Thursday, April 28, 2011

44 pantang larang bakal pengantin

salam,

hai  peeps,

hari ni dah hari khamis eh?cepatnye mase berlalu..knp la cepat sgt..hurmm..oh ye..arini nak share ngn uols pantang larang bakal pengantin sebelum bergelar pengantin...wahhh..kemain kau..siap ade pantang larang dah macam org bersalin je...hekhekhek...

meh kite usha satu persatu...mane la tau boleh dijadikan panduan kite bersama..tp jgn terlalu taksub pulak..biase la..org tua org dulu2 bnyk pantang larangnye...ade yg boleh kte ikut...mane yg kite rase baik utk diikut..boleh la ikut...

1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
utk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan utk mengawal nafsu. Ia juga utk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yg timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
(dah 12 hari tak jmp En. Bakal Suami...campur lagi 22 hari..ade lagi 34 hari..errr..terkurang 6 hari takpe kan?ngehehhe)

2. Jgn tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga utk menjaga
nama baik keluarga. (mmg tak pnh tidur rumah org pun..melainkan kalo balik kampung tidur umah kakak)
3. Jgn bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yg
mempunyai niat tidak baik. (tak bebas keluar pun..kalo keluar pun jmp vendors and cari barang-barang)
4. Jgn makan nasi dgn gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin bagi mengelakkan perut buncit. (errrrr..baik lahhhhhhh...En. Bakal Suami..sy makan nasi baru bape kali tau...)

5. Elakkan makan ulam yg berbau busuk seperti petaidan jering. (dah lame rasenye tak makan petai nih...abah pun bising..ngeh ngeh ngeh)

7. Jgn bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir. (errr...dah cekap sikat rambut tanpa tgk cermin...heheh)
8. Jgn membuang air kecil dan air besar serentak di dlm air contohnya
dlm sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. (baik..tengah amalkan la ni...hahah)

9. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yg tinggi
dan boleh menyebabkan kencing manis. (sgt tak suke minum air bergas skrg nih..tatau nape tah..tp mmg dah tak minum)

10. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing
manis,lelaki tersebut menghadapi masalah berat tika bersama. (En. Bakal Suami mmg tak minum n makan manis2 sejak jadi ahli bina badan nih...rupa2nye die dah tau kenapa..bahaha..bagus2)
11. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi. (biasenye balik keje terus mandi,  paling lewat pun seblm 8.30 malam dah siap mandi)

12. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah
adat) - (yg ni tak leh terima...pengantin skrg bukan mcm pengantin dulu2..pengantin skrg sume urus sndri..kalo tak makan nnt takde tenaga nak buat urusan lain...(alasan je nih)

13. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yg ketat pada waktu malam dan tidur meniarap kerana tidak bagus utk organ seks kerana darah tidak mengalir. (errrr...En. Bakal Suami...sila ambil perhatian ye...hehehhe...En. Bakal Suami sy ni lebih tau kot...)

14. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut ke rana ia mengandungi
banyak toksid. (patutla semlm abah sy tanak ikut makan steamboat...ngeh ngeh ngeh)

15. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin mempunyai tenaga. (takde mase la wehhhh nak urut2 3 bulan seblm kahwin...badan dah sakit2 nih...)

16. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yg dicampur madu dan lada hitam yg ditumbuk utk menambah tenaga. (wekkkk...tak laloooo...En. Bakal Suami amalkan..maklumlah..org bina badan kan...)

17. Bagi mereka yg banyak angin, minum air halia utk membuang angin. (yg ini mmg sy minum...sedapppp)

18. Belajar ilmu rumahtangga drpd org yg berpengalaman dan sudah
berkahwin tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan
damai. (En. Bakal Suami...ambil perhatian yang ini...heheh...)
19. Jgn memuaskan nafsu dengan cara sendiri. (errrr...tengah sabar la nih..bahahha)

20. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan sehari. (ermm..tak konsisten sgt waktu tidur..kadang2 kurang..kadang2 lebih)

21. Elakkan minum minuman keras dan merokok. (gilo apo den amik mende2 ni sume..En. Bakal Suami..tunaikan janji abg utk berhenti merokok lepas nikah ye...)
22. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. (Den keje lam air cond..balik pun dah petang..)

23. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok utk alat
kelamin. (sy mmg tak suke minum soya...)
24. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan. (yesssssss!!dari tahun lepas lg sy amalkan..)

25. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah. (Betul tu...sy amalkan)

26. Jgn makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil. (setuju!sy sndri rase sistem dalaman mmg tak stabil)

27. Jgn terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri). (nak simpan la ni...)

28. Jgn berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat. (tak pnh berembun lagi..)

29. Jgn bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum ijabkabul. (sy mmg dah stop pakai make up since lepas tunang dulu...just bedak n lipstick je..)

30. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama. (tak nikah pun lagi...)

31. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia
bertujuan utk menghangatkan lagi kemesraan. (ade sape2 nak offer diri jadi peneman tidur i seblum i bersama suami i?bahahha)

32. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau
ahli keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dr dikhianati org. (bilik tu mmg tak pernah kosong pun...)

33. Jgn buat kerja yg berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia
akan berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. (ini dah tak boleh digunapakai dah skrg...skrg ni pengantin yg kene buat keje..berat ke ringan ke...kene buat...)
34. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati. (tp hati i sellu sakit sbb pertuturan org..camne tu?)
35. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti
kangkung, bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak
segar. (baikkkkkkk)

36. Jgn cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka. (tak cukur pun..mmg tunggu time kawen nnt)

37. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis. (kalo sy tak tidur kat katil tu sy nak tidur mane dah?)
38. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh org lain
bagi mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. (ok..yg ni tamau buat..ade org kate syirik..kesahihan belum pasti..tp lebih baik elak)

39. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri. (nnt kak amy make up, sy kene alih kerusi supaya tak hadap cermin)

40. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang
manis dipandang tetamu. (En. Bakal Suami..kite kene diam..tp jeling2 bole kan?hheheh)

41. Jgn makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding. (ape rase kepala ayam tu eh?)
42. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan
menghilangkan seri wajah buat pengantin lelaki. (ewwww..lelaki cukur kening?buruknye)

43. Jgn makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi buncit. (dah tak buat dah skrg..pedas smpi mengalir air mata pun sy tahan je..)

44. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yg tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada diluar. (tak sempat nak berangan dah..bnyk lg bende nak buat..)



anda bagaimana?ape pantang larang yg korang amalkan?

3 gorgeous yang sedang berbicara!:

Nanad. said...

mak aiiii. banyaknye pantang larang. leceh sungguh. haha

La Dolce Aiyun said...

banyak sugguh pantang larang nye ek...
tp kt suke no 31, 33 dan 41...heheheh

~myza~ said...

dik nad : tau tak pe..bnyk pantang larang tau...

aiyun : hehhe..tau takpe..bnyk betul pantang larang nye...hehhe

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers