Monday, February 14, 2011

Inilah pesanan seorang ayah kepada anaknya yang bakal dilepaskan kepada seorang lelaki bernama SUAMI!!

Salam,

Selamat Menyambut Maulidur Rasul semua!

Kalau sesape yang baca status aku kat fb aritu..ade aku ckp abah aku bagi nasihat di pagi hari dimana nasihat itu membuatkan aku terpikir sejenak..ade betul nasihatnye itu...ya!betul!itu lah nasihat seorang ayah kepada aku anaknya yang bakal diamanahkan kepada seorang lelaki yang bakal bergelar suami ku 3 bulan dari sekarang!!

pada suatu pagi yang indah...aku, mama n abah sedang menikmati sarapan pagi..bihun goreng yang digoreng oleh mama eh!bukan malas okeh..saya berada di dapur membantu mama..mama bukanlah ibu yang suka menyuruh anaknya memasak..tiada paksaan...cuma satu je tembakan dari mama untuk anak-anaknya.. "kalau korang kawen..tak masak untuk suami..jgn salahkan dorg kalau cari makan diluar ataupun kawen lain!" hamik kau!kan kene sedas..okeh..aku mmg suke memasak..tp kalau mama sudah berada didapur..aku hanya akan membantu..sbb mama lebih suke menerangkan resepi dia...lagipun..abah aku lebih berselera bersarapan air tangan mama aku!mmg sedap..tiada yang lebih menyelerakan selain dari air tangan seorang ibu yang memasak dengan penuh kasih sayang!

ketika kami sedang menikmati sarapan..abah aku mulakan ceramahnya...ya!aku suka pabila abah aku mulakan ceramah nya..tiada yang tipu!ya!tiada yang palsu..semuanya benar belaka...manakan pula seorang ayah mahu memberi nasihat yang tidak berguna utk anaknya bukan?ceramahnya bertajuk JADILAH SEORANG ISTERI YANG SENTIASA DIKASIHI DAN DIRINDUI SUAMI!!! perghhh..gile mengancam tajuk ceramah bapak aku kan?bergegar naluri aku sebagai wanita...sebagai bakal isteri kepada lelaki yang aku cinta...

abah aku bercakap..nasihat dari orang yang lebih tua..berpengalaman..dan nasihat itu datangnya dari seorang LELAKI yang bergelar SUAMI kepada ibuku...makanya...aku sebagai anak perempuannya..wajib mempelajari ciri-ciri itu..kerana pemberi nasihatnya adalah seorang lelaki...dimana aku akan lebih memahami..APA KEMAHUAN SEORANG SUAMI!

abah mulakan ceramah nya..katanya.."hidup seorang wanita..sekiranya belum berkahwin..maka ia berada di bawah tanggungjawab ayah nya sepenuh nya!tidak terlepas seorang ayah itu selagi belum mengahwinkan anak perempuannya...tidak ada sebarang kompromi tentang tanggungjawab ini....anak abah ada 2 orang je..dua2 perempuan...sorang dah lepas..tinggal awak sorg je lagi...tu pun tak lama lagi..amanah abah ni akan berpindah tangan..abah harap sgt..bakal suami awk adalah seorang yg boleh diharapkan utk menjaga amanah ni sebaik mungkin..macamana abah jaga awak..mcmtu jgk la abah harap suami awk jaga awk..."

"adik..(panggilan untuk aku kat umah)..jadi seorang isteri bukan lah semudah yang awk sangkakan...abah tau anak abah dah bersedia untuk jadi seorang isteri..awak anak abah yg matang...dan cepat muhasabah diri...tp abah sebagai ayah awk..ttp akan bagi nasihat...sebagai suami...abah akan bgtau awk..APAKAH YANG DIMAHUKAN SEORANG LELAKI DARI SEORANG ISTERI YANG DINIKAHINYA...aku teliti mendengar nasihat ayah aku..aku tau,...nasihat abah bukan sesuatu yang sia2 untuk didengar...abah bermenung jauh....sebelum memulakan ayat seterusnya...

"dah kahwin nnt...JANGAN SESEKALI BIARKAN SUAMI BUAT PERKARA YANG SEPATUTNYA MENJADI TUGAS KITA!ok..kat ctu mula2 aku tak setuju..ya!rata2 aku dgr...org yang dah kawen ckp...jgn manja kan suami...sbb nnt suami tu harapkan kite je buat semua...kadang2 yg bagi nasihat tu..orang yang baru sgt kawen..yang belum melalui fasa mencabar dalam rumahtangga..ade jgk orang nasihatkan...jgn manja kan sgt suami tu...nnt die pijak kepala kite...aku mengutarakan persoalan ini pada abah..abah langsung tak terkejut atau melatah dgn persoalan tu..sebaliknya abah pandang aku dgn satu pandangan yang redup...smbil tersenyum...lalu abah bersuara...

adik...abah dan mama telahpun menjadi suami isteri selama berpuluh tahun...apakah nasihat abah yang telahpun menjadi suami selama berpuluh tahun ini tidak lagi relevan untuk panduan bakal2 isteri zaman skrg?apakah nasihat abah untuk panduan awk sebagai isteri nnt tak boleh digunapakai?percayalah adik...sejahat manapun lelaki itu...apabila dia dapati isterinya telah pun menjalankan tanggungjawab dgn sebaik mungkin...melayannya tanpa kenal erti penat atau jemu,maka itu lah salah satu usaha utk menjadikan lelaki itu yang terbaik utk kamu...bukankah itu sebenar2nya tanggungjawab seorang isteri?

adik...JADILAH ISTERI YANG SENTIASA DISAYANGI DAN DIRINDUI OLEH SUAMI!!SEUMUR HIDUP MU!! kata-kata itu sangat meresap dalam hati aku...deep down in my heart.....aku melontarkan satu persoalan..."macamana nak jadi isteri macamtu abah?" abah tersenyum...wajah tua nya yang berkedut itu mengukir senyuman...ternyata..abah jujur dalam memberi nasihatnya..abah jujur dalam menyatakan keinginan seorang suami! jawapan abah...layanlah suami macamana ibunya melayan die ketika dia belum mempunyai kamu sebagai isteri...dimana KETIKA SAKIT..ibunya MENJAGA dan MEMBELAINYA..ketika ingin DIMANJA..ibunya MEMANJAINYA...dimana ketika PERUTNYA LAPAR..ibunya SEGERA MENYIAPKANNYA MAKANAN MALAH MENYUAPKANNYA?dimana ketika dia dahaga..SECAWAN AIR telahpun DISEDIAKAN untuk menghilangkan dahaganya..KERANA ITU LAH...BAGI LELAKI..TIADA WANITA YANG HEBAT MELAINKAN IBUNYA...dan kerana itu lah juga...apabila berkahwin...dia MAHUKAN/MENGIMPIKAN isteri yang boleh memberi layanan seperti mana ibunya...abah ckp..macam contoh..ketika makan..jangan biarkan suami amik sendiri..WALAUPUN DIA SIHAT TUBUH BADAN JUGA PUNYA KAKI TANGAN UNTUK BUAT SEMUA ITU SENDIRI?sekiranya adik nampak suami mu memegang cawan ingin membuat air..segeralah berkata "biarkan saya buat air...pergilah berehat..." walaupun ketika itu..kamu terlalu penat...kerana penat kamu sebagai isteri..pahalanya lebih besar disisi ALLAH...sekiranya kamu nampak suami kamu kepenatan...hulurkan lah urutan yang melegakan kepenatannya...layan lah dia seumpama seorang raja...KERANA LAYAKNYA DIA SEBAGAI SEORANG SUAMI ADALAH UNTUK DITAATI!!  sekiranya dia meminta kamu menggosokkan baju nya..menyediakan pakaian kerja nya...menyediakan stokin nya...menyediakan makanan...lakukanlah dengan hati yang penuh ikhlas dan terbuka..kerana di situ lah seorang isteri memperoleh pahala tanpa dia sedari...

