Monday, June 20, 2011

Life After Married Part 2~

Salam,

Hey darls!!

Baru berkesempatan untuk update blog..boss saya telah berangkat ke Pahang untuk Majlis Perasmian..beliau akan berada disana sampai hari Khamis atau Jumaat...dan saya adalah manusia yang paling heaven bila beliau tiada di pejabat!yess!!jadi masa yang ada inilah yang saya gunakan untuk bersosial di laman - laman sosial seperti Facebook dan juga Blog...heheh..

Suami saya dah balik ke kampung halaman beliau malam semalam..macam biasa...drama sedih akan mula bila beliau cakap "sayang..malam ni abang balik pukul 10 malam ye?" terus saya tutup telinga laju - laju..oh ya! kami PJJ buat seketika sampai lepas raya..insyaAllah lepas raya suami saya akan move out to Kuala Lumpur..stay and build a very - very new life with me..build a family..anak - anak yang ramai..insyaAllah...sekiranya diizinkan Allah..saya tak sabar menanti saat suami pindah ke sini..ingin sangat merasa hidup bersama beliau sepenuh masa...bangun pagi beliau ada di sebelah...balik kerja beliau ada dirumah...malam dapat bersembang - sembang dengan beliau...indah kan?ya..indah...kehidupan yang hampir sempurna...

ingat lagi kan tentang previous entry saya 'life after married'?saya ceritakan kehidupan saya lepas 28 hari menjadi isteri beliau...dan hari ini saya terasa macam nak sambung sharing a story of being a wife to a husband...macam biasa...saya suka taip entry yang panjang gila bila idea tengah ada..tapi bila idea tiada..hanya akan ada 2 kemungkinan...

1. Blog berupdate..tapi entry sangat lah pendek...
2. Blog dibiarkan sepi..cuma blogwalking tanpa jejak sahaja...

AMARAN! This entry will be a very long long long entry..saya taip entry ini dari jam 10 pagi hingga sekarang sudah lunch hour pun belum habis lagi...sila lah sediakan food & drinks sambil menikmati nukilan jari saya di blog ini...i will try my best to share the story of being a wife to a husband as honest as i can be! =)
ramai colleagues & friends tanya..most text that I received is : 

1.     "how's life after kahwin?"
2.     "Macamana kahwin?best tak?"
3.     "Macamana malam tadi?jadi apa - apa tak?cedera ke?"
4.     "Suami okay?"
5.     "Dah ada isi ke?minta - minta la kau bunting pelamin" - sesedap rasa kau suruh aku bunting 
         pelamin..aku  yang mengandung ke kau yang mengandung?
macam - macam..akan saya kongsikan..tetapi..please bear in your mind..this story is from Miza..me..bukan orang lain..ini adalah pengalaman saya..bukan orang lain..jadi lain orang lain pengalamannya...

dulu - dulu...sebelum kami berkahwin..saya dan then-boyfriend now-husband selalu berbicara soal hidup bersama..being a hubby and wifey..mengangankan yang indah - indah...tiada gaduh -gaduh..ecece...kami mengangankan yang baik - baik saja...memanglah realiti biasanya tidak seindah fantasi..khayalan kita biasanya melebihi had realiti...tapi berangan itu indah!saya juga berangan memakai baju yang cantik untuk hari perkahwinan saya..bercerita dengan then-boyfriend now-husband tentang bagaimana saya inginkan majlis perkahwinan saya berjalan..semua nya bermula dari angan - angan..tanpa saya sedar...I worked very hard to fulfill my dream! yes! bayangkan urusan perkahwinan saya..boleh dikatakan 90% adalah hasil penat lelah saya..idea saya dan of course..hasil angan - angan saya...I tried my very best for that!saya bukan orang yang suka "alah...tak payah la beria-ia..buat ALA KADAR saja" that is sooooo not me!then bila tiba hari perkahwinan saya...saya rasa saya macam mimpi dapat pakai baju idaman saya..bunga idaman saya..kereta idaman saya..dan semua idaman saya di hari perkahwinan...and sudah tentu...dapat SUAMI DAMBAAN HATI saya itu!~

