplah mereka akan menjadi penanggung dosa kita yang kita tidak sedari...yang mana kita boleh bantu mereka..kita bantu...jangan terlampau strict sampaikan "eh!engkau suami..engkaulah yang patut buat semua ini!" kena ada toleransi...
bukan mudah untuk mengharungi kehidupan rumahtangga yang kita belum tahu cabaran dan dugaan apakah yang bakal menimpa kemudian hari...tapi sekiranya kita punya pegangan agama dan kesedaran tentang tanggungjawab...insyaAllah..kita boleh menghadapi ujian dari Allah...rumahtangga yang diuji itu mungkin berpunca dari kesilapan kita...suami jadi kaki perempuan mungkin sebab kita...isteri curang mungkin sebab kita...suami suka berbohong...perlu kita cari jalan untuk nasihatkannya...yang penting..jangan putus berdoa pada Allah...DIA adalah pendamping yang paling dekat dengan kita!
Alhamdulillah...saya banyak belajar dari suami...tapi saya paling tak suka ayat suami "jangan layan sangat!" hahaha!
p/s : Gembirakan lah hati suami kerana cinta mereka pada kita bisa punah apabila hati mereka sudah kosong!cintailah suami kerana dia adalah suami!bukan kerana dia adalah lelaki..kerana dengan itu kita lebih sedar akan tanggungjawab dan kerana dengan itu...kita lebih ikhlas dalam melakukan segala perkara untuknya!
- Rasulullah S.A.W pernah bersabda "seandainya aku boleh memerintahkan seseorang untuk sujud dikaki mu..akan aku perintahkan seorang isteri untuk sujud dikaki suaminya" (betulkan saya andai saya salah)
sekian-
2 gorgeous yang sedang berbicara!:
Heaven... Itu yg ble gmbrkan life after married... Hdup seorg isteri akan jd semakin tenang & btmbh happy biler kiter sbgai isteri boleh menyediakan sgala keperluan suami... & kiter akan terasa nikmatnya biler kiter mlihat suami gmbira dgn apa yg isteri sediakan... Yg penting ikhlas... Biler kiter ikhlas dlm mnyediakan kperluan suami so scara automatik kiter akan dpt habuannya... ^__^V.. Peace...
Post a Comment