adik...sedarkah kamu..sekiranya diawal perkahwinan kamu lakukan apa yang abah pesan ini...percayalah...kamulah ISTERI YANG SENTIASA DISAYANGI DAN DIRINDUI OLEH SUAMIMU!!aku bertanya..kenapa pulak abah?abah jawab..kerana...apabila tiba satu ketika..dimana tanggungjawabmu didalam kerjaya kamu menuntut kamu untuk meninggalkan suami mu dalam tempoh waktu yang tertentu..SUAMI MU AKAN MERINDUI MU...dan sekiranya berlaku pertelingkahan diantara kamu dan suami mu...SUAMIMU AKAN CEPAT MERINDUI SEGALA KEBAIKKAN YANG KAMU LAKUKAN UNTUK DIA...dan ketika kamu tidur dalam kepenatan seharian menjalankan tanggungjawab mu..SUAMIMU AKAN MEMANDANGMU DENGAN PANDANGAN YANG PENUH KASIH SAYANG...bukankah itu memberi kamu pahala???dan ini jugalah yang membuatkan suami tidak boleh kalau tiadanya adik dalam hidup dia...

sekali lagi..aku kagum dengan abah...abah berpesan lagi...adik...isteri yang baik..adalah isteri yang tidak akan sesekali membenarkan suaminya melakukan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab isteri...seorang isteri yang baik...akan sentiasa melayan suaminya dengan baik..walaupun ada ketikanya..perlakuan si suami menyakitkan hatinya...adik..bukan mudah untuk menjadi isteri seperti yang abah cakapkan ni...tp...BELAJARLAH ADIK!!!BELAJARLAH UNTUK JADI ISTERI SEPERTI INI DIAWAL PERKAHWINAN LAGI!!SAAT IJAB DAN QABUL TERLAKSANA...BELAJARLAH UNTUK JADI ISTERI SEPERTI INI!!!!

abah juga ada ckp...jangan terpengaruh dengan cerita rumahtangga orang...isteri yang baik..tidak akan sesekali menceritakan keburukkan suami nya...melainkan kpd org yang dia percaya dengan niat untuk meminta nasihat....abah juga ckp....isteri adalah HAK suami...isteri adalah tanggungjawab suami..sepenuhnya!!kdg2 sebagai isteri..akan timbul satu perasaan...semua aku buat...ape kau sebagai suami buat?setakat duduk goyang kaki...baca surat khabar...aku ni dah la penat keje...balik umah buat keje lagi..kau sebgi suami langsung tak nak tolong..tapi apakah seorang isteri itu sedar?memikul tanggungjawab sebagai suami lebih membebankan dari menjalankan kerja2 dan tanggungjawab rumah??

sekali lagi..aku tiada kata-kata untuk memangkah nasihat abah..ya!!aku percayakan nasihat abah...aku yakin dengan setiap kata-kata abah...tapi abah...bagaimanapula...si suami itu lepas kahwin..sentiasa mengharapkan isteri...dari segala segi??

abah jawab..."itu adalah urusan dia dengan ALLAH...tapi kamu sebagai isteri...laksanakanlah tanggungjawab sebaik mungkin...kerana..mungkin syurga tempat kamu..walaupun suami kamu sebegitu rupa!"

abah cakap lagi...tiada istilah..."jangan manjakan suami ...nanti suami tak boleh berdikari...suami lemak..suami mengada2.." itu semua bullshit dari barat..yang menerapkan perkara2 itu dalam kehidupan seharian kita umat Islam..kerana dia mahu..lebih ramai isteri2 menderhaka kepada suami...kerana dia mahu kita melanggar hukum ALLAH...sedarkah kita...dalam ISLAM..tiada istilah...JANGAN MANJAKAN SUAMI...yang ada cumalah...SEORANG SUAMI ITU WAJIB DITAATI TANPA SEBARANG BANTAHAN!!!itulah ISLAM..telah ditetapkan perkara itu dalam hukum..mengapa bullshit dari barat juga yang kita percaya?mmg perkara itu berlaku dalam dunia realiti zaman sekarang..tp kenapa perkara itu berlaku?kerana kite percayakan bullshit dari barat itu..serba serbi nak ikut barat...kalau isteri kerja kerajaan..gaji besar...boleh mengawal suami..boleh memerintah suami...itu semua tiada..dalam ISLAM..SIAPAPUN SUAMI KAMU..DIA ADALAH SEORANG LELAKI YANG WAJIB KAMU TAATI HINGGA HUJUNG NYAWA KAMU!!

abah ckp lagi...bukan lah maksud abah awak kena buat semua perkara tu sorg...kalau rasa tak larat...tak mampu uruskan semua tu...MINTA TOLONG suami...bukan ARAHKAN suami...dan BUKAN BIARKAN suami buat sendiri...

diakhir nasihat abah itu...abah memberi aku satu pertanyaan...dia suruh aku berpikir sndri pertanyaan nya..kata abah..jawapannya ada dalam nasihat yang dia sampaikan..ini pertanyaan yang abah beri pada aku "KENAPA LELAKI INGIN MEMPUNYAI ISTERI SELAIN DARI TUNTUTAN BATIN?UNTUK APAKAH SEORANG LELAKI BERKAHWIN ANDAI KEHIDUPAN NYA LEPAS KAHWIN SAMA SEPERTI KETIKA DIA BUJANG?MALAH LEBIH BAIK KEHIDUPANNYA KETIKA BUJANG DARI BERISTERI??"

ya!!itu lah nasihat abah dipagi tu...nasihat abah kepada aku...anaknya..yang bakal dia lepaskan dari jagaannya...lebih kurang 3 bulan lagi...nasihat abah itu lah yang aku percaya...mulai hari itu..telah aku singkirkan segala BULLSHIT dari barat...yang ada..cumalah nasihat abah...nasihat seorang ayah yang telah lama bergelar suami...nasihat seorang ayah yang berlandaskan syariat...ya...aku lebih percayakan nasihat abah aku dari nasihat orang luar...terima kasih abah..terima kasih yang tidak terhingga atas nasihat abah...akan adik pegang sampai bila2..abah...akan aku cuba menjadi ISTERI YANG SENTIASA DIRINDUI DAN DISAYANGI OLEH SUAMI seperti yang abah nasihatkan....

TERIMA KASIH ABAH....ADIK SAYANGGGGGGGGGG ABAH!!NASIHATMU KU SEMAT DALAM HATI DAN INGATAN..MOGA2 AKU LAH ISTERI YANG SENTIASA DIRINDUI DAN DISAYANGI DIA!!!AMINNN...

p/s : ini lah nasihat abah aku yang aku ade post kat status FB aku...bergenang air mata aku...nasihat aku kepada B2B/isteri...jangan percayakan bullshit dari barat walaupun ianya benar...berbaliklah pada nasihat didalam ISLAM...iaitu...SUAMI ITU WAJIB DITAATI WALAU SIAPAPUN DIA!!

sekian...akan aku kongsikan sekiranya ada yang lain...

7 gorgeous yang sedang berbicara!:

Misz Eila said...

waa..nsihat yg b'guna..i loikeee..

La Dolce Aiyun said...

Ya Allah miza...
bagus nyer nasihat dia...
kt pun dpt ilmu yg baru...
miza blh x kt nak copy post kat blog jgak???

~myza~ said...

eila : huhu..sharing is caring..

aiyun : ok..kite izin share..heheh..

La Dolce Aiyun said...

owh tenkiu miza...

Syima Syaz said...

eh sama je macam ayah kita punye nasihat...cuma beza...ayah repeat setiap hari jumaat sbb dia akan dengar ceramah kat surau then akan bagitau kat rumah plak... tapi isinya lebih kurang la...hehehe

Lulu caldina said...

nak kawen yer?
tahniah...semoga impian menjadi kenyataan dan semoga berbahagia selama-lamanya

Daddy Zuki said...

salam, tq sbb kongsikan artikel yg bermanfaat ini. saya telah share di FB sy agar kwn2 sy dpt baca gak. harap u x kisah.

Simpulan Mati antara aku dan dia

Daisypath Anniversary tickers

Saat Cinta Mula Bersemi...antara dua hati

Daisypath Anniversary tickers