Malam selepas majlis..saya berasa kekok..bila nampak seorang lelaki asing berada dalam bilik saya...katil saya..bantal saya...pakai tuala saya...guna bilik mandi rumah itu...semuanya nampak asing di mata saya..biasanya rumah itu cuma ada mama, abah dan saya saja..jadi bila ada orang lain..saya rasa macam..eh!apa ini?hahah..dan yang paling saya tak boleh terima..bila tidur malam atas katil yang biasanya saya seorang saja yang ada..tiba-tiba ada lelaki..oh!sangat pelik!rasa macam.."lepas ni tak boleh lah nak tidur kepala di bantal dan bila bangun kepala di bucu katil..sebab keluasan katil sudah dikongsi bersama suami!Malam pertama kami cukup indah walaupun ianya cuma sekadar diisi dengan sembang-sembang..tiada apa-apa terjadi pada saya sebab bendera jepun berkibar dengan jayanya pada hari saya nikah!suami agak kecewa...tapi saya tahu beliau seorang yang sabar!hahaha...oopss!

perkahwinan pada saya..adalah satu perkara yang sangat unik!unik kerana bagaimana 2 orang yang berbeza latarbelakang,cara didikan, gaya hidup, kebiasaan...boleh hidup satu bumbung...and shared almost everythings!bayangkan sebelum kahwin, berus gigi, tuala etc yang mana kita guna..itulah kita punya..tak boleh kongsi dengan orang lain..tapi lepas kahwin..berus gigi, tuala, selimut, bantal, pinggan, cawan and everythings lah..kita boleh kongsi pulak dengan pasangan kita...isn't it sweet?nasib baik seluar dalam tak boleh dikongsi! -.-' hahaha!

thats why i said in my entry before, marriage is not just about love, make-love, fun and so on..it's about everything!you have to be ready to cry, you have to be ready to get mad, you have to be ready to get hurt, you have to be ready to be tired all day long..you have to be ready to say "yes" eventhough the truth is "no"..you have to be ready all out to feel those things...marriage is about 'to-be-ready'...and of course..you have to be ready to find out that you are pregnant! 

kalau sebelum kahwin pasangan anda cakap..."saya dah kenal awak luar dalam..dah tau perangai awak macamana", "saya kenal sayang saya" or "when i'm with you, i just can be myself" itu semua tipu!sebab anda takkan kenal pasangan anda luar dalam sampai lah anda dah hidup bersama dia...dan anda sendiri pun tipu kalau anda boleh jadi diri anda bila dengan pasangan anda..sebab the true colours only can be seen when you are married...tapi bukan bermakna masa bercinta semua indah dah kahwin semua punah..bukan begitu...the true colours yang saya maksudkan bukannya semua yang buruk-buruk..ada yang baik-baik...don't be too negative about marriage...sebelum saya kahwin..ramai cakap dengan saya "alah..belum kahwin semua indah..dah kahwin nanti baru tahu" these people always have negative minded yang pada saya...kalau kita dengar sangat cakap orang..kita pun akan jadi macam orang itu juga...saya sangat tak suka pada ayat "masa bercinta memang lah semua best..dah kahwin nanti baru kau tahu.." apakah kau kahwin dengan suami kau dulu tu bukan sebab cinta?ke sebab rumahtangga kau banyak sangat masalah sampai ayat kau tu  macam sedih saja?please lah..kita adalah apa yang kita fikirkan..jangan terlalu negative minded...sebab bila kita terlalu negative...semua tindak tanduk kita akan jadi negative..lalu hasilnya pun negative lah kan?

ingat...rumahtangga itu adalah antara kita dan dia...pelakon utama juga adalah kita dan dia..heroin nya adalah kita dan dia...coraklah rumahtangga itu mengikut kesesuaian kita dan pasangan..jangan asyik fikirkan perasaan kita sahaja...I have set my mind that..the first five years of marriage is the most challenging years...so that..I can be prepared and work hard to pass this five years of my marriage...jangan ambil mudah perkara berat..dan jangan ambil berat perkara remeh!ingat itu!

I know..kita perempuan ni cepat emosional..cepat sensitif..cepat terasa..tapi kawal...jangan terlalu ikutkan hati kita...kena ingat..bila dah kahwin..suami menjadi keutamaan...mak ayah dah jatuh nombor dua...sebab tu sebelum kahwin..kena fikir betul-betul..sediakah kita untuk letak mak dan ayah kita nombor dua?kalau belum..jangan kahwin!sebab itu akan melukakan hati banyak pihak!bukan senang okay nak jadikan mak ayah keutamaan nombor dua selepas suami...tapi sekiranya kita redha..mak ayah kita lagi redha..bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa?maka bahagialah rumahtangga anda...

time bercinta dulu..kaulah segalanya...tapi kena lah pegang kata-kata itu sampai lepas kahwin..sebab lepas kahwin..memang suami itulah segalanya...syurga seorang isteri...dan juga neraka seorang isteri...pilihan itu terletak pada cara kita melayan mereka..anda dah bersedia untuk semua ini?dah bersedia untuk bangun awal pagi?dah bersedia untuk basuh baju 2 hari sekali?dah bersedia untuk menangis bila kena marah dengan suami sebab lawan cakap dia?dah bersedia untuk masak di dapur 3 kali sehari belum termasuk time dia request ketam masak berlada? dah sedia untuk kongsi berus gigi yang sebelum anda seorang je yang pakai?dah bersedia untuk layan suami bilamana dia nak tak kira walaupun dalam bilik air atau ketika anda sedang masak?dah sedia untuk lipat baju yang dah jadi double itu?dah bersedia nak mandi basah rambut setiap kali nak solat?and the best part is..dah bersedia nak taat pada keputusan dan kata - kata suami??if banyak yang anda jawab ya..tahniah..anda dah boleh kahwin...

jujur saya katakan..perkahwinan memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang sangat besar dalam hidup...bilamana dulu saya ketika bergaduh dengan then-boyfriend now-husband..boleh tak message sehari suntuk..boleh keras hati tak nak jawab call..tak reply all those sorry message from him..and boleh suka hati nak cakap "lantak lah kau..siapa suruh buat aku sakit hati...rasakan..aku merajuk!selagi aku tak rasa nak okay..jangan message or call..malas nak layan!" dan dulu ketika bercinta..saya boleh suka - suka hati nak pergi mana pun...selagi mana mama dan abah tak marah...selagi itu saya buat...tapi lepas kahwin?dah gaduh ingat boleh ke nak lari - lari macam dulu?dah kahwin..gaduh macamana pun..tak boleh kalau tak bercakap..dah kahwin..gaduh macamana pun...malam bila tidur..tetap kena menghadap suami...tak boleh tidur membelakangkan suami..susah kan?tapi itulah hakikat perkahwinan...kena hadapi dengan matang...tak boleh nak anak - anak macam dulu dah... 

luckily...my husband sangat supportive..bukan kami tak pernah gaduh lepas kahwin..pernah...tapi beliau jenis yang tak suka panjang-panjangkan cerita...jadi masalah tu cepat kami selesaikan...lepas kahwin..kita isteri..banyak kena berkorban perasaan..kalau suami jenis suka duduk goyang kaki..jangan cepat-cepat melenting...cakap baik-baik minta mereka tolong...alhamdulillah..sepanjang sebulan saya berkahwin..suami jenis yang ringan tulang..sangat-sangat banyak membantu saya menguruskan rumah...cuma kalau beliau dah layan MAHARAJA LAWAK saya dah tak rasa lawak perkara itu...hehehe..tapi..jujur saya katakan..beliau sangat-sangat banyak membantu..lepas kahwin..kami dah ada rumah untuk kami pindah duduk..cuma sekarang..rumah itu masih dalam proses untuk kami load barang-barang masuk...alhamdulillah..rezeki kami..lepas kahwin..abah saya hadiahkan set bilik tidur kami...syukur sangat!mama pula hadiahkan kitchen cabinet...suruh saya cepat-cepat masak!hahaha...rumah kami hampir sempurna..cuma tinggal mesin basuh,peti ais dan sofa sahaja yang belum..lain-lain sudah ada..kuali dan periuk juga ada,minyak masak,dapur gas...suami saya banyak uruskan rumah tu.beliau lah yang jadi tukang pasang kipas, tukang pasang lampu disco, tukang pasang langsir, tukang drill, tukang angkat meja, tukang pasang lampu disco kat rumah tu..hahah...yelah..saya tak pernah clubbing..jadi merasalah clubbing dekat rumah dengan suami!lagi best!nak buat tarian bogel pun takde orang marah kan?ok..tipu!

alhamdulillah..lepas kahwin..saya rasa lebih bertanggungjawab..lebih matang...kahwin ni best kalau kita menikmati makna sebenar perkahwinan dan apa tujuan kita berkahwin dengan pilihan hati kita?macam saya...the reasons I wanna marry him is,i want to spent my lifetime loving him as a husband..I want to share everythings with him...bila kita bergaduh..ingat balik..tujuan dan sebab kita pilih dia sebagai suami...kalau anda pilih dia sebagai suami sebab dia kaya...tiba - tiba dia miskin..mungkin anda tak boleh nak cintai dia lagi..hari tu saya bergaduh dengan suami..saya ingat balik tujuan saya kahwin dengan beliau..bila saya ingat balik tujuan dan sebab saya kahwin dengan beliau...terus rasa cinta dan rindu itu menggunung macam tak pernah jumpa..macam baru - baru bercinta...terus kami okay!see...how's marriage transform your life..totally change!

macam saya PJJ lepas kahwin...adalah satu perkara yang amat - amat perit bilamana tiba masanya untuk kami berpisah jarak!sangat-sangat!mula - mula suami mahu balik..saya siap menangis..tak tahu kenapa..saya cukup sensitif untuk berpisah dengan suami...tambah-tambah lagi dengan keadaan yang kurang sihat...lagi lah bertambah - tambah syahdu..lalu suami saya yang lebih romantic kalah Seth Tan tu pujuk dengan sangat sabar...dia pulang kerana mencari rezeki untuk kami...jadi..saya tabahkan hati merelakan perpisahan jarak kami itu!tapi bila malam...mula lah..gelisah..sebab saya lepas kahwin..bantal memang bukan tempat kepala saya lagi...tetapi dada suami...oh!sangat lah selesa bila saya baring di dada beliau dan dengar degupan jantung beliau..sangat mendamaikan...bila malam..tidur saya berbantalkan dada suami dan pelukan hangat suami...betapa saya menyayangi suami saya....betul lah kata orang-orang tua...isteri yang tidur didada suami..dan mendengar degupan jantungnya..lebih mudah mendengar kata dan lebih mudah memahami suami...sebelum ini saya tak percaya..tapi lepas saya mengalaminya..saya akui...saya lebih akur dengan suami...dan mudah memahami gerak muka dan bicaranya..tapi bila kami berpisah jarak..semua itu saya rindu!sangat-sangat!rindu untuk bermanja, main geletek-geletek, bersembang-sembang tentang segala hal termasuk baby! =) kami mencipta kehidupan kami dengan cara kami sendiri...

satu nasihat saya pada anda yang ingin mendirikan rumahtangga, berpijak pada bumi yang nyata ketika mencipta angan - angan bersama pasangan anda...kerana..dengan itu anda lebih cepat menyedari dan menerima hakikat sekiranya ada perkara yang menyakitkan hati anda lepas berkahwin nanti..jangan impikan lelaki macam Seth Tan..kerana..hakikatnya..suami anda lebih romantic dari Seth Tan...macam suami saya!   ;)


kepada mereka yang masih ragu -ragu untuk berkahwin..kahwinlah..kerana ia membuka pintu rezeki, melengkapkan separuh dari iman anda, dan mendamaikan jiwa anda...tapi jangan jadikan diri anda punca kepada segala masalah...carilah insan yang dapat mencintai anda kerana kekurangan yang ada pada anda...kerana apabila dia melihat kelebihan yang ada pada anda..cinta dia pada anda akan menjadi bertambah dari hari ke hari....

bukan senang menempuh perkahwinan...tapi hadapi dengan penuh kesabaran dan senyumlah walaupun hati anda penuh calar yang bisa menghancurkan sekeping hati..

p/s : suami...cepatlah pulang..sayang rindukan abang! :'(


7 gorgeous yang sedang berbicara!:

4zir4 said...

best dng luahan n cerita kamu.. TAHNIAH miza.. Semoga menjadi isteri yang solehah yang sentiasa mentaati suami.. (^__^)

La Dolce Aiyun said...

best bace entry u miza....tapi mate nie naek berpinar dek kerana background kamu yg merah 2....semoga bahagia ke akhir hayat...

Puan Awin said...

suka baca entry kamu....indah alam berumahtangga...

~myza~ said...

ira : thanks ira..insyaAllah..aminnnnn!!heheh

Aiyun : thanks ayun..heheh..tu la..kite bace pun berpinar jgk..insyaAllah..aminnnnn

Awin : thanks awin...indah..tapi kene pandai corakkan.. :)

Puan Awin said...

ni yg wat sy rs nk kawin juga...hehhee...cuma lum ketemu jodohnya...

NorzunurAin said...

how sweet dear.. suka sgt baca entry kamu...

~myza~ said...

cik awin : insyaAllah..jodoh itu ada..cuma belum masanya lagi... :)

nur'ain : terima kasih sudi baca...i follow u too ya! :)

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers